Isnin, April 20, 2009

kenapa aku tak suka berambut panjang

dari usia kanak-kanak sampai lah ke usia sekarang, rambut aku tak pernah melepasi garisan bahu. apatah lagi ke paras pinggang. ramai juga yang bertanya, "apsal tak simpan panjang?" peh, aku cuba beb, bukan tak cuba. tapi, ada beberapa perkara yang buat aku rasa, "rambut pendek lagi bagus!"

1. rambut aku bukan jenis lebat berat macam rambut rozita che wan tuh. tapi halus bak rambut bayi. kalau panjang pun bikin serabai saja. "macam orang gila," kata mak aku.

2. kalau aku tak syampu rambut sehari, mula lah dia gugur bak dedaunan di musim luruh. pegang sikit, lekatlah beberapa helai di tangan. daripada berkepala seperti gollum, baik aku pendekkan saja.

3. aku selalu terbayang muka hantu bila tengok cermin.

4. rimas. kalau ikat sehari suntuk pun bikin sakit kepala saja.

5. aku kelihatan begitu dewasa dan sangat baik.

6. rakan sekolah pernah kata aku nampak macam pondan (padahal aku perempuan tulen. cilakak!)

7. anak-anak saudara yang masih kategori bayi suka tarik rambut aku sampai putus, dan begitu menikmati saat-saat menyeksa kulit kepala aku yang macam dah nak tertanggal mereka kerjakan.

8. rambut panjang lambat kering, lepas tu kalau berpeluh, melekat-lekat rambut di muka.

9. getah ikat rambut selalu hilang di saat-saat aku memerlukan. ada saja yang cilok.

10. jimat syampu.

11. kalau ada rambut-rambut panjang yang gugur bersepah di lantai, atau termasuk dalam lauk, aku boleh tuding jari pasal rambut aku tak sepanjang itu.

12. muka aku nampak gedik semacam.

haa..kukuh bukan alasan aku? aku pos entri ini pun pasal hari itu aku sakit hati getah rambut aku hilang masa aku nak guna. sepeket getah rambut boleh habis sekejap saja, pasal kejap-kejap yang aku sedang guna itu hilang. hishh!!

3 ulasan:

  1. aha.mak aku mesti suke ko. sbb ko rambut pendek. mak aku selalu bising kat aku sbb rambut aku panjang pastu die kate macam pompuan kampung. waa! Kejam2..

    BalasPadam
  2. aku bkn x ske..tp mesti migrain bila rambut pjg..

    BalasPadam