khamis lepas rakan sekolah lama berkira-kira untuk piknik di sungai congkak. mata aku bercahaya. maknanya aku akan direndami air sungai yang sejuk gila yang dah lama sistem saraf aku tak rasa.
tapi dia mau bikin makanan sendiri untuk piknik. aku cakap beli saja, tak payah susah-susah bikin. aku ditugaskan bikin sandwich. aiii, itu yang malas tu, sehingga hampir membatalkan penyertaan aku ke piknik tersebut.
sudahnya aku bikin juga dan nah! aku telah pun berada di sungai yang dah terlampau lama aku tak jejak. hari ketika itu baru lepas hujan, lalu dah tentulah sejuk gila air sungai tu. selepas bersarapan, aku dan seorang ahli trip merasmikan acara piknik tersebut. wohoho!! sejuk..sejuk... perlahan-lahan aku merendam badan dalam sungai. macam dicucuk-cucuk rasa sejuk itu pada badan. tapi, bila badan dah boleh serasi, aku bertukar menjadi makhluk sungai. segala rasa tekanan dan resah gelisah sepanjang dua tiga minggu ini hilang dilarutkan oleh kedinginan air. memang tip top! seronok bila berbaring dekat air terjun kat batu-batu tu. gila kuat air dia. lenguh lengan aku menahan dari dihanyut arus.
apa-apa pun, hari ahad (semalam) adalah hari ahad terbaik aku. best betul kalau ada sungai macam tu depan rumah.
pelagi tambak la longkang depan umah ko bagi iras2 air terjun..
BalasPadamnak bagi rupa air 2 cantik guna la penapis air HAI-O Bio Aura..
hahahhahah!!!! bio aura tu ade..tp letih la nak tadah..
BalasPadam