Khamis, April 30, 2009
fobia
arachnophobia - ketakutan melampau pada labah-labah.
aku sangat takutkan rupanya dan cara pergerakan dia. aku tak faham macammana sesetengah orang boleh kata labah-labah itu sangat cantik.
gamophobia - ketakutan melampau pada perkahwinan.
ya, orang kata kahwin itu sangat seronok. tapi pada aku, entahlah. banyak benda yang aku takut pada perkahwinan ni. aku nak merasa alam itu, tapi, ketakutan mengatasi keinginan itu lantas menyebabkan aku sengaja menolak banyak ajuan lelaki untuk berpacaran. tidak, bukan aku cuba berlaku cerewet atau sangat memilih (kadang perlu juga), tapi, ah, susahlah nak cakap. hanya orang yang mengalami perkara ini saja yang memahami. bagaimanapun aku sedang cuba melawan fobia yang ini.
dendrophobia - ketakutan melampau pada pokok.
ini juga satu hal yang orang boleh gelakkan aku. entahlah kenapa, aku takut pada pokok. tambah yang bentuk pelik-pelik dan besar tinggi. rasa macam pokok itu boleh tangkap dan makan aku.
nyctohylophobia - ketakutan melampau pada kawasan hutan yang gelap atau keadaan hutan pada waktu malam.
ini memang sangat-sangat. aku boleh terpaku tak bergerak kalau berdepan dengan kawasan macam ini. masalah lagi best bila aku nak lari pun aku tak berani, nak duduk diam-diam kat situ pun tak boleh. contoh kawasan, jalan ke puncak perdana. memang terbaik!
nyctophobia -ketakutan melampau pada gelap atau malam.
ini aku masih boleh hadapi lagi. tapi memang celaka kalau tiba-tiba rumah, pejabat atau mana-mana saja terputus bekalan elektrik, di waktu malam. tak kiralah masa itu ada orang atau tak.
xylophobia - ketakutan melampau pada objek-objek kayu atau hutan.
objek-objek kayu aku tak takut, cuma aku takut pada hutan. tengok dari luar saja dah seram, apatah lagi nak masuk berkhemah sukaria dalam itu. tolonglah!
semua ketakutan yang aku alami ini tidak berpunca dari pengalaman-pengalaman buruk. ya, mungkin ada, yang aku tak sedar. tapi yang aku tau, aku takut. itu saja. tak pernah sekalipun aku pergi dapatkan rawatan. cara merawat? elakkan semua perkara di atas. aku pun tak tahu macammana aku boleh mengalami begitu banyak fobia sekaligus. dan mungkin juga aku mengalami sarmassophobia, ketakutan melampau untuk "dating". oh, damn.
Rabu, April 29, 2009
sesiapa, tolong ketuk kepala aku
kemudian aku tersedar, tidak, aku tak mahukan perkahwinan! tapi adakah sudah terlambat untuk menarik balik kata-kata tadi, sedangkan kata-kata itu lahir dari hati aku sendiri? atau adakah aku sedang mengukuhkan tembok hati supaya tidak ada lelaki yang boleh melolos masuk? tapi aku pernah berjanji pada Tuhan, aku melakukan ini kerana Dia.
tapi, Tuhan, betulkah apa yang aku lakukan ini?
Ahad, April 26, 2009
lama tak jumpa
pertemuan dengan rakan kedua pula di kaunter bayaran pasaraya jusco. alah, terserempak saja. sebab aku seperti pernah tengok perempuan ini. ah, dialah! tapi, sedikit pun aku tak menegur. bukan sombong, tapi kalau dia tak ingat aku, buat penat saja aku mengulang semula cerita-cerita lama sebagai petunjuk yang dia memang kenal aku. cuma aku agak kagum juga, betapa semakin menginjaknya usia, semakin berubah penampilan seseorang itu. perempuan itu dulu di sekolah bukan main ganas, suka membuli, walaupun aku rapat juga dengan dia. tapi tidaklah aku dibuli dia. dan pertemuan tadi memperlihatkan penampilannya seperti perempuan-perempuan selayaknya usia kami, dengan beg tangan, seluar skinny (bukan jenis jeans, tapi yang kapas itu) bersandal. tidaklah jenis yang lawa-lawa dan bling-bling, tapi cukuplah sekadar menampakkan dia itu perempuan. ah ya, dia sudah berkahwin juga. itu yang aku dengar dari kawan-kawan lama. patutlah pun.
dan perempuan ini juga yang cara pakaiannya masih tidak berubah. seluar perempuan yang aku beli habis kelihatan seperti seluar yang dipakai kaum-kaum indie. ahah! jadi saja diri sendiri. buat apa sibuk-sibuk ikut gaya-gaya yang dilaung-laungkan oleh majalah-majalah fesyen? (walaupun mengikut rakan aku, aku patut mengikut demi menarik lelaki. erk, apakah?)
Sabtu, April 25, 2009
oh daddy! i love you!!
oh oh, tak sangka, disaat aku sedang sangat memerlukan, abah dengan baik hati menawarkan wangnya untuk memenuhi keperluan aku. nampak sangat aku ini anak yang baik. weehee!! bukankah?
cuma, lagi indah rasanya kalau dialog tawaran itu berbunyi begini: "laptop yang zehan nak itu, marilah abah belikan. duit itu simpanlah. anggaplah ini hadiah dari abah."
ahah! apa-apa pun, yang penting aku dapat laptop untuk memudahkan kerja-kerja aku. oh, terima kasih abah! abah memang seorang hero!
oh oh sakit!
malam semalam juga aku bermain badminton sepuas-puasnya. sampai aku rasa pipi aku panas dan kulit berdenyut-denyut mengeluarkan peluh. sebotol mineral 500ml, laju saja masuk ke perut.
tapi pagi ini aku bangun dengan badan yang sakit. kaki kanan dan tulang belakang di bahagian pinggang seperti "shot", susah mau membongkok dan duduk. ditambah dengan PMS, oh tidak! dah lama tidak diserang benda itu. selepas mandi dalam jam 1 tengahari, aku melayan anak-anak saudara aku, sebelum seterusnya berbaring-baring dengan mak di ruang tamu rumah. angin tengahari tadi, memang terbaik. kemudian aku berpindah ke bilik. hajat mahu berbaring-baring saja, sekali tertidur hingga jam 5. tidur yang terbaik, tidur malam pun tak dapat tidur yang terbaik macam tidur petang tadi. oh, memang PMS kali ini menjejas aktiviti aku hari ini. bangun saja dari tidur tadi, aku sudah tak boleh tegak.arkk, mak suruh membeli makanan untuk malam. tidak! tidak! aku tak kuasa mau keluar dalam keadaan macam ini. ah, ya, aku ada benda mau cerita lagi ini, tapi, tunggulah.
adoh, sakit!
Rabu, April 22, 2009
jenazah
aku rasa aku lupa sesuatu.
erk, salah cakap pula. sepatutnya nak cakap....
1. salah cakap (punca): kelawak (kelakar + lawak)
sepatutnya: kelakar
2. salah cakap: anyak
sepatutnya: anak
3. salah cakap: belut
sepatutnya: belit
4. salah cakap: ukoay
sepatutnya: okay
5. salah cakap: airfond
sepatutnya: aircond
6. salah cakap: kipat
sepatutnya: lipas
7. salah cakap: mengumpet
sepatutnya: mengumpat
8. salah cakap: semaram
sepatutnya: semalam
9. salah cakap (punca): sejeri (sejarah + negeri)
sepatutnya: sejarah
10. salah cakap (punca): poho (polo + pahang)
sepatutnya: polo
11. salah cakap: kare
sepatutnya: kaler
12. salah cakap: perston
sepatutnya: person
13. salah cakap: apa nak kena barang?
sepatutnya: apa barang nak kena hantar?
14. salah cakap: setaun padi
sepatutnya: setaun jagung
15. salah cakap: sejaut
sepatutnya: setaun
*orang yang ucapkan perkataan di no. 15 sebenarnya mau betulkan perkataan yang disebut oleh orang yang di no. 14. tapi dia pun salah cakap jugak.
16. salah cakap: motorspow
sepatutnya: motorshow
17. salah cakap: maram
sepatutnya: malam
18. salah cakap: sekebaya
sepatutnya: sebaya
19. salah cakap: tangkal
sepatutnya: tangkai
20. salah cakap: namak
sepatutnya: nampak
21. salah cakap: com
sepatutnya: cium
22. salah cakap: langan
sepatutnya: tangan
23. salah cakap: fushin
sepatutnya: fashion police
24. salah cakap: simkap
sepatutnya: SIM card
25. salah cakap: laya
sepatutnya: raya
26. salah cakap: roya
sepatutnya: raya
27. salah cakap: ceput
sepatutnya: cepat
28. salah cakap: masam
sepatutnya: macam
29. salah cakap: pokok
sepatutnya: poket
30. salah cakap: buak
sepatutnya: buat
31. salah cakap: orizinal
sepatutnya: original
32. salah cakap: mosketik
sepatutnya: kosmetik
33. salah cakap: kire
sepatutnya: kiri
34. salah cakap: shumpu
sepatutnya: shampu
35. salah cakap: fra
sepatutnya: farr (nama)
36. salah cakap: embun pargi
sepatutnya: embun pagi
37. salah cakap: loge
sepatutnya: logo
38. salah cakap: kepala nan sebatang
sepatutnya: kelapa nan sebatang
39. salah cakap: side vu
sepatutnya: side view
40. salah cakap: contel
sepatutnya: contoh
41. salah cakap: udang
sepatutnya: hidung
42. salah cakap: raju
sepatutnya: laju
43. salah cakap: pontensi
sepatutnya: potensi
44. salah cakap: sadik
sepatutnya: sakit
45. salah cakap: cupat
sepatutnya: cepat
46. salah cakap: terdesak
sepatutnya: tersedak
47. salah cakap: raskar cinta
sepatutnya: laskar cinta
48. salah cakap: sedara menara
sepatutnya: sedara mara
49. salah cakap: gazelan
sepatutnya: gamelan
50. salah cakap: lettermed
sepatutnya: letterhead
51. salah cakap: berah
sepatutnya: belah
52. salah cakap: lawah
sepatutnya: bawah
53. salah cakap: memija
sepatutnya: memuja
54. salah cakap: ainak
sepatutnya: anak
55. salah cakap: cock climbing
sepatutnya: rock climbing
56. salah cakap: pangkai
sepatutnya: pakai
57. salah cakap: moosh
sepatutnya: move
58. salah cakap: herebay
sepatutnya: hereby
59. salah cakap: TM Nouch
sepatutnya: TM Net
perkataan-perkataan ini semua disebut dalam keadaan sedang serabut, dan juga ketika teruja bercerita.
Isnin, April 20, 2009
mungkin status ibu bekerjaya belum layak aku sandang
"zehan, mana kunci kereta?" aiyak, bapak aku pulak kacau. aku menggelupur capai kunci dan hulur ke bapak aku dari tingkap bilik. jam ketika itu jam 7.05 pagi. aku sambung tidur. sekali bangun jam 8.15. aiiii....baju tak gosok lagi ni. panas pulak cuaca pagi ini. dengan mata yang sangat berat aku menggosok baju menggunakan seterika phillips yang baru mak beli. peh, kerja keras betul! sudah dipulas hingga nombor 3 pun masih tidak licin! melainkan dibantu dengan semburan-semburan air. (aku lagi suka seterika nasional, terbaik!) peluh mengalir laju mengiringi kegigihan aku menggosok blaus yang memang ikutkan aku nak buang saja. selesai semua, dalam 8.45 aku mandi. cilakak, gosok baju makan hampir setengah jam! peh, sudah mandi pun berpeluh lagi. pakai pulak blaus yang...tak tau la aku nak cakap apa. memang rimas! tudung pulak tak menjadi sangat, menambah kerimasan yang sedia ada. aku ke dapur untuk sarapan pantas, mengisi air untuk bekal di pejabat. blaus aku kala itu sudah serupa dipakai sehari suntuk. kedut teruk! melekat-lekat lagi di badan. shit! stokin tak ambil lagi! dengan peluh yang meleleh laju, aku pakai kasut dan hidupkan enjin kereta. walaupun sudah dipasang penghawa dingin, peluh tetap tegar membasahi badan. sesampai saja di lampu isyarat berhampiran simpang ke lebuhraya, masa itulah teringat kunci pejabat tertinggal. lalu aku membuat pusingan U dan kembali ke rumah. sampai di rumah, bukan kunci saja yang aku ambil, sekali aku tanggalkan blaus dan terus mencapai t-shirt. mau gosok tudung dah tak sempat, pakai sajalah tudung yang aku pakai dengan blaus tadi. ahhhhhh.......serta merta aku rasa sangat lega, selesa dan damai. dan terus bergegas ke pejabat.
sesampai di pejabat, oy, kereta bos sudah siap parkir. jam menunjukkan jam 10 pagi. aii..masuk dan ucapkan selamat pagi. aku sudah rasa malu yang teramat kerana sampai selewat itu.
peh, baru semalam tidur dengan anak kecil, pagi aku dah jadi huru hara. itu belum ada anak sendiri, suami sendiri. mau gempa bumi rumah dibuatnya!
kenapa aku tak suka berambut panjang
1. rambut aku bukan jenis lebat berat macam rambut rozita che wan tuh. tapi halus bak rambut bayi. kalau panjang pun bikin serabai saja. "macam orang gila," kata mak aku.
2. kalau aku tak syampu rambut sehari, mula lah dia gugur bak dedaunan di musim luruh. pegang sikit, lekatlah beberapa helai di tangan. daripada berkepala seperti gollum, baik aku pendekkan saja.
3. aku selalu terbayang muka hantu bila tengok cermin.
4. rimas. kalau ikat sehari suntuk pun bikin sakit kepala saja.
5. aku kelihatan begitu dewasa dan sangat baik.
6. rakan sekolah pernah kata aku nampak macam pondan (padahal aku perempuan tulen. cilakak!)
7. anak-anak saudara yang masih kategori bayi suka tarik rambut aku sampai putus, dan begitu menikmati saat-saat menyeksa kulit kepala aku yang macam dah nak tertanggal mereka kerjakan.
8. rambut panjang lambat kering, lepas tu kalau berpeluh, melekat-lekat rambut di muka.
9. getah ikat rambut selalu hilang di saat-saat aku memerlukan. ada saja yang cilok.
10. jimat syampu.
11. kalau ada rambut-rambut panjang yang gugur bersepah di lantai, atau termasuk dalam lauk, aku boleh tuding jari pasal rambut aku tak sepanjang itu.
12. muka aku nampak gedik semacam.
haa..kukuh bukan alasan aku? aku pos entri ini pun pasal hari itu aku sakit hati getah rambut aku hilang masa aku nak guna. sepeket getah rambut boleh habis sekejap saja, pasal kejap-kejap yang aku sedang guna itu hilang. hishh!!
Sabtu, April 18, 2009
huru hara siri akhir
petang tadi debaran aku dah reda. sebelum pulang, bos berpesan supaya singgah di subang parade untuk melihat dengan lebih dekat komputer riba yang aku mau itu. peh, boleh tahan juga. aku berpuas hati. tapi bab komunikasi, aku memang "out". entah apa-apa soalan aku tanya, sampai tokey kedai itu hampir tergelak dengar aku merepek. hei, kamon, aku kan gagap. timbang rasa la sikit. cit! cara bayaran semua aku dah tanya, kecuali installment. itupun dah berada di lebuhraya shah alam baru aku teringat. demmit! dan dada aku berdebar semula. ala, apa ini. oh sebelum itu, di lot parkir, semasa aku hendak menaiki kereta, ada sebuah kereta kancil ini menghon aku. aku lihat seorang wanita melambai-lambai pada aku. ah, ini siapa pulak. aku tak kenal. bagaimanapun aku senyum juga pada dia. elok aku berundur, aku lihat perempuan tadi beserta teman lelakinya berdiri menunggu aku. aku pun buka tingkap, dan menyapa. eh, perempuan itu berjalan perlahan-lahan pula meninggalkan tempat itu, manakala teman lelakinya berkata pada aku, "ini kawan sekolah pun tak kenal.." tapi serius aku tak pernah tengok perempuan itu. seksi semacam. ah, dia salah orang la tu.
di lebuhraya pula, ah, aku memang tak boleh memandu bawah 100km/j. mulalah kelapa......eh, apa ini. mulalah kepala aku menerawang jauh, mata melilau-lilau. dan pandang saja ke depan, haiyakk!! nasib baik aku tak mencium punggung sesekereta. tak perasan pula dia membrek. huh! lalu aku terus memotong ke kanan dan memecut laju. sampai di jalan kecil yang menuju ke rumah, wah, ada satu makhluk ini, memang membakar. sudahlah jantung aku belum bertenang sepenuhnya kesan dari kejutan tadi, ini dia pulak bikin hal. apakah boleh hendak masuk ke simpang kiri, dia boleh berhenti di lorong kanan? (jalan disitu dua hala, empat lorong). berhentilah di lorong kiri. sudahlah itu, lambat-lambat pula mahu masuk ke simpang. perjalanan diteruskan dengan gerak trafik yang perlahan, tak selaju debaran jantung aku.
setiba di rumah, tatkala jantung aku baru bertenang, aku di"sound" pula oleh bonda, akan hal yang dia tidak puas hati. aku apa lagi, bukannya boleh bila dimarah-marah begini (walaupun sebenarnya dah agak lali). aku diam tidak menjawab, kerana degupan jantung yang semakin laju dan berat nafas tidak memungkinkan aku bersuara tenang, dan kerana aku memang tak mampu menjawab. lalu aku berbaring sebentar di katil, sebelum bangun menunaikan solat maghrib yang hampir-hampir di penghujung waktu.
ah, terlampau banyak perkara huru hara berlaku hari ini. sudahlah, aku mahu berehat. dada ini belum mahu berhenti berdebar lagi.
Jumaat, April 17, 2009
sudah, aku tak boleh
arrghhhhh!!!! bestnya kalau aku dapat ucapkan kata-kata di atas pada dia!! damn!!
huru hara
selesai urusan bersiap dan sarapan serba sikit (pisang dengan nescafe), aku pun berangkat ke pejabat. entah apa huru hara sangat kepala otak aku pagi ini. undur kereta, lagi sikit mau seret di pagar. masuk balik, dan undur. hah, berjaya. di atas jalan, di depan aku ada sebiji motor ditunggang dua orang anak muda. wah, tenang sekali mereka menunggang. aku dahlah lambat ni, jam 9, tapi belum masuk lebuhraya lagi. masih terkedek-kedek di belakang motor yang menjadi punca keterkedekan itu. masuk saja di lebuhraya, aku berhenti di stesen minyak kulit kerang, demi mengisi minyak yang semakin kurang, dan kemudian meneruskan perjalanan. "HAH!! MAIYAMAAA!!!" aiseh, tertinggal kunci pejabat pulak. lalu aku mensusur masuk ke simpang pusat bandar bandar anggerik, dan berpatah semula ke rumah. ah, sialan, boleh tahan jauh juga kena pusing. hampir sampai di rumah, nyaris saja aku kemalangan disebabkan kesengalan seorang pemandu kereta jenama yang diambil sempena nama anak perempuan Karl Benz. mahu masuk ke jalan tak reti beri signal. nasib baik aku ini jenis pemandu yang boleh tahan cekap (syukur, setakat ini). akhirnya selamat sampai di rumah, dan mengambil kunci, lalu kembali semula ke pejabat.
tapi, di kawasan sama, jalan di situ memang agak sesak pagi-pagi begini. masuk saja ke jalan menuju ke lebuhraya, sekali lagi aku dibakar oleh seorang penunggang motor ini. wah, kalau mamat berdua yang menunggang tadi tu dah dikira tenang, yang ini lagi tenang, malah damai sekali gaya tunggangannya, siap gigit-gigit kuku (atau korek hidung agaknya) sambil motor bergerak perlahan. mau potong, tak boleh pulak, di kiri ada saja kereta yang lalu. "WOI! TEPI!!!" aku menjerit dalam kereta. ah, bukan dia dengar pun. tau-tau sudah sampai di lampu isyarat. aiii....apa punya pagi daaa pagi ni...
dan dada aku masih berasa berdebar-debar lagi. apa pasal pulak ni..........
Isnin, April 13, 2009
makan tengahari yang puas semacam
"PIIIINNNNNN!!!!" aku terdengar bunyi hon kereta, bunyinya macam marah, dan tak mahu bersusah. aku toleh ke arah kereta aku, hurmm, ada sebuah honda accord model baru yang cuba keluar, tapi macam terhalang oleh kereta aku (yang terletak di barisan seberang). bunyi hon kedengaran lagi, kali ini lebih kuat, macam sakit hati sangat sebab susah mahu gostan. aku sekadar memandang saja, dan berlenggang-lenggang ke kaunter membayar harga makanan. sempat aku menjeling ke arah si honda accord tadi, masih berhempas pulas, sekejap undur, sekejap maju. aku sekadar tersenyum sinis. entah apa yang dikecohkan sangat. dua minggu lepas, di tempat sama, aku pun mengalami perkara sama. sudahlah ada kereta di belakang (barisan bertentangan) di barisan tempat aku parkir pon ada kereta parkir berganda di sebelah kanan kereta. kira-kira, undur pun susah, mahu belok ke kanan pun susah. aku tak boleh belok ke kiri, kerana itu jalan sehala. tapi aku berjaya keluar dari petak parkir tanpa sebarang bunyi hon pun. tambah lagi, kereta abah itu langsung tiada "sensor" di belakang. boleh saja. berbanding honda accord tadi yang sudah pasti ada "sensor". bising-bising mahu keluar. dan setelah berjaya keluar, dia terus berdesup laju meninggalkan tempat itu, sementara aku masih berlenggang-lenggang ke kereta.
entah kenapa, aku rasa puas semacam dapat bikin pemilik kereta mewah begitu bengang. kamon, kalau boleh bersusah-susah mendapatkan kereta mewah, takkan lah tak boleh bersusah-susah sekadar mahu keluar dari parkir? walaupun anda mungkin hendak cepat, tapi, belajarlah bersabar. nanti di jalan besar akan berdepan dengan kesesakan jugak.
Ahad, April 12, 2009
lelaki bergelar bapa itu memang hero sejati
sungguh, bapa itu memang hero, tak kira dari segi apa pun. ah, memang anak yang lengai seperti aku memerlukan bapa yang teliti seperti itu. kalau tidak, berdarah menanahlah telinga aku dileteri sekalian adik beradik, terutamanya kakak-kakak aku. oh, abah, terima kasih! muahmuah!! you're the man!!!
tiba-tiba aku kena marah
"ZEHAN NI TAK RETI TAU!!!!!"
uik? apa ini? tiba-tiba saja. lalu selesai saja menukar pakaian, aku ke ruang tv mendapatkan mak. aku sempat menjeling ke arah dapur dan melihat kakak aku membawa piring-piring untuk menutup lauk-lauk di atas meja. dengan muka sememeh mencebik, aku mengadu, "tiba-tiba saja kena marah. entah apa pasal entah....." "alah..biarkan..buat tak tahu saja.." mak aku memujuk. peh, sejak berumur lewat 20-an ni, dah tak dengar dah mak aku menambah perisa kemarahan kakak aku terhadap aku. kalau tidak, selalu aku dapat pakej berganda. ehem..ah, kakak aku tu. baru basuh pinggan sikit dah nak angin-angin macam itu. jadi, sebagai melepas geram, aku bagi anak dia makan coklat. aku tau dia memang tak suka anak dia makan benda-benda macam itu, takut kotor baju. tapi tak kotor pulak baju budak tu tadi. cis!
Sabtu, April 11, 2009
kau cabar? aku sahut!
ya, dan semalam (10 April) bermulalah cabaran itu. ahah, ada juga yang memandang rendah akan kemampuan aku, dan tak kurang juga yang memberi galakan. tapi, aku tetap menyahut cabaran itu. dan menjelang 6.30 petang, aku berjaya habiskan 1.5 liter (huh, senak dada aku!) sehingga terbatuk-batuk. aku rancang, lagi 500ml aku selesaikan di gelanggang badminton (setiap jumaat malam aku bermain badminton, aktiviti pejabat). tak berapa sampai lah rasanya. tapi agak terasa lah kesannya. rasa bersih semacam badan aku, kepala pun rasa ringan, otak aku pun tak berapa nak merepek sangat, walaupun agak berat juga aku mahu bergerak, penuh air lah katakan.
dan untuk hari ini!! errrr......aku.....aku.........errr.......cubalah ye....??? eheh..
Jumaat, April 10, 2009
saya berasa gementar
"ok jack, sila bikin FA untuk artwork sekian-sekian. klien dah approve, mari hantar pada pencetak artwork yang sudah dibakar dalam cakera padat," arahan biasa dari bos.
di sinilah aku mula berasa gementar semacam. mulalah rasa macam ada yang tak siap, ada yang salah dan sebagainya. lagi besar projek, lagi teruk aku gementar. biasanya aku akan ambil masa yang agak lama untuk periksa semula artwork yang telah siap. dan mengambil masa selama lebih kurang lima minit untuk bertenang sebelum mula membakar artwork dalam cakera padat atau dvd. sudah bakar, mahu diserah pula pada pencetak. masa itu, tangan ini mahu tak mahu saja menghulur. berat semacam. dan setelah diserah, aku akan berasa tak tenteram sampailah artwork yang telah siap dicetak beratus-ratus atau beribu-ribu keping dihantar kepada klien.
kenapa aku pos entri macam ni? pasal tadi aku sudah kumpulkan gambar-gambar yang diguna untuk artwork yang lepas, atas arahan bos, pasal klien mintak. sudah bakar dalam dvd, sudah serah pada bos, tiba-tiba aku rasa gementar semacam jugak. padahal gambar saja tu! dan aku tak tahu mana mahu mengadu..............
Khamis, April 09, 2009
memang perangaiii........
wei, tolonglah! lagi 7% saja hendak siap muat turun! apa kejadahnya yang sibuk sangat mahu sangkut tu? tadi bukan main lagi bagi harapan 93% siap muat turun. hendak aku batal, sudah lagi sikit saja hendak siap! buang masa betul! cis! ini kalau aku tunggu, mahu tak tidur aku malam ini!
demmit! selalu benar jadi macam ini. ingat aku suka sangat lah tu perangai semacam itu!
Rabu, April 08, 2009
ya, aku gagap. tak perlulah ketawa.
"Stuttering — also called stammering — is a speech disorder that involves repeating or prolonging a word, syllable or phrase, or stopping during speech and making no sound for certain syllables.
Stress, fatigue and excitement can make stuttering worse. Situations in which you're self-conscious about speaking also can be difficult, such as giving a presentation or talking on the telephone. Stuttering usually decreases when you're relaxed."
antara sebab:
"Signal difficulties. Stuttering may occur because the signals between a person's brain and the nerves and muscles that control speech aren't working properly (neurogenic stuttering). This type of stuttering can occur in children, but it also may affect people who have had a stroke or other brain injury. Rarely, neurogenic stuttering may be the result of abnormal tissue (lesions) in the motor speech area of the brain." sumber: yahoo! health (tengok sini)
ya, bagi anda yang tidak tahu, aku mengalami masalah kegagapan sebenarnya. aku pun tak perasan sejak bila, tapi yang aku ingat, lepas kejadian kepala aku terhempas pada lantai bilik, di mana dahi aku tersiat akibat pendaratan tepat di bucu simen yang pecah, ketika aku berusia 7 tahun, seminggu sebelum Hari Raya. kejadian berpunca akibat tolakan dari adik aku yang tak reti-reti mahu cakap "tumpang lalu, saya mahu turun dari katil ini." nah, seminggu aku tak stabil akibat hempasan itu. kepala tak boleh bergegar sikit, mesti jadi pening. dan bermula dari situ, aku mula tergagap-gagap bila mahu mula berbicara. malu juga, terutama bila diajuk, atau orang yang sedang menunggu aku mengeluarkan kata-kata mula bosan menunggu aku bersuara. apatah lagi kalau bercakap dengan lelaki kacak yang baru dikenal.
ya, memang penat bila tergagap-gagap ketika bercakap. memang terasa seperti lidah tak mahu bekerjasama dengan signal yang dihantar oleh otak. oleh itu, kalau aku berjaya mengucapkan sebaris ayat yang panjang dengan lancar, dengarlah baik-baik, janganlah suruh aku ulang. bukan senang aku dapat bercakap selancar itu. tapi itulah yang selalu terjadi, orang yang aku sedang bercakap dengan itu sedang tidak fokus apabila aku bercakap lancar. dan disuruh ulang, lalu kegagapan terjadi. penat.
kebelakangan ini juga, kegagapan aku seperti semakin teruk. sehingga aku mengalah untuk bercakap. tambah lagi kalau aku diserang sakit kepala, atau penat, lagilah teruk aku gagap. kadang-kadang jadi marah juga. yalah, benda nak cakap cuma tiga, empat patah perkataan saja. tapi disebabkan gagap, jadi macam mengucapkan 4 baris ayat yang panjang.
antara simptom gagap, melibatkan pengulangan sebahagian perkataan, atau seluruh perkataan, terhenti antara perkataan-perkataan, menggantikan perkataan yang susah mahu sebut kepada yang senang, dan dalam kes aku, memetaforakan, atau menjelaskan maksud perkataan yang tiba-tba aku tak tahu, dan orang yang mendengar akan memberikan perkataan yang aku nak itu. susahkan? ya, sangat. sebab itu juga, kadang-kadang aku sengaja jadi pendiam, sebab bercakap adalah agak menyusahkan aku.
bukan aku seorang yang ada masalah ini. aku tahu, di luar sana, ramai yang bermasalah sama. dan kepada manusia-manusia yang bertuah kerana kelancaran berbicara, janganlah tanya-tanya kenapa aku tergagap-gagap. tidak, bukan kerana aku gementar, tapi kerana masalah neurologi (agaknyalah).
notakakiayam: tiba-tiba nak dengar lagu stutter pulak. siapa nyanyi ya? lupalah.
Selasa, April 07, 2009
ah, malu!
"eh, mana siti (bukan nama sebenar)?" kawan aku zura bertanya. "entah, mandi kot!" aku jawab sambil mata tak lepas dari skrin tv. "ish, apa lama benar dia dalam bilik air tu? mandi ke berendam?" zura memulakan bebelan kecil-kecilan. "berendam apa? ada sinki je dalam bilik air tu! macam muat!" aku menjawab sambil mula tertawa. luculah konon. "hahaha!! manalah tau. sekali seronok saja dia berendam sambil menguak-nguak air di sinki. ah! ah! ah!" zura membuat kesimpulan sendiri sambil membuat gaya menguak yang boleh tahan gedik. sambil aku pula menambah perisa. tapi, sebaik saja zura menamatkan kata-kata tadi, entah bagaimana dia menoleh ke belakang, dan nah, duduk di kerusi di belakang dia, ialah si siti, mangsa penceritaan kami itu. dan dengan spontan, zura berkata, dengan nada penuh mesra seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku, "eh, siti! dah mandi dah? senyap saja. ingatkan dah tidur! itulah kami hairan tu, senyap saja rumah ni! hehehhee.." aku masa itu sudah terkedu, tapi tak rasa bersalah sangat, sebab aku tak berlebih-lebih tadi. siti senyum saja. dan zura terus mempelawa siti menonton tv bersama, sambil menceritakan sedikit sebanyak rancangan yang sedang kami tonton.
kami pun tak tahu lah entah sudah berapa lama dia di kerusi itu. memang pergerakan dia senyap saja, ibarat perempuan melayu terakhir. dan aktiviti menonton tv pada malam itu diteruskan dengan perasaan malu-malu.
Isnin, April 06, 2009
lelaki memang macam ni, atau aku tak pernah peduli?
lelaki pertama, kewangan boleh tahan. kami boleh dikatakan sekepala, sejiwa. trauma bermula apabila dia tiba-tiba mengasak aku dengan ajuan berpasangan dan lanjut kepada perkahwinan. wah, bagaimana ini? sedangkan bertemu muka pun tidak pernah, hanya berbual melalui pengutus yahoo! dan sms saja. mendesak aku supaya ada perasaan padanya seperti dia rasa terhadap aku. dan akhirnya dia mengaku dia merasa sangat sayang pada aku. malah memanggil aku dengan panggilan enak-enak didengar. ya, aku juga sayang padanya, tapi tidak sampai merasa cinta, kerana aku tidak pernah melihat wajahnya. jadi tidak adil bagi aku untuk mengikut kehendak dia, kerana, kalau keadaan fizikalnya tidak "indah", tentulah aku tidak boleh menarik balik kata-kata setuju aku. dan ini akan membunuh aku, dan melukakan dia. aku tak mahu ini terjadi. tapi aku mengaku dia itu sangat baik orangnya. cuma pendekatan yang diberikan itu sangat mendadak, dan memaksa-maksa, sehingga nyaris aku membuat keputusan yang silap, kerana hendak menjaga hati dia.
lelaki kedua pula datang setelah aku menolak baik hasrat lelaki pertama (kami masih berkawan sehingga sekarang, kerana aku sangat kagum dengan dia). tetapi lelaki kedua ini, aduh, entahlah. mula-mula berkenalan, sudah hendak merajuk itu ini dengan aku. setelah aku memerhatikan kondisi dia, dapatlah aku memahami perangai dia. dan tidak berapa lama selepas itu, mula menggelarkan aku dengan panggilan "sayang". what the...?? aku sampai terdiam, tak tahu hendak menyahut apa setiap kali dia memanggil aku dengan panggilan itu. ini pun satu hal juga, tak pernah berjumpa, tapi sudah begitu melayan aku bagai seorang permaisuri. dia tak tahukah aku ini perangai paling tak semenggah? lama-lama aku sudah lali dengan panggilan itu, kadang berbunga, kadang geli pulak. dan sekarang dia bertanya, adakah aku sayang pada dia. sudah kali kedua atau ketiga rasanya. oh Tuhan, perlukah aku jawab soalan itu?
lelaki-lelaki di atas, aku sangat berterima kasih dan terharu atas perasaan anda pada aku. ya, aku sangat menghargai kasih sayang anda. cuma yang aku hairan, bagaimana seseorang lelaki boleh merasa sayang pada orang yang dia tak pernah langsung jumpa, apatah lagi melihat perangai yang disayang itu di depan mata? dan mudah sekali mengungkap kata-kata itu, walaupun aku tidak pernah mengungkapkan perkataan sama pada anda. sekadar menilai dari cara layanan aku di alam maya, seakan telah cukup untuk meyakinkan mereka yang aku ini "pilihan tepat". aku tidak memandang harta, rupa adalah juga, kerana aku juga yang hendak mengadap pagi petang, siang dan malam. tapi kadang-kadang sifat dan sikap seseorang itu mampu mengatasi rupa seseorang, kan? jadi entahlah, berbanding lelaki kedua, walaupun rupa muka boleh tahan, tapi aku lebih selesa dengan lelaki pertama, bukan kerana kestabilan kewangannya, tapi kerana dia lebih cool (walaupun suka mendesak) dan lebih teratur emosinya, dan boleh dibawa berbincang, dan memberi pendapat yang bernas.
ya, aku sudah meleret. poin yang hendak aku ketengahkan sebenarnya adalah:-
"bagaimana lelaki boleh menyayangi orang yang dia tak pernah jumpa secara berdepan?"
apa maksudnya ini? pancingan atau keikhlasan? kalau ketika aku berumur belasan tahun dan awal 20-an dulu, mungkin juga lah aku bisa dipancing begitu. tapi, di usia lewat 20-an ini, bukan kata manis, sumpah setia yang aku cari. aku cuma mahukan kestabilan, dari setiap segi.
hah?? lewat 20-an???? haiseh..
Ahad, April 05, 2009
pembersihan spring siri akhir
jam 6 petang, 90% telah siap. cadar sudah bertukar, meja solek semua terang dan teratur. meja komputer juga begitu. aku keluarkan tudung-tudung bawal yang aku cilok dari mak aku untuk dibasuh. dan menyediakan baldi dan mop, serta menyapu bilik tersebut. peh, tak boleh nak kata lah habuk serta sawang yang terlibat. boleh buat bola kecil lah pendek kata. selesai menyapu, aku segera mop bersih-bersih lantai bilik bercat biru (hasil kerja bapak aku dulu). barulah naik kembali seri lantai itu. dan dibentangkan semula karpet pemerangkap habuk. kemudian barulah hidung aku meleleh hingus.
siap semua, aku persembahkan pada mak. "hurmm...camni-lah! esok semak balik la tu," tenang dan yakin beliau mengeluarkan kata-kata. aku terdiam. itu belum aku persembahkan pada abah. pernah dulu, dan beliau dengan tenang juga, mengatakan "hurm, dua hari je tu.." wah, memang betul-betul mereka mengenali anak mereka ini. tidak, aku telah berusaha sedaya upaya. tapi, aku akan pastikan, kali ini bilik aku berada dalam keadaan kemas dan bebas habuk selama yang mungkin, yang pasti, lebih dari seminggu. ah, baiklah, dari tadi aku lalu lalang depan bilik, asyik mengintai kekemasan dengan perasaan bangga di hati. tak sabar rasanya nak merasmikan bilik itu. aku tidur dulu ya!
notakakiayam: aku tak pergi pejabat pun. tengok jam sudah 9 malam. esok pagi-pagilah aku gerak.
pembersihan spring
kembali. hurm, ya, rumah tinggal. aku mulakan dengan kain baju yang tersadai di atas lantai. semuanya telah aku kembalikan ke tempat masing-masing, iaitu almari. aku bawa keluar apa-apa yang patut demi keselesaan ketika membersih. wahahaiii.....habuk......wah wah wah......sampai tak rasa lah pendek kata lantai yang aku pijak itu. aku sidai karpet kecil di pagar rumah, dan diketuk-ketuk. ah, berapa tan habuk daa dalam karpet ni? di dalam bilik, vakum, sembur, lap. itu baru bahagian meja komputer dan rak buku aku saja. kemudian aku berhenti untuk makan. cis, termakan ayam masak merah yang hampir basi pulak. dan kemudian merayau-rayau sekitar ruang dalam rumah, dan terus hinggap di komputer abah.
"nur! kau dah siap kemas bilik ke belum?" tiba-tiba kedengaran mak aku bersuara, tatkala aku sedang mula perenggan pertama entri ini. "err..belum.." aku menjawab konon-konon tak bersalah. "orang siapkan bilik tu dulu. buat kerja bagi habis baru la buat kerja lain! ni dah duduk situ (meja komputer abah) bila pulak nak siap tu? bla..bla..bla..!!" mak aku membebel. dan tiba-tiba hujan turun. itu yang aku pergi selamatkan kain baju dulu tu. aku bukan apa, aku tak bolehlah kemas bilik secara berterusan. nanti hidung aku gatal-gatal dan bersin-bersin sampai nak tercabut hidung, macam mana kan?
oklah, aku nak sambung kemas bilik. malam karang nak ke pejabat, ada kerja yang perlu diselesaikan. wah, sibuk benar kehidupan aku hari ini!
yang lebih bermakna
tapi.........
lebih baik aku beli komputer riba terus. di samping menjimatkan ruang, ia juga boleh disimpan di dalam almari. dan tidak mengumpul habuk, malah boleh dibawa ke sana sini. pendek kata, banyaklah keistimewaannya. manakala, kalau aku terus menaiktaraf komputer lama itu, bilik aku akan terus sesak begitu juga, habuk kian banyak terkumpul, dan menyakitkan mata aku memandang. lagipula tak boleh dibawa ke mana-mana. dan potensi dia untuk terus terbiar agak tinggi juga. lagipun unit pemprosesnya akan terus terperap di bawah kompartment kecil di bawah meja, di mana tiada aliran udara. mungkin akan meletup nanti. dan menambahkan kerja-kerja pembersihan.
jadi, rasanya aku dah tau apa yang perlu dilakukan.
Rabu, April 01, 2009
kau cerita apa ini?
hari ini komuter tak berapa sesak. walaupun tak dapat duduk (kalau ada pun, aku tak mahu pasal sehari suntuk duduk di pejabat), tapi sekurang-kurangnya ada ruang udara untuk aku bernafas lega.
ah, kenapa aku rasa hidup aku tidak bermotif dua, tiga hari ni? entah apa motif aku menaip entri ini malam ini pun aku tak tahu. ah! serabut!
aku kini terdiri daripada sandwich mentega kacang dan jem strawberi
notakakiayam: aku sekarang sudah kembali pada tomyam (yang menjadi ketagihan aku suatu masa dulu). tapi tak bermakna ketagihan pada ayam goreng telah pulih. cuma sekarang ia dapat dikawal.