Jumaat, Februari 27, 2009

lega, walau tak puas

malam ni, lepas mandi enak-enak, aku berehat-rehat membaca majalah yang aku beli di carrefour tadi. tapi ada rasa semacam, rasa-rasa lemah badan, letih dan tak bertenaga. ah, patutlah! aku nak makan sebenarnya, lupa pulak. aku jengah dapur, ada ikan cencaru goreng taucu, kacang panjang goreng kicap dan sambal tumis kosong. ummm..boleh lah, lagipun ikan cencaru tu kira kegemaran juga. aku cedok nasi, ikan dan habiskan semua kacang panjang itu. dan sedikit sambal tumis sekadar mencukupkan rasa. lega, sebab rasanya dah hampir seminggu aku tak menjamah nasi. maklumlah, hari-hari aku di pejabat, cuma sandwich mentega kacang dan jem menjadi makanan utama. jarang-jarang aku makan makanan berat di hari kerja, melainkan kadar kelaparan aku meningkat atau berada di tahap optima.

tapi, mungkin lebih puas kalau nasi itu dikawankan dengan ayam goreng barang seketul dua. menyesal pulak tak beli ayam goreng waktu di carrefour tadi. tak apa, esok menjelma, ayam goreng akan sentiasa ada untuk aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan