Isnin, Mac 30, 2009

bertenanglah hati

wah, banyak pulak post aku ini hari ya?

begini, sudah beberapa bulan, aku kuat semangat menonton filem-filem seram (pasal dah jarang ikut, atau mungkin dah terlampau disogokkan dengan cerita-cerita sebegitu di tv). kiranya ibarat menonton filem cinta yang standardlah. adalah terkejut-kejut tu, tapi taklah sampai aku terpelanting ke belakang macam dulu. dan malam tadi, astro kirana menayang filem pocong 2. aku menonton sambil menaip blog-blog untuk dipost ke laman maya. alah, filem itu dah aku tonton, dah tau pun jalan cerita. cuma mak dan abah aku saja yang belum pernah menonton. cis, agak goyang juga aku menonton cerita itu. mulalah rasa tak stabil nih. tapi buat-buat tabah, lagipun aku tidak fokus sepenuhnya pada filem itu, cuma bila ada adegan-adegan menarik saja baru aku tengok, sambil mempromosi pada mak dan abah. mereka pun boleh tahan goyang juga. jam 12 lebih filem itu tamat. abah telah pun tidur di depan tv (pasal cucu sulungnya tidur di bilik dengan neneknya). mak juga telah tidur. lampu semua telah dipadamkan. aku teruskan dengan blog-blog aku di laman maya dalam gelap hingga hampir 1.30 pagi, baru aku matikan komputer.

sedang aku menunggu komputer itu padam sepenuhnya, tiba-tiba terdengar lolongan yang sayup, bermula dari tona rendah, membawa ke tona tinggi dan berakhir dengan jeritan. aduhhh..jiwa sanubari aku kala itu.....memang goyang. jantung aku serta merta berdegup kencang, sehingga aku terpaksa memegang dinding supaya aku tak rebah di celah-celah meja komputer. kemudian abah bingkas bangun, dan bertanya "apa itu?" pada aku. aku menjawab dengan suara yang dipaksa bernada tenang, "mak mengigau kot!" maklumlah, orang tua itu baru menonton filem seram. tentulah sikit banyak mengganggu minda bawah sedar beliau. dan abah terus menerpa dalam bilik. aku pula terus ke dapur membasuh cawan dengan debaran masih bersisa. serta merta aku rasa seram yang semacam, yang dah lama aku tak rasa. masuk saja ke bilik, cepat-cepat aku capai mp3 player aku. aku tak ingin lagi dengar jeritan serupa tadi berulang lantas mengganggu tidur aku akibat degupan jantung yang terlampau laju.

ai, sudahlah gelap, dengar pulak jeritan semacam itu. walaupun aku tau dari mana punca jeritan itu, tapi gabungan jeritan itu dengan suasana malam benar-benar menjadi! letih rasanya sementara menunggu mata lelap tapi terpaksa tahan debaran di dada. oh, aku masih lemah semangat rupanya.

alah

apa ada dengan lauk kenduri kahwin? begitu juga dengan lauk pauk di hari raya? kedua-dua masakan di kedua-dua upacara ini, selalu menyerang sistem penghadaman aku. sebab itu aku malas benar bila tiba hari raya (biasanya pagi raya aku makan roti, kalau nak "grand" sikit makan bijirin sarapan, tengahari baru lauk raya, dan malam, mungkin roti, mungkin mi segera), dan juga ke kenduri kahwin (nak makan pun takut-takut. sudahlah kena berbaju kurung, panas lagi, berair-air ketiak dibuatnya!). sebabnya, lauk pauk yang disediakan itu, biasa membuat aku diserang sakit perut dan terus membawa ke cirit birit. pernah beberapa bulan lepas, aku ke kenduri seorang rakan sekolah, sedang makan-makan itu, tiba-tiba ada sedikit "shot" dalam perut. terus aku berhenti makan. dan esoknya, terlantar aku. seminggu jugalah nak hilang sakit. ah, bahan apa yang aku alah dalam masakan-masakan terbabit? dan akibat makan kenduri semalam, hari ini aku diserang sakit perut lagi, padahal aku telah mengambil dalam kuantiti yang sedikit, kira kalau orang tengok, tak padanlah dengan badan aku ni. pasti dituduh diet untuk kurus kononnya. tidak! saya menjaga keselamatan sistem penghadaman saya!

dan sekarang di pejabat, aku rasa perut aku sangat tak selesa. mungkin lain kali aku perlu membawa bekal bila ke kenduri perkahwinan saudara mara dan rakan taulan.......huh!

ah, dah lama tak begini

sebenarnya sudah hendak tidur, tapi, ah, apalah salahnya membuang barang seminit dua untuk menulis sesuatu buat sahabat aku yang seorang ini. kami bersahabat sudah 9 tahun. dia sudah faham aku, aku juga sudah faham dia, tapi cuma dia seorang yang boleh membaca aku, sampai sudah aku tak berjaya membaca dia. malam kelmarin (28 Mac) aku bermalam di rumahnya. rumah sewa saja, tapi, rasanya sudah lama aku tak merepek-repek bersama dia begitu. dan malam itu, kami berpeluang merepek-repek sebelum tidur, seperti di zaman memeras otak, mengancing gigi dulu. cuma rasanya tidak lengkap ahli-ahli merepek ini. tapi tak apalah.

aku bermalam di rumah dia sebab kami akan bergerak ke melaka dari daerah damansara itu. setelah puas merepek, entah bila masa kami tertidur. jam 7 pagi esoknya, jam penggera aku (dari henfon saja) menjerit-jerit. "oh, berilah masa lagi lima minit!" lantas aku lengahkan masa penggera itu. sebaik sahaja aku melelapkan mata, tiba-tiba, "krongg!! krongg!! prangg!!" bunyi seperti sesuatu roboh dan pecah. "oh, cepat benar aku bermimpi!" lantas aku membuka mata. dan aku melihat kosong sahaja di dinding yang aku hadap itu. dan sahabat aku ini bingkas bangun. "ah, roboh pula "stand" penyangkut baju aku ini! aii.." seraya membetulkan kembali kedudukan "stand" itu. oh, roboh rupanya. ingatkan aku bermimpi. dan aku pun bingkas membantu apa yang patut. yang penting selamatkan dulu baju kurung dan tudung yang telah aku gosok semalamnya. dan sahabat aku menyuruh aku mandi dahulu sementara dia cuba membetulkan "stand" tersebut. gagal. sebab terpaksa alihkan pakaian semua ke tempat lain.

jam 8.30 pagi, setelah siap bersolek lawa-lawa (bolehlah) kami segera ke kedai minyak berdekatan, mengisi minyak dan angin. ah, mujur keluar awal, macam-macam hal ketika mengisi minyak dan angin tayar. selesai semua, kami ke rumah rakan lagi seorang, untuk berkonvoi bersama. selesai sarapan, kami pun bergerak. aku memandu sepanjang jalan ke melaka. sepanjang perjalanan, kami menceritakan keperitan dan kesengalan serta kelucuan hidup masing-masing. dan itulah pertama kali aku bersua dengan anak lelaki sulung geng merepek kami yang lagi seorang, ah, comel benar. tak puas bermain dengan si kecil itu tadi. sampai di rumah pengantin, biasalah, makan, bergambar, bersalam dengan pengantin, kami pun pulang. rakan konvoi kami ingin berjalan-jalan sekitar melaka. tapi kami memutuskan untuk pulang. tak apalah, redah saja. bukannya kami buta huruf tak tahu membaca tanda jalan.

pulang ke kuala lumpur pun masih aku yang memandu. di RnR ayer keroh, kami mengisi minyak. eh, macam nampak cik didot! tapi seperti terkocoh-kocoh benar. tak apalah. aku pun teruskan misi mengisi minyak. dan sepanjang jalan itu, kami merepek-repek lagi. walaupun aku dah mula mengantuk (sehingga tersalah jalan selepas tol sungai besi), tapi aku rasa puas dan seronok kerana dapat meluangkan banyak masa dengan sahabat aku yang seorang ini. dan ini pertama kali aku memandu sejauh ini berdua dengan dia. tidak, bukan begitu, kami adalah sahabat baik. janganlah fikir yang bukan-bukan!

terima kasih dak sebab percaya aku memandu kereta kau sejauh ini, walaupun hampir kemalangan sebab aku terkhayal kejap di selekoh yang tak berapa tajam. lain kali kita berkereta dengan kereta aku ya! (entahlah bila..) je t'adore, ma amie!

notakakiayam: terbaik punya anak aku ini langsung tak lapor pada mak abah bila bertolak pergi dan balik. lupa pulak!

Ahad, Mac 29, 2009

echo park launching - kutuk dan puji

28 Mac, 2009. Sabtu

"nur, kau nak keluar petang kan? jaga budak-budak kejap. mak nak keluar lepas zohor karang," mak aku memerintah sambil mengejutkan aku dari tidur. "aaa...ok...ok....." aku jawab ala-ala mamai. sambung tidur balik barang seminit dua, lalu bangun semula dan mencapai telefon (tangan). "hello, dak....launching itu jam berapa? oh, jam 4. oo..mak aku suruh jaga budak-budak la...ye...aku nak join, tapi aku lambat sikit la..kau pergi la dengan haper dulu..aa..ok..ok.." tapi entah macammana hampir jam 2 mereka sudah tercongok di depan rumah. lalala!!! mujur kakak ipar aku sampai tepat pada masanya. servis (menjaga budak-budak) bertukar tangan. aku pun apa lagi, terus bungkus kain baju (sebab nak bermalam di rumah rakan di damansara, esok hendak ke melaka, menyibuk di persandingan rakan sekelas), dan bersegera mandi.

kemudian kami pun bertolak ke SACC Mall. aku dipelawa memandu kereta rakan aku. oh, sedap juga memandu viva ini. sampai saja di destinasi, kami pun terus ke tempat pelancaran. oh, sudah ramai juga. kami berdiri di luar pagar yang seperti tali pinggang keledar itu. apa entah namanya. kemudian dari jauh kelihatan kelibat seorang rakan yang tidak disukai, terus saja masuk ke dalam premis Echo Park (milik Azan Addin dan rakan kongsinya) tanpa segan silu lagi, dan terus bergaul mesra dengan para artis di dalam. kami bertiga sangat meluat ya! (cemburu? oh tolonglah!) sementara menunggu pelancaran bermula, seorang lelaki berbadan besar dan tinggi tiba-tiba merangkak di bawah pagar "tali pinggang keledar" itu. menyapa seorang kawan perempuan dan mempersilakan masuk. oh, rupanya beliau tak tahu bagaimana hendak menanggalkan "lock" pagar tersebut. lalu aku dengan murah hati (sebenarnya agak pelik juga beliau tak tahu menggunakan benda alah itu) menolong menanggalkan "lock" tersebut dan memasang kembali. berapa kali daa dia keluar masuk, dan tak pasal-pasal aku menjadi tukang buka pagar. kali terakhir dia tahu menanggalkan "lock", tapi tak tau nak pasang kembali. cit! apa punya jurugegas ni! dan kemudian pelancaran pun bermula dan diserikan dengan persembahan artis seperti Pot Radiostar, satu band baru entah apa entah namanya, Altimet (ketika persembahan beliau, rakan tak disukai bersungguh-sungguh menari bersama artis-artis di dalam. oh, poyo sekali! sudahlah tidak bertegur sapa dengan kami, rakan sekelas yang banyak membantu masa belajar dulu. tidak, bukan mengungkit, tapi sekurang-kurangnya kenanglah budi, kami tidak mengenakan bayaran pun!) dan ditutup oleh Ruffedge sendiri. kemudian kami semua dipersilakan masuk oleh tuan kedai.

tapi entah di mana silapnya, tiba-tiba kami dihalang oleh seorang perempuan ini, entahlah apa jawatannya dalam majlis itu. "untuk press saja dik! sila keluar. awak tak dibenarkan masuk!" sambil menolak kami keluar. mentang-mentanglah kami tak berpakaian lawa-lawa dan muka tak diwarnai dengan alat mekap setebal-tebalnya. aku tak dengar sangat, tapi aku fahamlah makhluk itu suruh kami keluar. padahal banyak juga makhluk bukan press sudah masuk dalam kedai itu. aku dah agak-agak malu, manakala rakan aku yang berdua itu sudah angin-angin. kami pun keluar dengan rasa tak puas hati, dan memujuk hati dengan berjalan-jalan sekitar pusat beli belah tersebut. dan kembali semula ke echo park, dan masuk secara seludup. hah! dan di dalam itu, kami di sapa oleh rakan yang tidak disukai, "kau orang hendak bergambar dengan siapa ni?" ceh, mentang-mentanglah dia bergaul baik punya dengan artis-artis tersebut, mahu jadi kabel pula! tolonglah! kami hendak melihat-lihat barangan di kedai itu! (ya, memang rakan aku berdua itu mahu bergambar, tapi yang seorang itu memang sudah kenal baik dengan pemilik kedai, jadi, apa nerakanya? (terjemah dari "so, what the hell?")

ketika rakan aku yang seorang sedang mengisi borang keahlian, aku disapa oleh jurugegas yang aku tolong bukakan pagar tadi. bersungguh-sungguh dia mengucap terima kasih, dan menghadiahi aku sebiji kek cawan. ah, terharu dan segan juga aku jadinya. dan rakan lagi seorang selamba meminta lagi satu (apa nerakanya? dari terbuang begitu saja!) dan akhirnya kami bertiga mendapat kek cawan tersebut. sedap! dan lelaki itu bertanya kami soalan standard, kerja atau masih belajar? di mana kerja dan umur. ketika ditanya soal umur, kami sudah tersengih-sengih. lalu aku menjawab, "tahun ini kami berusia 27." "oh, 23?" tanya lelaki itu pula. "27!" aku tegaskan. malaslah lah nak rahsia-rahsia umur, macam artis wanita yang poyo (walhal kami juga artis, jadi, apa nerakanya?). dan lelaki itu berkerut. dan meminta kad pengenalan sebagai bukti. kami dengan senang hati menghulurkan kad pengenalan masing-masing. tapi..eh? mana kad pengenalan aku? lalu aku katakan pada lelaki itu, "IC tak adalah, lesen boleh?" (padahal aku dah mula rasa menggelupur, cuba mengingat di mana aku letakkan kad tersebut) dan dia jawab, "boleh, boleh!" setelah mendapat bukti, dia akhirnya menerima kenyataan. dari raut wajahnya, jelas dia tidak percaya. tapi, aku sangat berterima kasih pada dia, kalau tak kerana dia, dah tentu aku ke melaka tanpa membawa dokumen pengenalan diri! (oh, terima kasih abang!) maksudnya juga, sudah seminggu aku bekerja tanpa kad pengenalan dibawa bersama! peh, mujur belum berlepas ke damansara. lalu aku pun pulang ke rumah dan mengambil kad pengenalan. oh, malu benar rasanya!

buat perempuan yang menjaga tetamu (kononnya) dan rakan tak disukai, kami ucapkan "blah la!" dan pada lelaki yang aku tolong bukakan pagar tali pinggang keledar itu, betapa anda sudah membalas pertolongan saya dengan lebih bermakna lagi! terima kasih!

Khamis, Mac 26, 2009

rindu

hurmmmm.....dah hampir dua minggu. tak sangka aku dapat bertahan selama itu. bukannya aku tak nampak kelibat dia di mana-mana. aku nampak. tapi entah kenapa tangan ini tak tercapai. hati ini bagai mati. sikit pun tiada usaha mendekati dia. tapi tanpa dia, aku jadi tak keruan. hari-hari aku tak lagi ceria dan bertenaga. tapi hari ini, aku sangat merindui dia. aku ingin merasa nikmatnya pada setiap urat nadi aku. dan kali ini aku tak dapat menafikannya lagi. aku tak dapat menahan lagi. ya, aku nekad, pulang nanti, akan aku gapai dia. tapi, aku masih dalam dilema....


NAK BELI AYAM PANGGANG KE AYAM GORENG?? tekak ini berat ke ayam panggang. tapi ayam goreng pun aku dah lama tak makan. hurmm....cuba ayam panggang pulaklah! tapi tak salah rasanya kalau aku beli dua-dua.

tidak, aku belum sembuh dari ketagihan ini.

Rabu, Mac 25, 2009

pelik benar bunyi guruh hari ini

di daerah tempat pejabat aku terletak sekarang sedang hujan. tak lebat sangat. tapi bunyi guruh hari ini, rasanya pertama kali aku dengar. seperti ada sesuatu di atas langit sedang menggolek-golekkan bola batu atau silinder batu yang sangat berat. ia berterus-terusan berbunyi, seperti bergolek ke depan kemudian ke belakang secara berulang-ulang. ya, aku cuak juga mendengarnya. belum pernah dengar bunyi guruh semacam ini. di luar angin juga seperti taufan. bersepah-sepah suratkhabar dalam peti pos bertebaran di ruang legar. ya, dalam hati aku ada rasa gabra.

dan aku juga sedang bersedia saja ni, mana tahu tiba-tiba bekalan elektrik terputus, boleh aku terus berlari keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. oh, Tuhan. jangan lah ini terjadi.

kulat

malam tadi ada hal dengan rakan. sebelum sampai tempat dituju, aku dan rakan singgah sebentar di sebuah kedai runcit. membeli alas perut. aku ambil sebiji kek bahulu dan sebotol susu berperisa strawberi jenama Dutch Lady. manakala dia pula sebiji roti krim jenama gardenia dan susu berperisa coklat jenama sama. ah, dia bayarkan. terima kasih.

sampai di tempat tujuan, kami pun makan dahulu makanan yang telah dibeli tadi. dengan rakus aku mengoyak plastik pembungkus kek bahulu tersebut, dan mencubit sedikit dan menyuap ke dalam mulut. serta merta aku luahkan. "kenapa?" tanya rakan aku. "kenapa rasa dia macam berasid sangat? macam terlebih perasa oren. begitu bergas," aku menerangkan dengan agak terperinci. "cuba kau rasa," aku suakan kek itu pada dia, supaya dia mendapat bukti kukuh. "umm..ye lah...kuat sangat rasa oren dia," dia bersetuju dengan aku. "boleh tak aku tak nak makan lagi? buanglah.." aku bertanya ala-ala manja konon. "buanglah," dia setuju. kemudian aku teringat sesuatu, "eh, kau yang bayar kek ni tadi. tak baik buang. nanti membazirkan duit kau pulak," aku menjawab sendiri konon-konon bertimbangrasa. dia senyum saja. lalu aku pun teruskan makan. berasid pun berasidlah. hinggalah..............

aku terkebil-kebil memandang muka rakan aku. lama juga. kemudian dia perasan. dia mengangkat kepala tanda bertanya, "apahal?" dan aku terus menyuakan kek itu kepada dia dengan muka sememeh mencebik. ah, dia terus ketawa sehingga hampir termasuk di bawah meja, nyaris juga roti yang masih dikunyah tersembur sama. lantas dia mencapai kek bahulu yang aku suakan dan membeleknya dengan ketawa yang masih bersisa. kemudian dia membelek pula plastik pembungkus kek tadi. semakin galak dia ketawa. nah, di satu bahagian kek bahulu itu rupanya telah berkulat teruk. agak teruk juga lah tapi aku langsung tak perasan. manakala pada plastik pembungkusnya pula melekat sisa spora kulat terbabit. banyak juga, hingga kelabu kehijauan plastik itu dengan kesan lekatan itu. dan saki baki kek yg masih terkunyah di mulut segera aku luahkan. hampir muntah aku. patutlah berasid benar rasanya, rupanya dah ditumbuhi kulat, padahal tarikh luput ada lagi empat hari.

entahlah kenapa aku ini asyik termakan sampah sarap. hari itu kuku orang, hari ini kulat, lain kali entah apa pula. aku pun dah serupa sampah saja perangai. oh, dah pukul 2.25 pagi! aku tak mandi lagi! tengok, macam sampah! baiklah, aku mandi dulu. oh ya, dan selamat malam. eh, pagi. eh, entahlah!

Selasa, Mac 24, 2009

perjalanan pergi dan balik yang huru hara

petang tadi, lepas selesai segala urusan, bekas pensyarah aku ajak temani beliau ke majlis pelancaran DDEC (Design Development Center) di Jalan Kia Peng. Petang tadi pula, kebetulan aku sedang dilanda mengantuk sehingga aku menjadi kurang stabil. pulang saja ke rumah (beliau siap izinkan aku pandu pulang kereta beliau) aku pun cuci-cuci muka dan mengenakan mekap baru dan terus keluar mengambil beliau di rumah di shah alam.

dengan yakin aku pun memandu menghala ke kuala lumpur. alah, jalan ampang, bukannya aku tak tahu di mana. tapi entah macammana, betul-betul daerah ampang aku masuk, sampai dah masuk jalan ke jalan bukit belacan. ai, pusing balik. akhirnya jumpa kawasan yang berdekatan, tapi termasuk ke jalan changkat kia peng. peh, boleh tahan seram kawasan tu. keluar lagi, sampai muak aku memegang stereng, mujur akhirnya berjumpa.

selesai semua upacara, siap dah bergambar dengan tan sri jins shamsudin, kami pun pulang. aku juga yang kena memandu. ya, aku yakin kali ni aku takkan tersesat. hah, kan aku dah kata. sesat jugak! papan tanda sudah betul, tapi masuk sahaja, terus sesat. aku pun tak tahu apa masalah aku malam ni. serius, aku dah memandu dengan minda bawah sedar. mengantuknya tak usah dikatakan lagi. dengan kelajuan mencapai 130km/j (tak adalah laju sangat), aku belasah saja jalan yang aku rasa aku biasa tengok. dan akhirnya berjaya jumpa jalan pulang.

dan ketika aku menaip entri ini, mata aku sudah juling-juling menahan mengantuk. ini ada harapan aku tidur dengan pakaian korporat yang pertama kali aku pakai ni. ah baiklah, selamat malam. mata aku sudah meronta-ronta mahu dipejam.

Ahad, Mac 22, 2009

untuk kamu. hanya kamu.

hari ini aku sedang buat kajian tentang art deco, atau biasa dikenali sebagai vintage art. tapi aku tak berapa dapat nak tumpukan perhatian.

mungkin kerana aku gementar, dan mungkin juga kerana aku terasa bersalah pada seseorang.

lalu, pada orang itu, dengan rendah hati, dengan rendah diri, aku ingin meminta maaf sejujurnya. aku masih ingin berhubung dengan kamu. aku masih ingin merapu-rapu dengan kamu seperti waktu dulu. tapi kesenyapan kamu sekarang benar-benar hampir membunuh aku. ah, mungkin kamu pakai silencer. mungkin kamu begitu terluka hingga tak terdaya menyuarakan kata-kata. atau mungkin kamu telah tersedut ke dalam ruang vakum sehingga aku tak dapat mendengar kamu lagi. atau mungkin kamu telah membenci aku, walaupun aku rasa bukan aku yang bersalah. tapi, talian masih dibuka. khidmat sms masih belum ditutup. aku telah mencuba sedaya upaya untuk mencapai kamu, walaupun sangat tipis peluang itu sekarang. jangan begini. jangan senyap begini.

tidak. ini bukan nukilan untuk payung. ini benar-benar ditujukan untuk seseorang. orang itu.

Jumaat, Mac 20, 2009

disorder in the courts

diambil dari graphic design forum, kiriman salah seorang ahli. peguam pun boleh tahan sengal juga.

These are from a book called
Disorder in the American Courts, and are things
people actually said in court, word for word, taken down and now published
by court reporters that had the torment of staying calm while these
exchanges were actually taking place.


ATTORNEY: What was the first thing your husband said to you that morning?
WITNESS: He said, 'Where am I, Cathy?'
ATTORNEY: And why did that upset you?
WITNESS: My name is Susan!
____________________________________________

ATTORNEY: What gear were you in at the moment of the impact?
WITNESS: Gucci sweats and Reeboks.
____________________________________________

ATTORNEY: Are you sexually active?
WITNESS: No, I just lie there.
____________________________________________

ATTORNEY: This myasthenia gravis, does it affect your memory at all?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: And in what ways does it affect your memory?
WITNESS: I forget.
ATTORNEY: You forget? Can you give us an example of something you forgot?
___________________________________________

ATTORNEY: Do you know if your daughter has ever been involved in voodoo?
WITNESS: We both do.
ATTORNEY: Voodoo?
WITNESS: We do.
ATTORNEY: You do?
WITNESS: Yes, voodoo.
____________________________________________

ATTORNEY: Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, he
doesn't know about it until the next morning?
WITNESS: Did you actually pass the bar exam?
____________________________________

ATTORNEY: The youngest son, the twenty-year-old, how old is he?
WITNESS: He's twenty, much like your IQ.
___________________________________________

ATTORNEY: Were you present when your picture was taken?
WITNESS: Are you shitting me?
_________________________________________

ATTORNEY: So the date of conception (of the baby) was August 8th?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: And what were you doing at that time?
WITNESS: getting laid
____________________________________________

ATTORNEY: She had three children, right?
WITNESS: Yes.
ATTORNEY: How many were boys?
WITNESS: None.
ATTORNEY: Were there any girls?
W ITNESS: Your Honor, I think I need a different attorney. Can I get a new
attorney?
____________________________________________

ATTORNEY: How was your first marriage terminated?
WITNESS: By death.
ATTORNEY: And by whose death was it terminated?
WITNESS: Take a guess.

____________________________________________

ATTORNEY: Can you describe the individual?
WITNESS: He was about medium height and had a beard.
ATTORNEY: Was this a male or a female?
WITNESS: Unless the Circus was in town I'm going with male.
_____________________________________

ATTORNEY: Is your appearance here this morning pursuant to a deposition
notice which I sent to your attorney?
WITNESS: No, this is how I dress when I go to work.
______________________________________

ATTORNEY: Doctor, how many of your autopsies have you performed on dead
people?
WITNESS: All of them. The live ones put up too much of a fight.
_________________________________________

ATTORNEY: ALL your responses MUST be oral, OK? What school did you go to?
WITNESS: Oral.
_________________________________________

ATTORNEY: Do you recall the time that you examined the body?
WITNESS: The autopsy started around 8:30 p.m.
ATTORNEY: And Mr. Denton was dead at the time?
WITNESS: If not, he was by the time I finished.
____________________________________________

ATTORNEY: Are you qualified to give a urine sample?
WITNESS: Are you qualified to ask that question?
______________________________________

And the best for last:

ATTORNEY: Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a
pulse?
WITNESS: No.
ATTORNEY: Did you check for blood pressure?
WITNESS: No.
ATTORNEY: Did you check for breathing?
WITNESS: No.
ATTORNEY: So, then it is possible that the patient was alive when you began
the autopsy?
WITNESS: No.
ATTORNEY: How can you be so sure, Doctor?
WITNESS: Because his brain was sitting on my desk in a jar.
ATTORNEY: I see, but could the patient have still been alive, nevertheless?
WITNESS: Yes, it is possible that he could have been alive and practicing
law.

Selasa, Mac 17, 2009

apa?? kanser??

semalam, jam 9.20 malam, kala aku bersiap-siap hendak mandi, mata aku terpaku pada 3 pucuk surat di atas komputer peribadi aku. ummm...poskad dari yves rocher, penyata akaun dan wah! surat dari kementerian kesihatan! aku mati akal sekejap, memikirkan dari mana mereka tahu nama dan alamat rumah aku.oh, ya, masa aku cabut gigi beberapa bulan yang lalu (atau memang mereka menyimpan rekod setiap makhluk yang dilahirkan di malaysia nan kelam kabut nih?). surat itu kertasnya berwarna oren kecoklatan. dengan debar dan pertanyaan menyerbu otak, aku buka surat tersebut. nah! perkataan pertama yang aku nampak adalah kanser! aku mula goyang. seingat aku, aku ke klinik kerajaan paling terbaru pun 3-4 bulan lepas, cabut gigi (jimat duit katakan, lagipun sama saja sakitnya kalau ke klinik swasta pun), dan paling lama dulu pun tiga tahun lepas, cek darah sebelum disahkan mengidap denggi. takkan mereka menemui sesuatu kot? sambil memerah otak dan menenangkan hati, aku buka habis-habis surat tersebut....

"jemputan mengadakan pemeriksaan percuma pap smear bla..bla.....untuk pengetahuan puan, kanser serviks adalah pembunuh no. 2 wanita di malaysia. puan dijemput untuk melakukan pemeriksaan percuma di klinik-klinik berhampiran dan bla..bla..bla..."

peh, serius, memang aku goyang mula-mula tadi. bikin saspen saja kementerian kesihatan nih! elok-elok aku dah mengantuk malam tadi, terus segar mata aku!

tapi yang tak berapa nak enak tu, sedap-sedap saja mereka gelarkan aku "puan". padahal masa aku daftar di klinik dulu dah terang-terang aku nyatakan aku bujang. cis!

Khamis, Mac 12, 2009

maafkan aku, aku yang bersalah.....

sudah seminggu kau tiada disisiku. aku benar-benar terasa kehilangan. kalau dulu, kau setia menemaniku, pulang bersama, agar aku tak kesunyian dalam perjalanan. kau juga setia melindungi saat aku ditimpa kesusahan, dan aku tau, kau gembira bersama aku, dan aku juga gembira bersama kau. kau adalah yang telah lama aku inginkan. dan akhirnya aku dapat memiliki kau. tapi sayang, kau tak lama disisiku. mungkin sampai setakat itu sahaja kau dihadirkan dalam hidup aku. sungguh, aku sangat berasa kecewa dengan perpisahan ini. sudah sedaya upaya aku pertahankan hubungan ini, agar tak terjadi perkara perpisahan ini. tapi aku tau, ini semua kerana aku, aku yang tidak melindungi kau walaupun kau selalu melindungi aku. oh, maafkan aku.............

WAHAI PAYUNGKU!!! AKU TAK SENGAJA TERTINGGAL KAU DI STESEN KOMUTER SUBANG JAYA MINGGU LEPAS!!!

dan aku harap sesiapa yang jumpa kau jaga kau dengan baik....uhuhuuuu......

amigos para siempre,
tuan kau yang lalai.

Ahad, Mac 08, 2009

hari yang hampir tak bermakna, bergedil bau kambing dan saiz badan

hari ini, ahad 8 mac, aku ikut mak dan abah, menghantar pengantin ke satu daerah di pahang. tujuan asal aku ikut adalah sebab aku sepatutnya menjadi pemandu. tapi abah pulak yang memandu, alasan, takut tak terkejar rombongan pengantin yang lain. macam lah aku seorang pemandu jenis siput. lagipun, kalau tak terkejar, bukan salah aku, dah kereta tu yang terdaya nak berlari laju. "orang tua" lah katakan. dan akhirnya di sana, aku jadi salah seorang gadis hantaran! ciss!! langsung tak mengujakan! tapi, nasib baik pulang ke klang aku yang memandu. tak ada lah rasa kecil hati sangat.

******

hidangan kenduri tadi boleh tahan, ada AYAM GORENG, daging masak apa entah (liat semacam), dalca dan pecal dan bubur pulut hitam. cuaca memang terbaik punya panas, hati pun jadi panas. masa beratur ambil makanan (mereka bagus punya letak meja hidangan di tengah-tengah panas), ada dua orang makcik di depan aku, sedang sibuk pilih-pilih isi dalca. sedangkan aku masa itu, kalau diperbuat dari coklat, dah lama melekat-lekat di atas jalan tanah merah. betul, aku memang sangat-sangat merasa ingin menghempuk kepala makcik tersebut dengan pinggan. apa dia tak rasa langsung ke panas yang membakar hingga ke tulang hitam? dan sampai saja giliran aku, aku pun ambil ayam goreng sebanyak mungkin (ala, dia potong kecil-kecil..aku tak setamak tu ya!), dan bergedil. memang terbaik. sampai di meja makan, aku pun mulakan dengan bergedil. tiga ketul tu aku ambil. tapi sampai saja bergedil di hujung mulut, tangan aku terhenti di situ. aku pun terus lupa sepatutnya bergedil rasa macammana, tapi yang nyatanya, bergedil tu bau kandang kambing. kalau setakat bau kambing tu aku boleh terima, ini betul-betul macam aku masuk dalam kandang kambing. peh, mati selera aku. nasib baik ada ayam goreng pengubat selera.

********

selepas majlis akad nikah, sementara tunggu masa bersanding, kami diletakkan di sebuah dewan. di situ berbual-bual dengan kawan mak. setibanya aku di meja, beliau bertanya, "nak kurus ke nak gemuk ni?" serta merta ada sedikit rasa menyirap panas di dada. peh, makcik tu, sejak dia jadi jiran aku sekejap asyik tanya soalan tu. dah lah masa mula-mula jumpa beliau di rumah pengantin pun beliau tanya macam tu. macamlah kegemukan itu satu dosa. sampai kadang-kadang aku jadi tertekan untuk kurus dengan kadar cepat! tapi aku tau itu mustahil, lagipun mungkin ada dalam genetik, itu aku tak pasti tapi di sebelah keluarga mak, memang ada, paling sikit seorang yang gemuk dalam setiap keluarga. aku pun tak tahu, apa masalahnya dengan aku gemuk? ke sana-sini aku bergerak sendiri, dengan dua kaki aku ni, bukannya mereka kena pikul aku. jadi, apa masalahnya? sekurang-kurangnya aku ada juga usaha, aku tak peduli aku gemuk, asalkan aku sihat dan cergas serta bergerak pantas, bukan macam treler naik bukit. kadang bila tertekan fikir orang kata aku gemuk, tak ada orang nak, tak elok, labu sayong, macam mak orang, kadang-kadang itu yang jadi aku sehari suntuk tak makan, makan biskut semata-mata. sebab bila aku stress aku jadi tak lalu makan. sebab kalau aku makan, aku jadi rasa bersalah sangat pada badan aku, lepas tu mulalah rasa nak muntah dan sakit kepala. ai makcik, dah lama tak jumpa, itu yang beliau sibukkan? saiz badan aku?? oh, makcik, tolonglah!! beria-ia aku teruja bila ternampak beliau tadi. cit!

pro dan kon: hati panas, tapi puas aku dapat makan ayam goreng tadi!

Khamis, Mac 05, 2009

anjing

maaf ya, kali ni entri aku agak kurang bermoral.

pagi tadi, keluar ke jalan besar dari rumah aku, berdekatan dengan lampu isyarat ada sekumpulan anjing sedang berfoya-foya di tepi jalan. dua daripadanya sedang asyik berasmara. walaupun aku sedang memandu ketika itu, tapi aku terlihat sesuatu yang tak elok, tapi aku rasa kelakar, berkenaan anjing yang sedang berasmara tersebut.

pergerakan ok, posisi ok, lokasi, memang mereka belasah saja mana yang sempat. masalahnya ialah, anjing yang "memberi" lebih kecil dari yang "menerima". dan lebih malang lagi, si "pemberi" tadi tak sedar yang dia..(jap, nak gelak) ehem, ok. si "pemberi" tadi tidak menyalurkan di tempat yang sepatutnya, tapi di sebelah luar paha si "penerima", selari dengan sisi badan "penerima". apa kejadahnya anjing "pemberi" ni? bikin penat saja! tak "bertemu buku dengan ruas" langsung! tak pasal-pasal aku nampak benda yang bukan-bukan. patut lah silau semacam saja mata aku hari ni!

kereta

"abah tu sebenarnya dah malas nak hantar zehan pegi ofis tuh," aku bersuara sebaik melangkah ke dapur untuk menyiapkan bekal ke pejabat (cuma sandwich mentega kacang dan jem saja!), sementara menunggu seterika panas. "kau dah kena beli kereta sendiri la nur.." jawab mak pulak, sambil membasuh pinggan mangkuk. eh, basuh pinggan ke siang ikan entah tadi. "zehan nak beli kereta yang macam abah tu, entah ada jual lagi ke tak sekarang, harga boleh tahan, takla seksa azab nak bayar bulan-bulan.." aku membalas. sebenarnya aku dah serasi sangat dengan kereta iswara aeroback abah tu. sebab tu la. "tapi nanti siapa yang nak isi minyak kereta abah tu pulak? seminggu mau tiga kali isi tu," saja je bagi alasan. ya, sejak dapat lesen memandu ni, perbelanjaan untuk kereta tu dah jatuh atas poket aku. lagipun aku juga berjawatan sebagai pemandu untuk orang tua aku, selain menjadi fotografer keluarga. tambah pula, bila aku yang isi minyak, tentulah senang-senang saja aku dapat pakai kereta tu. amacam, licik tak? "alah, pakai duit dialah!" hurmmm...aku diam, sambil tangan gigih menyapu mentega kacang.

"alah, tak apa lah nur, beli kereta kok kak sekarang. nanti dah kahwin dapat suami berduit tukarlah yang elok sikit!" selamba saja kata-kata itu keluar dari mulut beliau. peh, mujur menyapu mentega guna pisau mentega tuh, kalau pakai pisau potong sayur, dah terkulai agaknya tangan aku nih terhiris pisau. ai, mak ni. macam dah bosan saja tengok muka aku kat rumah tu. tapi entah kenapa kali ni aku senyum saja.

kalau tak mampu, buat cara tak mampu...

ya, seperti yang pernah aku beritahu dalam blog terdahulu, aku adalah perempuan yang tak berpakaian macam perempuan. satu-satunya pakaian perempuan yang aku pakai untuk ke pejabat cumalah tudung, selebihnya t-shirt, jeans dan sneakers. (ya, tak perlu la aku ceritakan yang dalaman. hish!) baju kurung memang tak masuk senarai (special occassion saja baru aku pakai). dan setiap isnin aku akan pakai blaus, itupun dipadan dengan jeans dan sneakers. walaupun berseluar perempuan (yang stretchable tu), pun padan dengan sneakers juga, walau nampak cam haram.

tapi hari isnin baru ni, entah kenapa gatal-gatal pulak nak pakai 100% perempuan, dari hujung rambut ke hujung kaki. setakat blaus dengan seluar tu aku tak ada masalah. bab kasut. aku pakai peep toe pumps yang aku beli pada ahad lalu (rujuk entry "kasut sanding"). mula-mula aku dah pakai dengan stokin "panty hose" tu, tapi aku tanggal balik sebab nampak cam pelik sangat. dan nyata tindakan aku tuh makan diri sebab baru satu jam lebih aku kat pejabat kaki aku dah melecet. menjelang petang, keadaan makin parah bila kasut tu dah dicemari darah dari kulit aku yang melecet. aku lagi rasa nak pengsan bila berjalan ke bus stop (boleh tahan jauh dari pejabat aku), berdiri dalam tren dan panjat tangga kat stesen komuter rumah aku. aku tak faham, kenapa perempuan lain pakai elok saja, siap boleh lari-lari lagi.

dan sampai hari ni, kaki aku yang dah bengkak akibat kemelecetan itu masih tak surut. sneakers yang aku selalu pakai ni pun rasa ketat. lenggok penguin pun lagi cantik dari lenggok aku sekarang.

Rabu, Mac 04, 2009

ukkk???

"apsal telinga kiri aku ni???"
(tarik-tarik cuping telinga, kemudian letak semula headphone. masih tak jelas berbanding di sebelah kanan)

"ish, takkan la efek korek telinga semalam?"
(adjust lagi kedudukan headphone. kadang-kadang sebelah headphone tu melurut ke bawah telinga, tapi tak perasan. masih tak jelas. telinga kiri masih rasa pekak)

dan tiba-tiba mata menyorot ke arah plug headphone pada PC. serta-merta tangan mengadjust kedudukan plug tersebut.

"ciss!! saspen je! ingatkan aku dah jadi pekak!!"

rupa-rupanya plug tu tak masuk betul. huh!

Ahad, Mac 01, 2009

kasut sanding

siang tadi, aku berjumpa mesra dengan kawan-kawan dari zaman sekolah rendah aku. ah, rupanya salah seorang dari mereka cuba menarik aku untuk melabur dalam perniagaan MLM. wah, panas hati pulak rasanya! aku mendengar dan mendengar sekadar mengambil hati. betapa Tuhan tau yang aku memang tidak tertarik walau sedikitpun dengan bisnes sedemikian. memang figura-figura yang dipampangkan pada aku begitu menggiurkan, tapi, ah! tak kuasa lah aku. ada sesuatu yang lebih besar yang perlu aku kerjakan. dan selesai perjumpaan itu, aku dan sahabat berdua itu berjalan-jalan di sekitar pusat beli belah aeon, mengintai-intai kasut. dan aku akhiri sesi intai-intai itu dengan 3 pasang kasut, satu pump, satu sandal, dan satu kasut tumit tinggi. tak mengapalah, lagipun ada jualan murah. 3 pasang itu tak cecah RM60 pun. seketika aku bangga dengan diri sendiri. ahah!!

pulang ke rumah, aku persembahkan kasut-kasut itu pada bonda. memang beliau menyokong penuh usaha beli kasut ni, sebab beliau sendiri obses pada kasut dan beg tangan. (aku kasut ok lagi, tapi tidak beg tangan. geli rasanya.) semua pilihan aku dikagumi (ikutkan biasa-biasa saja, cuma warnanya agak rebellious), siap mencadangkan kasut yang patut aku pakai untuk ke kenduri kahwin anak kawan baiknya minggu depan. dan aku cuba peep toe yang aku beli di VOIR, 4 inci agaknya, warna putih dan di depannya berwarna emas. aku berjalan kucing di depan bonda. "haaa..cantiklah nur!!! kau simpan. buat kasut sanding. nanti pastinya mereka tertanya-tanya di mana kau beli kasut ni!" cadang bonda dengan penuh rasa teruja. "hah?? sanding?? berapa taun lagi mak?? lambat lagi!! rileks la!!" tingkah aku (walaupun masa itu dah rasa malu-malu. dan bonda memang kalau ada masa lapang, dia akan mengingatkan aku yang aku 3 tahun lagi akan menjejak 30.) "ala, tak apalah. mana lah tau kan.." ujar bonda lagi. aku teruskan berjalan kucing tanpa berkata apa-apa lagi.

hurmm..tahun lepas, bonda mencadangkan aku memakai cincin. dan hari ini, beliau suruh aku simpan kasut untuk bersanding. aku faham niat beliau. cuma................

"oh, mak...kalau lah mencari suami itu semudah memuat turun lagu, dah lama anakmu yang sengal-sengal nakal ini persembahkan seorang padamu!"