tarikh sebenar entry : 12 Februari 2009
malam tadi tgh aku layan layan mata sambil dengar mp3....sayup sayup aku dengar kecoh kecoh di luar rumah....kemudian aku dengar mak dengan bapak aku bergerak ke depan ke belakang sambil bising bising...siap bukak pintu depan lagi...ni siapa pulak yang datang malam malam buta ni, tak tau ke orang nak tido ke apa ke? aku buat buat bodoh je sambil teruskan dengan lagu lagu dalam mp3 player aku.
kemudian sayup sayup aku dengar macam suara bayi menangis. alahai....ni takkan jiran belakang rumah aku datang mintak tolong mak aku diamkan anak dia yang meragam lagi sekali? aku pon bertindak. setelah menggunakan pendengaran untuk mendapatkan petunjuk, aku bangun pula untuk melihat dengan menggunakan penglihatan bagi mendapatkan penjelasan. hah, rupanya ada kucing yang terperangkap dalam salur air hujan. entah macammana dia lari lari kat atas bumbung terus termasuk dalam salur air tu terus terperangkap. kami menyangka itu adalah kucing dewasa, tapi hairan juga macammana boleh muat masuk dalam salur air tu? masa tu bapak aku dah cabut separuh salur air tu, tp di dasarnya susah sikit pasal letak kat bawah simen. aku macam biasa jadi penyuluh. guna lilin pulak tu. entah mana pegi semua lampu suluh yang ada di rumah kami tu. aku ingat nak panggil bomba. tapi karang dia datang dengan bunyi siren kuat kuat, malu pulak rasanya. selepas berhempas pulas, siap pergelangan tangan bapak aku terkelar dek salur air yang dah dipotong di tengah tengah, akhirnya baru la tau, anak kucing rupenye..dah dapat beza disitu, antara kucing besar, atau anak dia.
lepas je dikeluarkan, tengok tengok anak kucing tu ok ok je..takde sebarang kecederaan. comel boleh tahan, gebu pulak. tapi elok je diselamatkan, dia terus pergi tanpa menoleh ke belakang. cit! langsung tak ucap terima kasih!
ko pancung kete tuh
BalasPadamlalu drift depan die!
senang..
ko pon da salah parking komen..waahahahah!!
BalasPadam