hari jumaat yang lalu, aku lepak di sebuah kedai mamak.
kedai mamak itu juga ada ayam goreng.
aku selalu tidak peduli pada ayam goreng kedai mamak itu kerana fizikalnya tidak kelihatan seksi seperti ayam goreng hakim. kecut-kecut, warna tak menarik. "matte" saja rupanya, tak berkilat-kilat dan bertekstur rangup-rangup macam ayam goreng hakim. ada jintan lagi dekat kulit ayam tu.
tapi hari jumaat itu, aku asyik tertoleh-toleh ke arah ayam goreng itu. kemudian aku tersedar, yang aku dah lama sangat tak makan ayam goreng. dekat sebulan juga. lalu aku mengambil seketul, sekadar ambil hati.
duduk kembali di meja, aku mencubit sedikit kulit dia. eksen betul, cerewet. aku masukkan kulit itu dalam mulut. terasa darah naik ke kepala. aku tergamam. dada berdebar. lidah kelu, mulut terkunci sambil terus mengunyah kulit ayam tadi. tak sangka. ayam goreng yang aku pandang rendah selama ini rupanya sedap gila! aku menikmati ayam goreng itu dengan sepenuh hati, dengan penuh penghayatan. setiap kunyahan itu sangat aku hargai. peh, sampai menjilat jari. makan ayam goreng KFC pun aku tak jilat jari semacam itu. dan malam itu, pecah rahsia ketagihan aku kepada beberapa orang yang langsung tak tau masalah ini.
tapi aku tak peduli. aku ambil lagi seketul. "cukup ke dua ketul?" tanya seorang rakan yang memang tau ketagihan aku itu. "cukup. walaupun aku penagih, aku tak boleh ambil lebih dari 2 ketul," terang aku. wah, ada dos pula.
aku syak kucing liar kt restoran mamak 2 mesti geleng kepala tengok ko bantai ayam goreng 2 dengan penuh kerakusan.. :)
BalasPadamhaha! tak nampak kelibat pon....
BalasPadammemang ko penagih ayam goreng sejati.. hahah
BalasPadamhahhaa!! mekasih..mekasih....
BalasPadamkalau ada selesema ayam cmne?
BalasPadamitu macam kene stop dulu la....kesihatan kene jaga juga...
BalasPadamRempah ayam apa mamak tu pakai sampai kau mnjilat jari tu?
BalasPadamntohle...tp ade jintan2 plak kt rempah dia tu..
BalasPadamhuhuh.....
BalasPadamaku seperti terasa aku ada bersama ketika kejadian tu berlaku?....
betulkan....
tak silap aku ngan ayam goreng aku pun ko kebas.....
SHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
BalasPadam