Jumaat, Februari 20, 2009

tidak...tak mungkin........

masa makan tengahari tiba. aku mulakan dengan sebiji epal yg aku rompak dari peti sejuk rumah aku. ummm..kurang rangup pula washington epal nih. mentang2 lah bush dah turun takhta. sambil makan sambil bekerja. memang tabiat aku macam tu. tak boleh nak buang tabiat tu. selepas habis segala isi epal dimamah2 gigi aku, aku buang bahagian tangkainye, beserta bilik2 bijinye ke tong sampah di luar pejabat. sambil mulut aku masih sibuk mengunyah saki baki isi epal yg tertinggal di ruang mulut. aku telan semuanya lepas lumat dilanyak gigi. tunggu. ada sesuatu melekat di gigi, yang tak lumat dibelasah kunyahan. melekat2 pula di sekitar gusi. aku cungkil keluar bendasing itu.

"errrr....aaaaa.....aaaaaaa.......apakah ini!!!!!!"

secebis bendasing, yg aku kira cukup buat sesiapa saja hilang selera makan. cebisan kuku kelingking sepanjang hampir 0.7cm, dengan dihujungnya terdapat kesan2 gigitan (mungkin pemilik asal kuku itu suka gigit kuku) adalah benda yg cube aku kunyah tp tak hancur itu. aku cuba menafikan. "tidak.....mana mungkin cebisan kuku termasuk dalam epal....epal itu dipetik dari pokok, bukan diadun tepung dan dibakar dalam oven...tidak..tidak....tidak.." mindaku berkata2 cuba menafikan imej yang dihantar impuls saraf ke otak dari kanta mata aku. aku membelek lagi, tp dari rupanye, bentuk lengkungan, tekstur (tp dah jadi kasar kesan gigitan kasar gigi aku) dan sifat pejal jelas membuktikan ia adalah cebisan kuku.kuku kelingking, yang biasa dijadikan cangkul untuk menggali lubang hidung!!!! kenapa?? kenapa ini terjadi pada aku???? dan yang paling "mengujakan", kuku itu berwarna kuning.

aku tak tau apa perasaan aku sekarang....

2 ulasan:

  1. mungkin bawah pokok epal tuh, ade mayat kot

    BalasPadam
  2. cit! aku pon ade terpikir camtu gak tadi.....tp ni bukan apple Rhodes Island........

    BalasPadam