Jumaat, Julai 17, 2009

sistem yang hampir padam

semalam kan aku sudah hantar FA kan?

jadi hari ini aku buat apa-apa yang patut di pejabat.

tiba-tiba aku nampak bos aku online ym.

"BUZZ!!" bos menyapa. "yup." aku membalas. kemudian keluar signal kata bos sedang taip mesej. tapi tak keluar-keluar. macam dia taip, lepas tu dia padam. akhirnya keluar arahan "emailkan speeches dan program dalam buku (buku yang dihasilkan dengan penuh tekanan semalam) tu kat email sekian-sekian sekarang."

ZROOOSSSHHHH!!!!

aku rasa darah aku laju turun ke kaki. tak sampai beberapa saat aku dah rasa nak pitam, menggigil dan jantung berdebar laju. tapi aku steady menjawab "ok". kenapa mesti buat aku membuka semula fail buku tu?

lalu dengan debaran yang makin laju, kepala yang makin rasa melayang, dan tangan yang menggigil aku buka fail itu, dan kopipes isi yang diperlukan ke word. dengan nerves-nerves aku save dan email pada penerima. kemudian aku mula berhalusinasi terdapat macam-macam kesalahan, bos dan klien mengamuk esok. aku jadi takut. sangat-sangat takut. serasa ingin menyorok di bawah meja sambil menghantuk-hantuk kepala demi menghilangkan halusinasi itu. aku mula rasa seperti hendak menangis, takut, rasa tak selamat, semua ada. rasa macam perlu dapatkan rawatan jiwa pun ada. tiba-tiba aku ingin berlari sejauh beberapa kilometer demi mententeramkan perasaan. sejauh mungkin supaya halusinasi itu tak dapat nak kejar aku yang lari pun bukannya laju sangat. kejap-kejap berhenti. atau sekurang-kurangnya menelan pil antidepressant, supaya aku tak perlu susah-susah berlari jauh-jauh yang tak jauh mana pun sangat.

aii..kalau lah ada laut di depan pejabat aku...............

2 ulasan:

  1. Laut tidak memberi kesan menenangkan jiwa beb, cayalah.. gua punye tempat keje tepi laut sepuluh langkah je dah sampai ke pantai...

    Perasaan yang ko alami ni gua pun sentiasa alaminye... gua lagi la.. keje gomen lagi.. silap2 kene masuk ISA kang..

    Gua punye keje lagi tension beb.. Audit sentiasa menyusahkan gua..

    BalasPadam