Sabtu, Jun 13, 2009

tadi di melaka

baiklah, konon-konon mau gerak jam 8.30 pagi. jam 8 pagi aku baru sibuk-sibuk mau pindahkan gambar dari dalam kamera ke notebook. kemudian baru mau cas bateri kamera. jam 8.30 pagi baru aku siap-siap mandi. jam 9 pagi kami bergerak. 3 kereta semuanya. entah kenapa aku terasa satu kesatuan.

aku memandu kereta abah. abang aku duduk di sebelah. sedap benar dia tidur. alah, tak payah ceritalah yang dalam perjalanan. biasa saja. cuma aku asyik melelong-lelong dan nyaris berlanggar dengan kereta kakak aku di depan kerana sibuk mengacah anaknya yang kecil itu.

sampai di rumah pengantin dalam keadaan perut lapar gila, itupun sebab asyik pusing-pusing cari jalan ke rumah mereka. nyaris saja aku memberontak dan makan di sebuah restoran. baiklah, di bawah ini aku sertakan gambar (sikit-sikit sudah) apa yang aku jumpa di majlis itu.


mula-mula sekali mestilah aku jumpa ayam goreng! aku siap buat spot check dekat meja hidangan. hoh hoh hoh!!!!


ah, inilah yang dikatakan pakej berganda. masa tengah cari-cari tuan rumah, nampak seorang budak lelaki sedang mengusung benda ini. oh oh dah lah semalam aku tengah mengidam benda ini. dua mangkuk aku bedal (lagi semangkuk tu mak aku punya, dia tak lalu nak makan). lagipun haus.


nampak manis saja kan aku berkasut begini? baiklah, abaikan keselekehan pada jari kaki. tapi, kaki ini tadi sedang menanggung derita. melecet yang terbaik. kasut ini masih tidak puas hati dengan aku.

perjalanan balik, masih aku yang memandu. abang aku di sebelah, berbual-bual kemudian tertunduk tidur. kepala hampir bertemu kepala lutut. cis, aku pula sedang bertarung dengan mengantuk. mata kejap-kejap terpejam. lepas tu hujan pula. mata aku langsung tak mampu dibuka. kepala melayang. lalu aku menelefon abang aku seorang lagi yang mengetuai di depan. "lid, nanti jumpa rnr lepak situ jap!" aku cuba meminta pertolongan. abang aku bersetuju.

dan selepas berhenti di rnr senawang, perjalanan seterusnya begitu indah sekali, sebab akhirnya aku dapat melelapkan mata sampai ke rumah.

7 ulasan:

  1. tepat lak tekaan gua.. lu pakai kasut kuning..wakaka.. ayam goreng pn ade.. dgn serta merta lu jd gagah bila mkn ayam n cendol tu.. kikiki..

    BalasPadam
  2. the 4: kasut tu kaler ijau pucuk pisang la sbnrnye....isk..

    ungu: ahah! beli kt orange sorbet. rm20 saje. tp sampai terbelah2 kaki aku melecet!

    BalasPadam
  3. pergh..gaye dapat ayam mmg menakutkan..

    BalasPadam
  4. kaler hijau pucuk pisang ek.. ade nmpk kuning2 skit.. on aje la..wakaka

    BalasPadam
  5. neo: tenang. aku takkan buat camtu depan korang. ahahahah!!!

    the 4: asalnye aku beli dulu kaler ijau pucuk pisang. lama2 jadi cam kaler kuning plak. aku pon konfius.

    BalasPadam