baiklah, siang sebenarnya dekat LA. tapi aku tonton jam 12 tengah malam tadi, waktu tempatan, melalui saluran E!. saja-saja cuba nasib, mana tau kalau ia disiarkan lebih awal.
aku terlepas dalam beberapa minit. sebab CNN tak dilanggan, lalu aku kecewa. kemudian aku beralih ke E!, hah, baru mula saja. siaran menunjukkan kereta-kereta terlibat dengan "memorial service" michael jackson sedang bergerak menuju staples center, tempat memorial itu dijalankan. tapi kamera lebih fokus pada kereta yang membawa keranda berisi michael.
selepas beberapa temuramah ringkas dengan orang-orang terlibat, seperti doktor, editor majalah hiburan, acara pun bermula. smokey robinson memulakan acara dengan membacakan ucapan takziah dari diana ross dan nelson mandela.
kemudian, acara penting bermula. keranda emas 14 karat yang dihiasi gubahan bunga mawar berisi mayat (atau patut aku kata jenazah?) michael dibawa masuk, diiringi oleh adik beradik lelakinya, yang kesemuanya berpakaian sut hitam, tali leher kuning dan sarung tangan berlabuci disebelah tangan. dan diletakkan berhadapan pentas, yang kelilingnya dihiasi bunga-bunga segar.
testimoni dari brooke shields (walaupun bekerja keras mengawal tangis), berry gordy (pengasas motown records), magic johnson (pemain bola keranjang yang aku tak kenal langsung) dan smokey robinson mengundang tawa bila mereka mengenang perkara-perkara kelakar yang dilalui bersama michael jackson satu ketika dulu. secara keseluruhannya, semua yang memberi testimoni atau ucapan terakhir, membuktikan michael bukanlah "freako" seperti yang diwar-warkan media. ya lah, hanya johari mengenal maniam. dan aku juga tidak percaya michael jackson adalah imej yang digambarkan oleh media. tapi apalah gunanya, semua sudah terlambat.
artis-artis yang memberi penghormatan dengan menyanyikan lagu-lagu dari michael, atau dedikasi melalui lagu-lagu sendiri adalah mariah carey dan trey lorenz (i'll be there), jennifer hudson (will you be there), usher (gone too soon), shaheen (britain's got talent: who's loving you), lionel richie (lagu gereja kot), stevie wonder (never dreamed you'd leave in summer), sedap gila lagu ni, dan penutup, lagu-lagu keamanan michael jackson, we are the world dan heal the world, dengan gaya persembahan kegemaran michael, ramai-ramai orang dan kanak-kanak menyanyi atas pentas. anak-anak dia juga turut menyanyi bersama, walaupun prince michael I agak kucar kacir menyanyi. oh, dan juga john mayer (human nature kot) tapi dia cuma main gitar saja. dan john mayer malam tadi, fuh! kacak semacam!
acara disudahkan dengan ucapan menyentuh hati oleh marlon jackson, yang sempat membuat satu permintaan pada michael, kalau jumpa kembarnya, brandon (yang mati ketika lahir), supaya "memeluk brandon bagi pihaknya", serentak itu, dia terus menangis dan ditenangkan oleh adik beradik yang lain. kemudian, sesuatu yang tak diduga, paris michael katherine, anak kedua michael, memberi ucapan sangat ringkas, tapi memang......penuh emosi. "saya cuma hendak berkata..sejak saya lahir, "daddy" adalah bapa terbaik yang kamu boleh bayangkan selama ini. dan, saya sangat, sangat menyayanginya!" dan terus tenggelam dalam tangisan dan dalam dakapan janet. kemudian, kesemua beradik lelaki michael, membawa keluar keranda itu, ke tempat yang belum diketahui setakat ini.
keseluruhannya, aku sangat tersentuh dengan memorial itu. bukan sekadar kerana ia adalah michael jackson, tapi..........
apa-apa pun, dalam kisah sepanjang hidup michael ni, ada banyak pelajaran, bagi mereka yang berfikir.
fikir2 kan...
BalasPadammenyentuh perasaan.. lagi tersentuh kalu ada yg bacakn yasin..
BalasPadammikail yassin
BalasPadam