"nur, dah siap ke? aku dah mekap-mekap ni!" mak aku menerjah aku yang sedang khusyuk membaca APO? di bilik adik aku. bilik lelaki bujang, walaupun tak bercadar dan tilamnya juga habis hitam berdaki, tapi aku suka berbaring-baring di situ memunggah koleksi majalah adik aku. "err...jap jap.." aku balas sambil memandang muka mak aku, sebelum habiskan beberapa muka kartun yang sempat dibaca. "ko dah smayang?" tanye mak aku lagi. "belum." aku terus ke bilik air berwudu' dan solat zohor. hari ni aku ajak mak aku jalan-jalan di piramid sunway. nak hantar jam makcik aku untuk baikpulih di bonia sana. ingat nak pegi seorang diri, tapi aku bosan pulak. ajak mak la seronok sikit. boleh beliau melapangkan fikiran.
kami pergi bertiga, bersama dengan kakak ipar aku. cari parking haram tak jumpa. yang disangka kosong, dah ada kereta pulak. kereta kancil yang suka memperdaya. bak kata seorang kawan aku, "masa ni lah kancil menjadi babi!" wah, kasar sekali. akhirnya aku parking secara kurang ajar. parking secara zalim, yakni tidak meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya. kami masuk, turun lif, dan keluar berjalan di hadapan lagun sunway. apa-apa hal cari bonia dulu, dan mesin keluar wang. dah jumpa, aku suruh mak dan kakak ipar aku tunggu, aku pergi keluar duit. "urusniaga tidak boleh dijalankan buat masa ini. sila ambil kad anda." cis, tak boleh pulak. tak apa, hantar jam tu dulu. kami kemudian berjalan-jalan sambil aku meliarkan mata mencari kelibat mesin keluar wang itu. sampai di ruang legar, semua mesin aku cuba, dialog sama juga yg keluar. ah, CIMB nampaknya bersimpati pada aku.
setelah puas berjalan, sampai buku lali aku yang cedera dulu kembali sakit, kami pun berangkat pulang. sampai dekat lif, aku lupa tingkat berapa aku parking kereta. setelah puas naik turun lif, jumpa juga. kali ni nak pergi makan. aku bawak mereka ke bawang merah, di depan SMC. makan soto dan teh o limau ais yang kaw. "hurmm, boleh datang lagi ni!" mak aku bersuara, sambil mengangguk angguk. satu baris ayat yang susah sekali nak keluar dari mulut beliau kalau makan di luar. "oh, nak cari jajan utk cucu!" "jom ke subang parade pulak!" aku mengajak. alang-alang keluar, biar sampai penat. biar sampai puas, walau tak bawa pulang barang pameran di rak-rak kedai.
ah, dah jam 7! pulang marilah pulang. kerja menunggu di rumah. setelah membeli donat epal besar barang enam biji, kami beredar ke kereta. hampir sampai di post bayar tiket, aku terlihat kedai perkebunan. "alah!!! nak beli baja sekali sebenarnya ni!!! dah sampai masa membaja bunga-bunga di laman!!! haisehh!!!"
lalu aku memutuskan untuk pulang ke rumah saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan