Khamis, Februari 19, 2009

arachnophobia

tarikh sebenar entry : 18 November 2008

pg td sementara tgg member aku kol nak gerak, aku sarapan siap2 dulu. dah setel sarapan. sakit perot plak. dah tuka uniform ke toilet, bkk je pintu toilet skali aku ternampak satu labah2 ni..besar, kt atas badan dia ade lain putih bentuk pentagon, stok badan kecik tp kaki besar2..dia besar kt pangkal dan meruncing kt ujung, panjang2...memula aku nampak dia tgh panjat dinding jubin tu. skali, pap! dia jatuh atas lantai..Aku dah rase nak pitam...trus lari kt dapur mintak tolong mak aku....nasib baik makcik aku ade, beliau la yg tolong halaukan lelabah tu. tp aku pon tatau la beliau nampak ke tak, pasal masa beliau sebok siram air kt lelabah tu, lelabah tu dah panjat dinding balik dah, tp beliau masih lagi menyiram di lantai. akhirnye makcik aku pon sua kan penyapu kt lelabah tu, lelabah tu terus panjat ke dinding yg lebih kasar permukaannye. makcik aku beria jamin, lelabah tu takkan jatuh lagi, pasal dia dah dpt cengkam kuat kt dinding. tp aku masih takut nak masuk. pas dah cek puas2, tgk tak nmpk pon kelibat dia, aku pon menunaikan hajat aku. dah setel sume, elok nak kuar, nah, skali ade plak kt pintu! mase tu aku dah tak peduli, lalu aku menjerit sekuat2 hati. makcik ngan mak aku dah menggelupur kt luar nak rescue aku. diorg soh aku bkk je pintu. nak bkk camne? labah2 tu betul2 kt tgh2 pintu, dkt lak ngan selak. aku plak mmg dah hampir hilang kawalan, menjerit sungguh2..agak2 kalo leh aku tembus dinding ke rumah sebelah, mmg aku tembus! mata aku mase tuh mmg dah terpaku kt lelabah tu, sambil menjerit penuh ketakutan. (serius beb, mmg aku takut mase tu). last2 lelabah tu jatuh atas lantai, mase sblh kaki dia masih melekat kt pintu, aku terus tarik selak dan lari keluar. mase tuh toksah ckp, aku smpi tak boleh tarik nafas, sbb dah terlampau takut dan dah start nanges, selop la kate org kan. pastu makcik ngan mak aku take over, cube halau lelabah tu. aku tatau ape jadi kt dia, pasal aku terus masuk bilik nanges2. bapak aku bengang je pasal aku menjerit sakan kerana labah2. dia tak tau ape rase fobia tuh.


ni la pertama kali aku menangis sbb takut gile kt lelabah tu. selalu aku lari je. mgkn sbb kali ni aku terperangkap kt tmpt yg sempit (toilet) skali ngan lelabah, dan tak tau mana nak lari utk slmtkan diri. cilakak, bikin malu aku je dihadapan keluarga. tp penangan lelabah tu, smpi saat aku menaip entry nih, aku masih tak berdaya nak bercakap cam biase, punye la luruh habis semangat aku. nasib baik bkn time aku tgh lelah, kalo tak, ke hospital agaknye hari ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan