Sabtu, April 25, 2009

oh daddy! i love you!!

hampir tengahari tadi, abah dan mak sedang berbual-bual di dapur. aku masuk dan duduk bersama di meja makan. tiba-tiba abah berpaling ke arah aku dan berkata, "laptop yang zehan nak beli itu, kalau nak, bolehlah pakai duit abah dulu. nanti bayarlah balik bulan-bulan kat abah. daripada pinjam kad kredit orang." aku rasa seperti terapung sekejap. wah! apa benar ini? "dia nak pinjam kad kredit along dia. bukan kad kredit orang lain," mak aku menyampuk. "kad kredit along pun, kad kredit orang jugak. kalau nak bayar interest, baik bayar kat abah. membazir saja bayar pada bank," abah menasihat. "berapa harga laptop tu?" abah tanya lagi. "umm..hari tu tengok kat subang parade harga dia RM1, 800. harga promosi. kalau nak tukar OS Windows, kena tambah RM350 untuk lesen. pung pang pung pang, jadi harga asal balik, RM2000++. tapi tengok kat alam sentral kalau nak tukar windows, tambah RM50 saja," aku jelaskan panjang lebar. "ah, itu mesti cetak rompaklah tu kalau setakat tambah RM50 saja. nanti mulalah komputer tu sangkut lah, itulah inilah! kalau nak, hari isnin ni kita pergi tengok, abah keluarkan duit sekali," cadang abah. "ala, kerja lah. macammana nak pergi?" aku memuncung manja. "mintalah cuti pada bos," abah cadang lagi. aiyak, sudahlah hari isnin ini ada presentation. walaupun aku tak terlibat, tapi aku kena sediakan artwork untuk dibentang. dan seterusnya perbualan kami diteruskan dengan perkara-perkara dunia.

oh oh, tak sangka, disaat aku sedang sangat memerlukan, abah dengan baik hati menawarkan wangnya untuk memenuhi keperluan aku. nampak sangat aku ini anak yang baik. weehee!! bukankah?

cuma, lagi indah rasanya kalau dialog tawaran itu berbunyi begini: "laptop yang zehan nak itu, marilah abah belikan. duit itu simpanlah. anggaplah ini hadiah dari abah."

ahah! apa-apa pun, yang penting aku dapat laptop untuk memudahkan kerja-kerja aku. oh, terima kasih abah! abah memang seorang hero!


6 ulasan:

  1. haha..welkam tu club laptop semalaya..kalo anta tarok windows kt aku..baru rm40 je..alalala

    BalasPadam
  2. wah, sempat lagi berbisnes! ori ke? lalalalaa!!

    BalasPadam
  3. tu mesti cikai punye tu..RM40 je.. hahaha..wah wah wah..bagusnya ayah ko. Kalo ayat ayah aku bila aku nk sst blk2 begini "awk dah keje..bli la sendiri.." tp bila adik2 atau kakak no.2 aku yg nak..ayat ayah aku.. "ambik la yg mn nak.." cm ni xyah keje lg best.. :(

    BalasPadam
  4. oh, ini kasik pinjam wang saje...tetap kene bayar balik...huhuhuuu....

    BalasPadam
  5. hehehe.. aku pun tak abes byr duit laptop kat abah aku lagi. muehehehe..

    BalasPadam
  6. ahah....nasib baik adelah seorg abah..(wah, dah ade simptom mau mengelat!)

    BalasPadam