Selasa, Julai 14, 2009

saspen

aku sudah bersiap-siap ke tempat kerja. sementara mau pakai stokin dan kasut, aku bermain-main dengan anak buah aku yang kecik itu. ah, galak sungguh. kemudian bersarapan serba sikit dan sambung bermain dengan si kecik. tiba-tiba aku tertoleh ke arah jam.

"HAH??? DAH PUKUL 10??!!"



tiba-tiba aku terbingkas bangun dari tidur. tanpa sempat menarik nafas dan berdiri stabil aku bangun mencapai henfon di meja tulis. dengan jantung yang berdebar laju dan nafas yang agak sesak, aku sedaya upaya memfokuskan mata aku yang ketika itu imej yang masuk dalam kanta semua nampak berbayang. sambil tangan sebelah menongkat pada meja untuk menahan dari terjatuh, aku tenung dengan susah payah pada muka henfon. "07:32". tertera masa dalam sistem 24 jam di situ.

cilakak punya mimpi. mimpi elok-elok sikit tak boleh? dahlah hari isnin. huh!

5 ulasan:

  1. baguslah mimpi tu menipu.
    hehe.

    BalasPadam
  2. masa itu emas..hahahaha..
    klu aku yg terkena aku sambung balik tido..sambung mimpi tu cz aku nk bakar jam tu..
    mmg cilakak...

    BalasPadam
  3. cornflique: mmg aku sambung balik pun..tp tak mimpi bakar jam. kalo tak, mmg betul2 la aku bangun kul 10.

    anet: saspen betul.

    BalasPadam