Khamis, Julai 09, 2009

esok-esok mati, duduk bawah tanah juga. tak perlulah sombong sangat.

petang semalam, pulang dari kerja, aku terus ke maybank di bukit raja. seperti biasa, di situ memang penuh tempat letak kereta, lalu aku parkir berganda. turun dari kereta saja, baru aku perasan ada satu lot kosong. ah, aku memang ada masalah untuk mengesan perkara-perkara disekeliling aku. lalu aku tinggalkan saja kereta di situ, dan terus menuju ke bank.

ah, panjang pula barisan orang yang mau masukkan wang dalam mesin "cash deposit". panjang tak panjang lah. ada dalam 6 orang. aku beratur menunggu giliran sambil mengintai-intai ke arah kereta, manalah tau ada orang yang mau keluar. ada dalam lima minit lebih aku beratur di situ.

selesai, aku keluar dari bank dan melihat sepasang suami isteri entah kekasih, sedang mencari pemilik kereta yang parkir di belakang kereta mpv mewah milik mereka. sedar akan hal itu, aku berlari menuju ke kereta sambil meminta maaf. "ini macam ka lu parking hah? hurrghhhh!" si lelaki mendengus panjang, marah sangat dengan keadaan begitu. marah kerana, aku menghalang kereta dia, atau mungkin kerana berlainan bangsa. (aku bukan racist, sila ambil perhatian).

cepat-cepat aku hidupkan enjin dan berlalu. seketika kemudian, hati aku bergetar. tangan aku menggigil. muka terasa panas. di lampu isyarat, air mata aku mengalir. tidak, bukan aku takut kerana dimarahi lelaki tadi.

ya, memang aku salah sebab parking begitu. tapi manalah aku tau ramai pula orang beratur dekat mesin "cash deposit" tu? tapi, bukankah aku sudah meminta maaf? sambil berlari lagi. aku hairan, tidak, aku bukan mau bermegah-megah yang aku ini baik atau apa, cuma, aku hairan, mengapa kalau orang lain, tak kira bangsa apa, buat perkara yang sama, atau apa-apa perkara yang berpunca dari kesilapan sendiri pada aku, dan kemudian meminta maaf, aku boleh tersenyum dan beritahu mereka, "tidak mengapa", tapi bila aku, dengan tak sengaja, berbuat begitu, malah meminta maaf, masih didengus-denguskan, konon aku sangat menyusahkan mereka. kadang aku rasa, tidak ada maknanya buat baik dengan orang lain. tidak, tidak. tak boleh fikir macam itu, nanti tak sejahtera dunia ni. tapi aku kecewa, sangat-sangat kecewa dengan manusia-manusia sombong begini.

kejadian itu berlaku ketika maghrib. beria-ia benar dia mau cepat. macamlah nak pergi jadi imam solat maghrib kat masjid!

12 ulasan:

  1. masyarakat malaysia mmg 'berbudi bahasa', sbb tu ada iklan budi bahasa budaya kita, btul x jehan :) ..

    BalasPadam
  2. lepas ni,jangan double parking lagi k.orang malaysia garang2.grrrr..

    BalasPadam
  3. anet: betul..betul...
    nizam: mmg la...tp kalo dah terdesak, terpakse juga..

    kadang2 benda2 camni buat aku jadi benci dengan orang.....

    BalasPadam
  4. X apalah... berbaik sangka je lah... mungkin dia tgk sakit perut nak terberak kut...

    BalasPadam
  5. isk...saya terluka tau semalam.....

    BalasPadam
  6. perasaan pemilik MPV tu sama macam perasaan time ko ngah tunggu org cuci tangan hari tu..
    nasib ko kini spt si pencuci tangan cuma bezanye ko x marah si pencuci tangan..
    myb ni satu pengajaran utk kita semua supaya lebih bersabar dlm pape hal sekalipun.. :)

    BalasPadam
  7. Tapi nak marah pada lelaki tu pun tak adil juga.Aku fikir pihak berkuasa tempatan pun satu hal jugak. Parking tu buatlah banyak lagi. Semua tempat dah jadi bangunan tolonglah fikirkan perancangan bandar yg selesa utk semua.

    BalasPadam
  8. cornflique: ye, mmg betul. tapi masalahnye aku dah mintak maaf kat dia, tapi kene tengking juga. so camne nak kira ni? yang aku tau, cuma orang sombong je camtu, dah mintak maaf pon masih nak tengking lagi..

    abu muaz: manusia tu yg sepatutnye tak perlu menyombong....

    BalasPadam
  9. Kalo dah minta maaf, bahagian ko dah settle la kiranya tu...

    BalasPadam
  10. Beb... berjurai air mata gua membaca entry lu ni.. Sabar je bebanyak key.. Gua gerenti masa hari tu selepas lu kene marah mesti kerete dia dah kene langgar dek kete lain dari belakang selepas bergerak 4.25 KM dari situ.

    BalasPadam
  11. lepas tu dia kene tengking plak...lagi kaw2 dari dia tengking aku....fuhh!!!

    BalasPadam
  12. lain kali , lu stanby senapang patah.. tembak aje.. Org sombong mcm tu x layak tgl kat Malaysia.

    BalasPadam