Ahad, Disember 26, 2010
makan malam
jadi, lepas bangun tidur hampir tengahari tadi, aku mengikut kakak sekeluarga ke jusco. dalam kepala dah "setting" makan malam nak makan fish & chips. senang, tak renyah macam makan nasi.
agak bersungguh-sungguh juga aku sediakan makan malam ni.
sebenarnya aku terlupa pasal kentang goreng, tapi nasib baik kakak aku beli prosperity burger untuk abah, tapi sebab abah dah makan tengahari, makanya burger tu tak berusik. terus aku curi "curly fries" tu buat side dish fish fillet tu.
jadi, inilah dia. jumlah keseluruhan makan malam untuk malam ni, filet ikan tu beli jenama ramly pasal murah sikit, harga RM10.99 untuk 4 keping, salad beli yang genting garden punya, RM6.99 sepeket, mayonis beli yang paket jimat, RM1.00. bolehlah. tapi kalau hari-hari makan, boleh terus makan biskut kering untuk 3 minggu seterusnya. umm..biskut gula la sedap sikit. yang pentingnya, abah suka. abah memang suka makanan ringkas macam ni, tekak orang putih la senang cakap. nak sediakan pun tak leceh.
tapi, tak kiralah masak orang putih ke, masak orang melayu ke, cuma yang aku perasan, tak ada yang lebih gembira selain sediakan makanan untuk abah, dan dia sangat menyukainya.
sepatutnya aku jadi tukang masak kot.
Jumaat, Disember 24, 2010
Selasa, Disember 14, 2010
pernafasan yang melegakan
semalam balik awal. sepanjang perjalanan pulang memandu bersendirian ditemani abang michael, abang kurt, kak mariska, adik paloma dan beberapa lagi, aku hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira dapat pulang awal.
terus malamnya aku terbeli seluar jeans dan blaus baru.
Ahad, Disember 12, 2010
Selasa, November 30, 2010
Jumaat, November 26, 2010
pilihan terbaik
ummm...
mainlah.
Rabu, November 24, 2010
Isnin, November 22, 2010
sensitif
sesungguhnya niat tidak membantu apabila anda memiliki perut seperti ini.
anda ingin menikmati makanan berat dipagi hari sebab terpengaruh dengan ketulan-ketulan nugget yang sepatutnya dihidang untuk anak-anak buah anda, di samping sebekas bihun goreng yang nampaknya agak seksi. dan anda bangun tidur dengan perasaan lapar walaupun sebelum tidur itu telah menjamah dua ketul ayam goreng KFC perisa terbaru.
anda pun bersimpuh makan di samping ibu bapa dan anak-anak buah tersayang. bukanlah sepinggan besar pun, cuma guna mangkuk bunga percuma yang diperoleh dari KFC dua tahun yang lepas agaknya. dengan niat supaya sepanjang masa di pejabat sementara sampai waktu rehat, anda dapat bertahan dan boleh bekerja dengan gembira kerana tiada gangguan "muzik" tambahan selain itunes anda.
rupanya usaha anda gagal. perut anda menjadi kembung berangin seperti ribut taufan sedang melanda kerana perut anda gagal menyesuaikan diri dengan makanan seberat itu pada permulaan hari. ekoran serangan itu, anda jadi tidak selesa membuat kerja, dan akibat dari serangan itu, anda dilanda lapar yang teruk, yang turut menyebabkan serangan angin bertambah, tetapi anda tidak berapa berjaya membuangnya (kerana ramainya orang di dalam pejabat).
menyangkakan dengan makan tengahari berlaukkan ayam goreng berempah, sedikit paru dan sayur sawi dapat meredakan, saya dengan yakin makan perlahan-lahan supaya makanan dan angin tidak berentap. usaha ini turut gagal.
kenyang, tetap kenyang. tetapi perut masih berangin. esok pagi baru baiklah nampaknya ni. bukan tak biasa. malam ni pula "birthday party" salah seorang dari 12 anak buah. hei, perut, cepatlah sembuh!
Jumaat, November 19, 2010
just to remind you that...
ARRRGGHHHHH!!!!!
Khamis, November 11, 2010
buktikan yang kamu tidak radikal.
tadi makan tengahari bersama seorang kawan yang kerap kali berdepan insiden perkauman kerana memakai tudung. lalu tadi dia bercerita yang terbaru ada satu syarikat tidak mahu mengambil dia bekerja kerana pada pendapat empunya syarikat, dia akan menjejaskan reputasi syarikat dan dia dianggap radikal kerana memakai tudung.
lalu, dia menyuarakan pendapatnya pada aku. iaitu kita boleh buktikan pada tokeh-tokeh kompeni besar itu yang kita tidak radikal dengan membuka tudung pada permulaannya, kemudian baru mula pakai sedikit demi sedikit, kerana ketika itu mereka telah mula melihat betapa kita tidak radikal sebenarnya.
i say it's a foolish idea. kalau kita sampai membuka tudung demi membuktikan betapa kita tidak radikal, itu adalah bodoh. itu menunjukkan mereka itu telah menang, dan membiarkan kita diketawakan kerana kebodohan mengikut kata mereka sehingga mengingkari Pencipta kita, iaitu yang berhak kita taat dan patuh. sepatutnya, dengan kepala yang bertudung itulah, kita buktikan yang itu bukan petanda radikal, tapi kita biaskan sangkaan radikal itu kepada mereka, yang mereka itulah sebenarnya radikal kerana berfikiran sempit.
ini soal pendirian, soal fahaman, soal kepatuhan dan ketaatan. soal akal itu berfungsi atau tidak. bukan menuruti mereka demi mendapatkan peluang pekerjaan yang belum tentu membahagiakan.
beginilah, sifat syaitan itu menghasut kita supaya mengingkari perintah Yang Maha Kuasa. disalurkan pula melalui tokeh-tokeh besar yang menganggap wanita bertudung itu radikal dan menyuruhnya menanggalkan tudung jika mahukan diberi pekerjaan. dan kita sebagai hamba Allah, yang faham benar selok-belok permainan syaitan, seharusnya dapat mengelak tipu daya syaitan itu, yang kemudian memberi idea bodoh yang telah disebutkan di atas tadi.
aku percaya, keradikalan seseorang manusia itu bukan pada pakaiannya, tetapi pada pemikiran dan fahamannya. dan sanggup mengingkari perintah-Nya demi membuktikan diri pada si kafir yang memang tidak setuju dengan Islam, itu adalah kebodohan yang nyata dan membuktikan kepada mereka betapa orang Islam ini memang mudah kena kencing.
Sabtu, November 06, 2010
stalker or what?
and today, to my surprise, she requested for a friendship on my facebook. it amazed me because, i don't know how the hell that she found mine, or how did she know that it's me? seriously, it's kinda freaky when someone (customer/client) ask you something about anything regarding the product, and then had the effort to search for you all over the internet and ask for a friendship online.
freaky. i don't know whether to approve or ignore. i don't really know what to do.
Isnin, November 01, 2010
T_T
AMIN.
Sabtu, Oktober 30, 2010
rimmel oh rimmel!
berminggu-minggu juga aku usha benda ni. ye la, aku dah ada 4 lipstik merah. tapi masalahnya warna dia sangatlah mengujakan. hari ahad lepas aku membelek lagi. segan juga dengan tuan punya kedai. dan akhirnya, aku nekad, hari selasa lepas, lipstik bertukar tangan.
abaikan kulit muka yang huru hara itu. lipstik ni bukan finish lipstik. jadi maknanya ia boleh disapu terus pada bibir. tapi bagaimanapun untuk kesejahteraan bersama, sapulah lip balm secara kecil-kecilan dahulu. kalau yang terer tu boleh terus sapu lipstik merah ni pada bibir. tapi aku lebih suka sapukan dengan berus dulu, supaya tepi-tepi bibir tak comot dan kucar-kacir. lepas dah puas hati dengan kekemasannya, barulah aku sapukan terus lipstik tu ke bibir bagi meratakan warna serta menyerlahkannya sekali.
Jenis: Rimmel Colour Show Off in Red Fever (230)
Harga: RM26.90
Mana nak beli?: Guardian, Watson's dan farmasi atau kedai-kedai yang turut menjual.
Sabtu, Oktober 23, 2010
promo promo!!
dan jangan lupa juga singgah di blog gedik-gedik saya http://lovesthat.typepad.com/blog/ okay?
daaaaaa!!
Khamis, Oktober 21, 2010
Isnin, Oktober 18, 2010
bye, i unfollowed your blog!
mula-mula memang aku suka entri dia. tapi lama-lama aku baca lebih ke obses diri sendiri pula.
ish, blog aku sendiri macam la best sangat. tapi hak masing-masing nak komen kan?
YEEAAAHHHHHH!!!!
Rabu, Oktober 13, 2010
confirm
terus aku berkobar-kobar nak siapkan kerja.
lipstik merah idaman
Isnin, Oktober 04, 2010
3 tempat, satu punca
tetapi entah apa masalahnya, saya selalu berhadapan dengan masalah gaji. macamlah saya minta RM5k sebulan sehingga kucar kacir syarikat hendak membayarnya.
sekarang pula, gaji saya tidaklah sedikit, tidaklah pula terlalu mewah. sedang-sedang kata orang. tapi ada pula masalah lain. kali ini melibatkan akaun saya. entah macammana, gaji saya termasuk ke akaun orang lain. mengakibatkan saya mendapat lewat kerana pihak akaun membuat pembetulan. itu cerita bulan lepas.
bulan ini, perkara yang sama berlaku. tetapi pihak akaun memberikan cek. dengan gembira saya memasukkan cek ke akaun saya. saya menunggu dengan sabar kerana cek mengambil masa 3 hari untuk "clear". saya berkira-kira esok bolehlah saya keluarkan sejumlah wang belanja. sementelah sudah tinggal beberapa sen saja di dalam dompet. dengan teruja dan penuh debar saya memeriksa akaun saya secara "online". tiba-tiba jumlah "floating" hilang. saya pelik. saya cek dalam-dalam. "CLRNG CHQ RETURNED" katanya. returned kenapa pula? saya mendapatkan pendapat pakar. kata mereka ada masalah pada cek itu. setelah diperiksa, rupanya ada perkataan tertinggal di cek itu, lantas menyebabkan ia dipulangkan semula.
saya kecewa. sangat-sangat kecewa. kecewa sehingga saya bermain-main membuat kerja. apalah salah saya sehingga saya menghadapi masalah sebegini? dari mula bekerja sehinggalah sekarang, sehingga 3 syarikat, masalahnya tetap sama. segala timbunan kerja yang diserahkan semua saya selesaikan sebaik mungkin. saya tidak merungut kerja terlalu banyak walaupun saya sedar cuma saya seorang yang mengendali semua kerja tersebut. tetapi kenapa perkara bodoh sebegini yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada saya? dalam ramai-ramai pekerja, saya seorang yang dua kali dilanda perkara bodoh ini.
lalu sekarang saya kembali membenci kerjaya saya. kembali membenci pengurus-pengurus yang cuma tahu melambak tugas banyak-banyak pada staf, tetapi perkara semudah gaji amat sukar untuk mereka selesaikan. saya tidak minta banyak. saya tidak minta faedah yang bukan-bukan. saya bukannya cuba menggapai bintang. saya cuma mahu mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini.
adakah permintaan saya ini terlalu tinggi?
tidak, bukan?
ibu saya mula berpendapat mungkin terdapat "binatang-binatang haram" yang menumpang di badan saya sehingga saya bernasib malang begini. saya tidak pernah mahu berfikir sehingga ke situ. tetapi sekarang saya mula mempertimbangkan perkara ini. okaylah, mungkin ini ujian dari Tuhan yang tidak henti-henti mencabar saya dalam soal kewangan. tidaklah saya sehingga kebulur, tidak berganti baju. tetapi ujian-ujian dengan majikan-majikan yang mungkin mengambil kesempatan atas sikap saya yang tidak bercakap banyak. mungkin Tuhan mahukan saya menjadi seorang yang lebih lantang. baiklah, saya terima.
cuma, saya sudah naik muak dengan perkara ini. tiga syarikat berturut-turut, masalah yang tetap sama. sudahlah.
Jumaat, Oktober 01, 2010
malas
hari ini saya bermalasan dengan separa bersungguh kerana terdapat kerja yang harus diselesaikan. dan juga kerana adanya bos di pejabat. tetapi saya bermalasan juga bila ada kesempatan.
saya tidak tahu kenapa. sedangkan sebelum ini saya sangat bersemangat untuk bekerja. saya mengeluarkan banyak idea baru untuk dimuatkan dalam produk kami.
tapi sekarang saya dah malas. dan apa yang akan keluar nanti, keluarlah.
Ahad, September 26, 2010
review lipstik. heh!
lalu tadi mak ajak beraya rumah pakcik abah. jadinya aku berpeluang menerai lipstik ini. mekap kena ala vintage, baru jadi. elok aku sapukan (atau oles) pada bibir, apa yang aku dapat kesan ialah warnanya yang sangat pekat (hampir seperti warna plum) dan serta merta bibir rasa kering. mengikut pengalaman review yang lepas, aku rasa lipstik ini adalah finish lipstick, iaitu lipstik yang dilapis atas lipstik "base" (apa-apa warna lisptik biasa dan finish lipstick ditambah untuk menaikkan lagi seri warna. ikut faham aku la. korang kaji la sendiri). jadi aku pon sapu nivea lip care strawberry yang masih tak habis-habis lagi, dan menyapu lipstik tadi dengan berus supaya sapuan lebih kemas dan sekata.
beginilah hasilnya. kalau sapu terus dengan lipstik, warna dia akan lebih gelap, macam gothic pula. dan warnanya juga hampir sama dengan bibir snow white (kalau sapu dengan berus). mula-mula kecewa juga dengan lipstik ni. tapi selepas menyedari yang ia mungkin finish lipstick, aku kata, proceed!
ekstra: cari NYX Cosmetic dalam FB dan "like" kalau mahu. korang boleh bertanya lebih lanjut pada tokey kedai online ni. korang juga boleh pergi ke http://sharondoodoo.blogspot.com (tapi ni orang lain dan harga lipstiknya ngam-ngam RM10. kalau yang di FB tu harganya RM9.90 saja). selamat mencuba!
Isnin, September 20, 2010
bilakah?
"bilakah serangan panik ini akan selamanya berakhir?"
adakah ia akan berakhir sebaik sahaja aku berhenti bekerja, atau sebaik sahaja tempoh kehidupan aku tamat?
Ahad, September 19, 2010
lesson learned
aku bukan tak biasa tinggal seorang diri di rumah. malah aku suka. sebab aku boleh buat apa yang aku mahu tanpa memikirkan orang lain.
semalam, aku tak ada masalah, sebab abang aku sekeluarga ada. hinggalah petang tadi, bila mereka berangkat ke rumah sendiri.
masa terasa berlalu begitu lambat, walaupun sekarang sudah jam 10.30 malam dan dalam sejam dua lagi aku perlu tidur. dan aku merasa sangat sunyi. dan bila sunyi, "depression" aku kembali menyerang. dan aku rindukan "anak-anak" aku.
sekarang aku faham kenapa kawan-kawan semua menggesa supaya aku cepat-cepat dapatkan pasangan hidup. mungkin aku dah patut lupakan kenikmatan hidup sendirian.
aih, esok nak kena hantar magazine untuk dicetak, dan esok mesti kena panic attack lagi. macam biasa.
Sabtu, September 04, 2010
Selasa, Ogos 31, 2010
Khamis, Ogos 26, 2010
sibuk
sebagai editor, aku kerap dipanggil bermesyuarat tentang isi majalah. meeting bukan sekejap-sekejap, kena lama. banyak hasil yg didapati hasil dari bermesyuarat tadi. bertimbun-timbun idea baru keluar. bos gembira, aku pun senang hati sebab otak aku akhirnya berfungsi dengan baik dan aku juga sudah hampir pulih dari rasa "useless" yang membelenggu hidup aku.
tapi sebagai designer, bila masanya aku nak buat semua idea-idea yang dikeluarkan ketika aku membawa watak editor tadi? baru nak buat kena panggil meeting lagi, tak pun ada idea baru keluar.
masih tak pandai multitasking lagi nampaknya ni.
Selasa, Ogos 24, 2010
Isnin, Ogos 23, 2010
Ahad, Ogos 22, 2010
old age
Jumaat, Ogos 20, 2010
a fifth of beethoven
mengantuk
Selasa, Ogos 17, 2010
80's!
aku suka betul gaya gitaris, basis dan drummer dia main. basis dia pula macam comel-comel je. lepas tu tak pasal-pasal lagu ni jadi faveret aku.
malam ku bermimpi
dua kali aku mimpi tempat ni. dia macam apartment, ada lif semua. tapi yang bongoknya, lif itu juga merangkap bilik mandi bagi semua penghuni apartment tersebut. so, ala-ala korang tengah mandi, tiba-tiba ada orang tekan nak buka pintu lif, korang kena la berkongsi lif dengan orang yang turun naik tu.
tapi mimpi tadi aku jadi orang yang nak guna lif. agak ramai juga bersama aku, dalam 4, 5 orang. dalam lif tu ada lelaki tengah mandi. dia bagi kitorang masuk. lepas tu berhimpit-himpit, mana dengan lelaki tu nak mandinya, kitorang yang ramainya. tapi seorang pun tak basah kena air mandi lelaki tu. lepas tu kitorang semua macam pandang je lelaki tu. lelaki tu macam blur kejap sebelum menjawab, "oh, nak saya keluar ke? kejap, kejap," sambil tangan sibuk mengutip barang-barang mandi beliau. aku tak pasti dia bogel ke tak tapi yang paling jelas dia pakai kasut tumit tinggi warna "hot pink" buat selipar jamban. aku macam "wow!" sekejap.
kemudian kami sampai di tingkat bawah, tiba-tiba ada gelongsor yang tinggi, kira-kira dari tingkat satu ke ground floor. dua orang anak buah aku yang dah besar duduk kat situ. diorang tengah "horse around" kat situ, aku sound duduk elok-elok nanti jatuh. yang seorang ni sibuk nak duduk kat tepi-tepi, yang seorang lagi tengah cuba duduk kat bukit tepi gelongsor tu. tiba-tiba dia tergelincir tapi sempat berpaut dekat gelongsor tu. aku macam panik-panik juga sebab masa tu tangan berpeluh, takut licin nak tarik dia. tapi disebabkan perasaan sayang yang sangat kuat, aku berjaya menarik dia dengan sekali tarik saja. kemudian yang seorang lagi pun ditimpa musibah juga dekat atas gelongsor tu, tapi aku tak ingat apa jadi kat dia, tapi aku berjaya selamatkan juga.
seterusnya yang aku ingat ialah aku membebel-bebel siap menengking-nengking kat diorang.
Isnin, Ogos 16, 2010
nak bagi hampers aidilfitri?
ni pula antara biskut raya. tak pasti pula kalau masih boleh tempah lagi.
so kalau berminat, singgahlah kat blog cahaya hampers okay?
Sabtu, Ogos 14, 2010
dan inilah hasilnya..
"Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu." A'-Baqarah ayat 13.
"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah[31 satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. " Al-Baqarah ayat 23.
"Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. " Al-Baqarah ayat 24.
Jumaat, Ogos 13, 2010
bubur kacang
Rabu, Ogos 11, 2010
is everything alright?
hari pertama berbuka
kisahnya, mak masak nasi. atas dapur. nasi sahur mak panaskan guna bekas pengukus plastik yang khas untuk periuk nasi elektrik. lepas tu aku nak cedok nasi untuk hidang. tapi bau plastik tu kuat gila sampai aku rasa nak muntah. aku boleh rasa kadar keracunan pada nasi tu memang tinggi juga. bahaya kalau makan. aku suruh mak bau. memang busuk la. mak kata mungkin yang dalam penapis saja. tapi masalahnya seluruh isi periuk bau plastik. lepas tu mak nak makan nasi tu. aku dan abah tak bagi sebab bahaya, nanti sakit kan susah. mak tak puas hati, sebab dia rasa membazir dan dia rasa takkan matinya kalau makan nasi tu. "takla mati, tapi kan bahaya makan nasi tu. sebab bahan kimia dalam plastik tu dah masuk dalam nasi," kata aku dengan penuh kesedaran bahaya bahan kimia. abah pun warning macam tu juga. mak tak puas hati. "kalau mak, mak makan saja. mati pun mati lah," katanya masih berkeras. lepas tu mak bebel-bebel suruh aku masak nasi sebab nasi tadi bahaya sangat. lepas tu aku ambil periuk lain. periuk tu kurang ajar sikit kena sentiasa perhati kalau tak nasi cepat hangit. lepas tu mak pertikaikan pengetahuan aku tentang ilmu dapur sebab ambil periuk yang bahaya. lepas dah ambil periuk yang selamat sikit, lepas mak dah solat maghrib, mak datang dapur dan lihat api tak cukup besar. pada aku api tu dah besar dah. mak kata macam tu bila nak masak nasi tu. masak nasi pun tak reti macam mana ni. dipertikaikan lagi pengetahuan aku tentang hal ehwal masak nasi padahal aku lah "chef ganti" kalau dia tak larat nak masak.
kemudian mak bersuara lagi tentang nasi "beracun" tadi. "siti khadijah tu makan daun kering je sebab dah bankrap membelanjakan harta membantu nabi muhammad. tak jadi apa pun!" aku terdiam sekejap mengenang kedegilan mak. "tu daun mak, ni bahan kimia. sikit lagi kalau kena kanser kan susah. duit nak merawat tu dah la beribu-ribu. baik rugi beberapa ringgit ni dari terpaksa belanja beribu-ribu nak rawat penyakit yang dicari sendiri," aku akhirnya membetah mak. mak diam. "huh, kalau mak, makan saja nasi tu!"
degil betul mak ni. tapi akhirnya tak makan juga. tak heran mati konon.
bila puasa
lepas tu semua nak balik awal. nak sampai rumah awal. nanti boleh bancuh sirap canggih-canggih buat lumba minum masa berbuka. tak pun boleh baring-baring sementara tunggu waktu berbuka. tak pun boleh siap-siapkan hidangan berbuka, setting meja cantik-cantik, boleh sempat tambah lauk-lauk ekspress buat pemenuh perut. tapi aku tak.
kenapa?
sebab..............kalau sampai rumah awal, nanti nak kene tunggu sejam setengah macam tu sampai waktu berbuka. aku tak tahan. sebab tu aku suka sampai rumah ngam-ngam je terus azan. gedik tak aku?
notakakiayam: haa..masa ni la tiba-tiba teringat kuih kole kacang.
Selasa, Ogos 10, 2010
Jumaat, Julai 30, 2010
hello semua.
okay. ummm....hurm. aku pun tak tau mana nak mula.
pernah tak korang rasa macam nak "escape", maksud aku macam, ummm...ada sesuatu dalam korang, yang buat korang rasa macam tertekan, sedih, macam dah bosan dengan semua perkara. korang nak buang semua tu, tapi tak tau macammana. macammana nak cakap ye, okay, senang cerita depressed, atau murung.
aku dah mengalami benda ni sejak berbulan lalu. aku tak tau macammana nak buang perasaan ni. aku mudah rasa tertekan, sikit lagi aku benci dengan semua orang, lepas tu benci dengan semua yang ada kat sekeliling aku. lepas tu aku mula hidup dalam dunia aku sendiri, yang aku cipta, bertemankan teman-teman imaginasi yang, oh well, memang takkan ada kat alam realiti. cuba mereka suatu keadaan yang sepatutnya aku berada dalamnya, keadaan yang tak mungkin berlaku, kerana muaknya aku dengan keadaan sekeliling aku sekarang. (ye, tempoh ini telah menyebabkan aku mengabaikan blog ni. entahlah berapa lama aku tinggal.)
kemudian, aku akan mudah merasa sedih, kadang-kadang menangis tanpa sebab. lalu bertambah aku mengasingkan diri dari orang. tapi taklah sampai tak keluar rumah. keluar juga, tapi aku mengelak dari bercakap dengan orang, atau berkenalan dengan orang.
aku tak suka semua ni.
aku dapat kerja di tempat baru. aku ingat aku akan lebih gembira. ya, sehari dua. tiba-tiba hari ni aku jadi depressed balik. macam, "aku taknak buat ni lagi!" aku rasa marah, bosan dan aku tak nak bekerja lagi. aku taknak buat apa-apa. aku cuma nak tidur dan tidur dan tidur. tak ada benda yang mengujakan aku lagi. tidak anak-anak saudara aku yang comel lagi keletah. tidak lagi tv. tidak lagi internet. aku juga semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan, kecuali yang betul-betul rapat.
aku cuba menulis. tapi, naaahhh..tak jalan. aku tak faham kenapa aku masih berahsia dalam jurnal peribadi aku sendiri. bodoh gila. oh ya, hari tu aku jalan-jalan di the curve. aku sangat amazed, yang ia tidak mengujakan aku juga.
so hari ni, aku cuba menulis dalam blog ni. mana tau boleh lega sikit. okaylah, lega la sikit. tapi aku tau perasaan bongok ni akan kembali lagi sepertimana mana kembalinya Tora dengan permainan baru.
dammit, i hate myself, i hate my life.
plan aku ialah nak berhenti kerja, dan berhuha-huha selama sebulan sebelum mencari kerja baru. tapi duit untuk menampung hidup sepanjang tempoh tu tak ada pula.
ah, mungkin aku ni terlampau merungut. atau mungkin aku patut mendapat bantuan perubatan. i tell you, this depression thing really sucks.
Jumaat, Julai 23, 2010
secret recipe
"do you hang out at secret recipe often?"
i replied.
"rarely."
my heart said.
"i'm not rich enough to hang out at that place often."
i wish it was my mouth that had said it.
Isnin, Julai 19, 2010
sila jangan jeles
aku minta seorang kenalan yang pergi melawat seattle tolong sign kan nama aku kat mana-mana tempat yang dia boleh sign. dan dia sign kan bangku kat rumah kurt cobain (lake washington blvd) untuk aku. hinsss..hinssss...hinssss...
Isnin, Jun 28, 2010
Khamis, Jun 24, 2010
detox
baru-baru ini aku beli kzanah detox and shape tea dari cosway, pasal aku rasa badan aku dah macam bertoksin banyak sangat. mana tahan, perut asyik rasa senak, kembung, rasa penuh tak selesa siap water retention semua. lalu isnin malam tu aku ajak abah pergi cosway (sebab beliau ahli). dah beli tu, tokey tu cadang supaya aku ambil fibre plus sekali, baru berkesan cepat katanya. mendengar penerangan dari tokey kedai yang berpengetahuan tinggi itu, aku pun tak ragu-ragu mencuba.
sekarang dah masuk dua hari aku tak berhenti berulang buang air. memang detox betul. rasa ringan sikit badan.
Selasa, Jun 22, 2010
Isnin, Jun 21, 2010
17 Julai
hidup lagi?
okay, kali ni aku nak tau kalau-kalau masih ada pembaca lagi yang singgah kat blog aku ni. sebab kalau dah tak ada, aku ingat nak tutup saja blog ni. lagipun dah lama aku tak pos entri baru yang mampu menarik perhatian pembaca untuk singgah di blog ni.
jadi, aku minta tolong pengikut-pengikut yang ada ni, untuk tinggalkan komen dalam pos ni, samada aku teruskan atau hentikan saja blog ni. aku bagi masa seminggu untuk anda komen, kalau lebih dari lima komen, aku teruskan. kalau setakat 3 komen atau tak ada langsung, maka, sedarlah, aku akan hentikan blog ini. okay?
jadi, aku berharap pada anda semua, sebab aku pun sayang blog ni, banyak dah entri aku letak. jadi, tolong eh? :)
Jumaat, Jun 18, 2010
shocking blue
sila dengar ya.
best kan?
Jumaat, Mei 21, 2010
nirvana
Rabu, Mei 19, 2010
black out
kemudian menutup suis lampu utama dan mengunci pintu dan ya!! aku berjaya keluar dari pejabat dengan selamat.
nasib baik sempat "copy" semua fail yang aku dah download sebelum tu.
Jumaat, Mei 14, 2010
neglected
aish....aku dah terlebih membelai "this and that" sampai mengabaikan blog ni. aku pun dah tak tak ada idea nak sumbat dalam blog ni.
cuma sekarang yang boleh aku beritahu ialah aku dalam misi untuk berhijrah ke tempat baru. cuma setakat ini belum ada apa-apa isyarat lagi. request dah lama dah.
Ahad, April 25, 2010
bisnes anak buah aku
menu hari ini
TA DAAAA!!!
Jumaat, April 23, 2010
Rabu, April 21, 2010
mengapakah???
Selasa, April 20, 2010
errr...
dah sampai!!
yeay!! yeay!! yeay!!
pelik ke?
nah!
We are a lullaby
and everlasting song
Taken as prisoners
To a place where we belong
If the tune stops
I will not wake, oh no
Without us Im no one
My soul swells and aches
So on the day
When the music dies
So will our love
Therell be some pain
But I keep it in my locket
If youll lead the band,
then I will have to follow
Theres no escape for me
(Chorus:)
So play on!
Keep me dancing in the air
No one else they can compare
To the harmony of our sweet rapture
You have a supernatural flair
Push me further than I dare
Play on, play on, play on
Play on for me
So if this melody
Should stop or fade away
The oceans will drain out
and the stars disintegrate
Its like voodoo
Ive lost all my control
I look into you
You make me rock n roll
So on the day
When the music dies
So will our love
Therell be some pain
But I keep it in my locket
If youll lead the band,
then I will have to follow
Theres no escape for me
Repeat chorus x 3.
kredit: zaharaJ
Jumaat, April 16, 2010
lipstik merah saya
petang yang indah
tiba-tiba, sesuatu yang indah, yang mak buat, berada di bawah pengayak tepung. harap anda kuatkan hati.
Khamis, April 15, 2010
hotel colonial pujaan
Isnin, April 12, 2010
baju renang
sekarang dah tegas, kena pakai baju renang. sebagai seorang yang tak peduli tentang semua itu, aku masuk juga dalam kolam itu dengan memakai t-shirt dan seluar pendek. alah, kita-kita saja.
kakak ipar aku dan seorang dari anak saudara aku juga memakai t-shirt. kemudian pak guard berdiri di tepi kolam. "ha, pakai t-shirt!" aku jawab selamba saja, "takde baju renang la.." dan berenang pergi. tapi nasib baik pak guard tak kerek, walaupun ada lagi seorang pak guard yang mengintai dari celah rimbunan pokok bunga kertas.
yelah pak guard, lain kali saya datang saya pakai bikini. tapi saya yakin pak guard akan kata, "sudahlah, tolonglah pakai semula t-shirt dan seluar pendek. T_T" heh!
aiskrim potong
mi udang
Selasa, April 06, 2010
semasa aku di penang: tujuan asal
27 mac 2010:
bertolak dari rumah dan sampai junjung petang hari yang sama.
28 mac 2010:
bertolak ke pulau pinang dan terus ke hospital pulau pinang.
29 mac 2010:
pembedahan dijalankan. masuk dewan bedah jam 12.oo tengahari dan selesai jam 3.30 pagi
30-31 mac 2010:
ulang alik ke hospital, ada melawat saudara mara lain juga sekali. dan berjalan-jalan ke padang kota sebab nak rasa angin laut.
1 april 2010:
dapat panggilan dari sepupu. pakcik kena operate tebuk lubang leher sebab kahak banyak sangat, tak boleh bernafas. doktor rancang nak buat hari jumaat.
2 april 2010:
tak jadi. dewan bedah penuh. rancangan nak balik kl hari sabtu pun ditunda. stenbai, mana lah tau kan. jumpa pakcik yang lagi satu kat seberang jaya. ambil baju yang mak pesan. terus ke kedai mi udang pak ngah kat sungai dua. best.
3 april 2010:
penebukan selesai.
4 april 2010:
balik kl. bilik bersepah macam apa entah.
tamat.
Isnin, April 05, 2010
semasa aku di penang.
di bawah ni gambar sepanjang aku ada kat sana.
yang ni pula dekat hospital kulim. kebetulan pula ada sepupu terkemalangan motor pula. nasib baik beliau ok.
ini tangga dekat hospital pulau pinang. bangunan lama. tangga pun vintage lagi. tapi anak tangga yang ni dah bikin baru. yang betul vintage tak shoot pula.
ni lobi blok A.
barang-barang perubatan vintage.
Jumaat, Mac 26, 2010
hilang seminggu
jadi, mungkin aku akan mengumpul bahan kat sana juga untuk tatapan anda semua.
ah, baru 9.40 malam aku dah mengantuk. hasil tahan mengantuk kat pejabat tadi, meleret-leret pula sampai malam. nak kena packing baju pula. malas betullah!
Khamis, Mac 25, 2010
dah gila ke?
serentak itu, aku juga jadi gementar gila bila dengar bunyi telefon bimbit aku, tak kiralah SMS ke panggilan ke. rasa terhenti jantung dan macam "pissed off".
Rabu, Mac 24, 2010
salute brunei!!
Brunei lebih takut laknat Allah
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP
syukur, ada yang tau berfikir. :)
Selasa, Mac 23, 2010
pengumuman lagi satu
dan di sini ialah blog baru saya. tempat gedik-gedik, namanya this and that
jangan lupa singgah ye!
Isnin, Mac 22, 2010
niat tak betul
lepas tu teringat nak beli pencuci kereta, konon-konon nak cuci sendiri kereta, tak payah hantar kedai lagi. sebelum tu belek-belek pewangi untuk kipas dan kereta (gel yang sebenarnya untuk bilik). akhirnya letak balik pencuci kereta dan ambil pewangi-pewangi tu.
lepas tu terjumpa beg pensel berbentuk tiub ubat gigi, wasabi dan super glue. beli la pula. aku beli yang tiub ubat gigi. gedik betul. :)
pengumuman
blog saya akan bertukar konsep sepenuhnya dalam sehari dua lagi (ikut mood la..kalo terajin, malam ni dah bertukar). ini bermakna tiada lagi cerita sia2 yang akan dipamerkan, yang lama-lama dulu tuh akan dibuang, ada yang dikekalkan. blog baru ini akan lebih kepada art & design (dalam semua bentuk) dan akan ada sikit-sikit saja perkara-perkara merepek.
mungkin juga blog ini akan lenyap langsung. itu masih dalam pertimbangan.
notakakiayam: saya sedang menyiapkan material-material baru untuk blog baru saya.
Jumaat, Mac 19, 2010
Jumaat, Mac 12, 2010
My Yiddishe Mama
notakakiayam: nama-nama yang aku sebut tadi tu pandai-pandailah korang google kan. malas aku nak tarok link.
Jumaat, Mac 05, 2010
the drowning human and the rescuer
Rabu, Mac 03, 2010
dia mungkin sedang lapar....
aku ketika itu sedang duduk termenung menantikan menu pesanan aku tiba. tiba-tiba seorang lelaki cina yang tua, berpakaian ala apek zaman perang dulu, datang ke meja dan menghulurkan cawan plastik berisi tiga keping wang syiling, aku kira dalam 25 sen, dan sekeping duit kertas seringgit dalam genggaman. wajahnya tua, tapi masih menguntum senyum tatkala memohon belas ehsan agar dihulurkan sekeping dua rezeki untuknya hari itu. tidak memaksa-maksa seperti segolongan peminta sedekah lain. aku menolak sambil senyum, tapi dalam masa sama seperti ingin memberi, tapi kerana tiada wang kecil, aku terpaksa batalkan niat. dan dia berlalu dengan senyuman, seperti mengucap terima kasih, walaupun tiada hasil yang diperoleh dari aku.
dia ke meja yang diduduki tiga perempuan yang sedang asyik melahap makanan tengahari masing-masing. mereka terkejut, dan seakan takut melihat kehadiran lelaki cina tua itu. kenapa takut? dia bukan orang gila yang datang mengancam keselamatan kalian, dia cuma mengharapkan rezeki agar dapat mengalas perutnya hari itu. kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari kumpulan perempuan itu, lelaki cina tua itu terus bergegas keluar dari kedai. dan ketika itu aku teringat aku mempunyai wang sepuluh ringgit, itupun dikira duit kecil. ah, kenapa aku sangat mementingkan diri sendiri? sekurang-kurangnya, aku masih punya makanan di rumah, kalau aku tak mampu membeli makanan tengahari di waktu pejabat.
menu pesanan sampai, dan aku makan dengan penuh rasa berdosa. kesal dihati teramat sangat, kerana mengabaikan seseorang yang sangat memerlukan.
keluar dari restoran itu, aku cuba melihat-lihat kiranya ada kelibat si lelaki cina tua itu di mana-mana. tiada kelibatnya. mungkin sudah jauh berjalan, mencari rezeki di tempat lain. harap-harap ada rezeki dia hari ini.