Khamis, Julai 02, 2009

"painkiller"

sesiapa yang pernah mengambil "painkiller", tentu mengaku sikit banyak, ubat itu agak menagihkan. terutama jenis yang memberi kesan mengantuk.

kalau aku, memang ubat itu menagihkan.

alah, kesakitan yang aku alami bukan teruk sangat pun. aku pernah mengalami insomnia (hampir 3 tahun dan masih ada lagi sekarang, kadang-kadang), tapi aku tak pernah cuba memandai-mandai merawat sendiri masalah itu dengan ubat tidur walaupun pernah beberapa kali terniat mencuba, kerana tertekan dengan kesukaran untuk tidur dan terbangun setelah hampir 3 - 4 jam. (macam tak kena-mengena dengan tajuk di atas). tapi sangat bonus kalau kebetulan masa itu kena selsema, lalu doktor bagi ubat selsema yang kalau makan memang pasti-pastilah tertidur senyenyaknya. siap set masa, makan jam 12 malam, konfem esok pagi bangun dengan tidur yang cukup.

sehingga satu hari, aku mengalami ruam yang agak teruk dan gatal-gatal (bukan gatal-gatal gedik) tanpa sebab. lalu doktor preskripsi kan pirithon (makan pada waktu malam sahaja). memang berkesan. ubat itu meredakan gatal dan secara tak langsung, memudahkan aku tidur malam. kemudian ubat itu habis. hampir sebulan baru aku beli baru, itupun setelah simptom-simptom gatal muncul kembali. sebenarnya, bukan kerana gatal sangat, tapi sebab aku inginkan tidur malam yang nyenyak tanpa gangguan. tapi bagaimanapun, akal mengatasi keinginan. aku tidak terlalu bergantung pada ubat itu, sebab aku sedar kesannya kalau terketagih pula. dan memang ketika itu aku dah mula ketagih.

kemudian aku mengalami sakit gigi. sekali lagi aku cari "painkiller". ubat itu tidaklah membantu tidur pun. cuma menghilangkan sakit, walaupun ada juga kesan mengantuk lepas ambil ubat itu. itu pun satu hal juga. aku beli di sebuah farmasi di kulim. memang berkesan berbanding "painkiller" yang pernah aku beli di sebuah farmasi di subang jaya. lama juga terputus bekalan. dan bila pulang ke kampung di sana, aku membeli beberapa paket untuk stok. dan kerana sakit yang makin teruk, aku makin kerap mengambil ubat berkenaan yang apa entah namanya, aku tak ingat. dan bila terdesak, aku dapatkan bekalan di farmasi berdekatan, hingga aku minta ubat yang kuat kesannya dari petugas farmasi, tapi tak sama kesannya.

sudahnya aku cabut gigi.

dimana ketagihnya? ketagihnya bermula bila ubat itu mampu meredakan kesakitan, selama mana ia bertindakbalas dalam sistem badan, dan terus kepada keupayaannya untuk membuat kita tidur dengan nyenyak. pernah juga aku ketagih panadol (kes sakit gigi juga) sebab dah terdesak untuk hilangkan sakit. bila sakit tak berapa nak hilang, aku tingkatkan dos ikut suka hati. kemudian aku tersedar yang aku mengambil sekurang-kurangnya 8 biji sehari. kesan lalok sudah mula terasa. lalu aku cepat-cepat hentikan pengambilan. dah seperti makan tic tac saja gaya aku makan panadol itu. tidak hanya kerana untuk menghilangkan sakit, tapi tindakan mengambil ubat itu dah seperti satu perasaan yang syok. seperti merokok, mungkin. dari segi psikologinya, dengan mengambil pil penahan sakit dan yang sewaktu dengannya, sakit akan reda, pengambil akan merasa lebih bersemangat, cergas dan yang lebih mengada-ngada, sekurang-kurangnya dapat tidur dengan best sekali. pengambilan berterusan bila kita setkan dalam otak yang kita terasa sakit, hakikatnya tidak sangat, dan "kerajinan" mencuba kesan pelbagai jenis "painkiller" juga menjurus ke arah ketagihan itu. secara peribadi, tindakan mengambil ubat itu memang macam syok.

lalu aku simpulkan, ketagihan akan berterusan selagi kita tak berjaya hilangkan punca kesakitan itu. akal itu mesti diguna.

6 ulasan:

  1. aku suka juge guna painkiller.. selalunya masa main game MaxPaine :B

    BalasPadam
  2. lucula awak ni.

    hahahahahaha!!! siot ko anet....

    BalasPadam
  3. jgn amal makan pil byk2...

    BalasPadam
  4. Kesimpulan yg mmg dah diketahui umum hahaha... Actually aku jenis yg jarang makan ubat.. Kalo aku demam terlantar 3 hari pun, aku minum air masak je... aku batuk seminggu, pun x makan ubat... pening2 pun buat mcm biasa je... bukan aku takut ubat, tapi bila jatuh sakit aku rasa macam hal kecik2 je... "2 3 hari nnt baik la ni" bisik hati aku... so aku x makan ubat, dgn harapan kononnya nanti antibodi aku akan bertambah aktif melawan penyakit... pelik...

    BalasPadam
  5. hahhah!! betul tu abg terer...mmg kalo takat demam2 tu takdela nak gedik2 makan ubat...

    kesimpulan yg lagi satu, bertukar la kepada ayam goreng..hahhahah!!!

    BalasPadam
  6. Betul... slalu masa sakit la teringat kuat kat ayam goreng...

    BalasPadam