tarikh sebenar entry : 2 Februari 2009
smlm aku YM ngan member aku, tentang satu perkara berbangkit, yg telah aku let go dan lupekan, dibangkitkan oleh seseorg, yg mencetuskan kembali rase marah dan tak puas ati yg terpendam lebih 3 taun dulu, dan mencetuskan juga tak pasal2 segala rase terbuku sejak bertahun2 lalu. dan dikala YM itu, kemarahan aku begitu memuncak, tp aku tak tau mane nak lepaskan, walaupun aku sorg je kt ofis mase tu. dan kemarahan yg memuncak itu, yg meronta2 mintak dilepaskan, terpaksa aku tahankan, dan aku telan balik supaya aku tak bertindak diluar kawalan. (hmmm....luar kawalan la sgt..). dan akibat dr pada gencatan tu, (ceh konon) tibe2 kepale aku rase sebu, dan terasa lemah seluruh anggota. oh, dah sampai masa balik. lalu aku gagahkan jugak berjalan ke bus stand. naik je atas bas, aku masih dihantui perasaan marah dan tak puas ati yg terperangkap dalam dada aku, yg akhirnye mencetuskan pula rase loya yg amat. nyaris je aku muntah dalam bas. ok, rilek, tgk pemandangan yg tak berape indah kt luar tu. dalam aku berhempas pulas menahan rasa loya tu, ketika aku menoleh ke seat di sebelah kiri, "eh, minah ramah yg berborak dgn aku hari jumaat lepas!" dalam hati je la...walaupun dia sedang sibuk bersms, tp aku cam bentuk idung dia. ye, mmg dia. tp takpela, aku pon takde mood nak beramah tamah.
sampai je kt rumah, aku bercepat2 mandi, pasal kene jumpe member aku yg mintak tolong ajarkan indesign. aku lagi serabut, rase marah, lagi loya tak ilang lagi, kene bergegas ke sane ke mari plak. lps mandi, sblm keluar tu, aku usha dapur. perghh!! mak aku buat mi sup! lps pekene semangkuk, baru ringan sgale rase kt badan.
dan serta merta aku rase lega, tenang dan nyaman. segala perasaan marah td hilang. rasa loya itu juga hilang. rupenye aku lapar. patutla emosi aku melampau lampau tak stabil ptg tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan