Ahad, Mac 08, 2009

hari yang hampir tak bermakna, bergedil bau kambing dan saiz badan

hari ini, ahad 8 mac, aku ikut mak dan abah, menghantar pengantin ke satu daerah di pahang. tujuan asal aku ikut adalah sebab aku sepatutnya menjadi pemandu. tapi abah pulak yang memandu, alasan, takut tak terkejar rombongan pengantin yang lain. macam lah aku seorang pemandu jenis siput. lagipun, kalau tak terkejar, bukan salah aku, dah kereta tu yang terdaya nak berlari laju. "orang tua" lah katakan. dan akhirnya di sana, aku jadi salah seorang gadis hantaran! ciss!! langsung tak mengujakan! tapi, nasib baik pulang ke klang aku yang memandu. tak ada lah rasa kecil hati sangat.

******

hidangan kenduri tadi boleh tahan, ada AYAM GORENG, daging masak apa entah (liat semacam), dalca dan pecal dan bubur pulut hitam. cuaca memang terbaik punya panas, hati pun jadi panas. masa beratur ambil makanan (mereka bagus punya letak meja hidangan di tengah-tengah panas), ada dua orang makcik di depan aku, sedang sibuk pilih-pilih isi dalca. sedangkan aku masa itu, kalau diperbuat dari coklat, dah lama melekat-lekat di atas jalan tanah merah. betul, aku memang sangat-sangat merasa ingin menghempuk kepala makcik tersebut dengan pinggan. apa dia tak rasa langsung ke panas yang membakar hingga ke tulang hitam? dan sampai saja giliran aku, aku pun ambil ayam goreng sebanyak mungkin (ala, dia potong kecil-kecil..aku tak setamak tu ya!), dan bergedil. memang terbaik. sampai di meja makan, aku pun mulakan dengan bergedil. tiga ketul tu aku ambil. tapi sampai saja bergedil di hujung mulut, tangan aku terhenti di situ. aku pun terus lupa sepatutnya bergedil rasa macammana, tapi yang nyatanya, bergedil tu bau kandang kambing. kalau setakat bau kambing tu aku boleh terima, ini betul-betul macam aku masuk dalam kandang kambing. peh, mati selera aku. nasib baik ada ayam goreng pengubat selera.

********

selepas majlis akad nikah, sementara tunggu masa bersanding, kami diletakkan di sebuah dewan. di situ berbual-bual dengan kawan mak. setibanya aku di meja, beliau bertanya, "nak kurus ke nak gemuk ni?" serta merta ada sedikit rasa menyirap panas di dada. peh, makcik tu, sejak dia jadi jiran aku sekejap asyik tanya soalan tu. dah lah masa mula-mula jumpa beliau di rumah pengantin pun beliau tanya macam tu. macamlah kegemukan itu satu dosa. sampai kadang-kadang aku jadi tertekan untuk kurus dengan kadar cepat! tapi aku tau itu mustahil, lagipun mungkin ada dalam genetik, itu aku tak pasti tapi di sebelah keluarga mak, memang ada, paling sikit seorang yang gemuk dalam setiap keluarga. aku pun tak tahu, apa masalahnya dengan aku gemuk? ke sana-sini aku bergerak sendiri, dengan dua kaki aku ni, bukannya mereka kena pikul aku. jadi, apa masalahnya? sekurang-kurangnya aku ada juga usaha, aku tak peduli aku gemuk, asalkan aku sihat dan cergas serta bergerak pantas, bukan macam treler naik bukit. kadang bila tertekan fikir orang kata aku gemuk, tak ada orang nak, tak elok, labu sayong, macam mak orang, kadang-kadang itu yang jadi aku sehari suntuk tak makan, makan biskut semata-mata. sebab bila aku stress aku jadi tak lalu makan. sebab kalau aku makan, aku jadi rasa bersalah sangat pada badan aku, lepas tu mulalah rasa nak muntah dan sakit kepala. ai makcik, dah lama tak jumpa, itu yang beliau sibukkan? saiz badan aku?? oh, makcik, tolonglah!! beria-ia aku teruja bila ternampak beliau tadi. cit!

pro dan kon: hati panas, tapi puas aku dapat makan ayam goreng tadi!

2 ulasan:

  1. Ahaks
    bolayan sja mereka2 yang menjengkelkan
    Yang penting dpt aym goreng...
    hihi

    BalasPadam
  2. oh, terima kasih!! sokongan begini lah yang saya perlukan! muahmuah!!!

    *terima kasih kerana sudi membaca.*

    BalasPadam