hari jumaat yang lalu, aku lepak di sebuah kedai mamak.
kedai mamak itu juga ada ayam goreng.
aku selalu tidak peduli pada ayam goreng kedai mamak itu kerana fizikalnya tidak kelihatan seksi seperti ayam goreng hakim. kecut-kecut, warna tak menarik. "matte" saja rupanya, tak berkilat-kilat dan bertekstur rangup-rangup macam ayam goreng hakim. ada jintan lagi dekat kulit ayam tu.
tapi hari jumaat itu, aku asyik tertoleh-toleh ke arah ayam goreng itu. kemudian aku tersedar, yang aku dah lama sangat tak makan ayam goreng. dekat sebulan juga. lalu aku mengambil seketul, sekadar ambil hati.
duduk kembali di meja, aku mencubit sedikit kulit dia. eksen betul, cerewet. aku masukkan kulit itu dalam mulut. terasa darah naik ke kepala. aku tergamam. dada berdebar. lidah kelu, mulut terkunci sambil terus mengunyah kulit ayam tadi. tak sangka. ayam goreng yang aku pandang rendah selama ini rupanya sedap gila! aku menikmati ayam goreng itu dengan sepenuh hati, dengan penuh penghayatan. setiap kunyahan itu sangat aku hargai. peh, sampai menjilat jari. makan ayam goreng KFC pun aku tak jilat jari semacam itu. dan malam itu, pecah rahsia ketagihan aku kepada beberapa orang yang langsung tak tau masalah ini.
tapi aku tak peduli. aku ambil lagi seketul. "cukup ke dua ketul?" tanya seorang rakan yang memang tau ketagihan aku itu. "cukup. walaupun aku penagih, aku tak boleh ambil lebih dari 2 ketul," terang aku. wah, ada dos pula.
Isnin, Julai 27, 2009
tercapai. puas!
khamis lepas rakan sekolah lama berkira-kira untuk piknik di sungai congkak. mata aku bercahaya. maknanya aku akan direndami air sungai yang sejuk gila yang dah lama sistem saraf aku tak rasa.
tapi dia mau bikin makanan sendiri untuk piknik. aku cakap beli saja, tak payah susah-susah bikin. aku ditugaskan bikin sandwich. aiii, itu yang malas tu, sehingga hampir membatalkan penyertaan aku ke piknik tersebut.
sudahnya aku bikin juga dan nah! aku telah pun berada di sungai yang dah terlampau lama aku tak jejak. hari ketika itu baru lepas hujan, lalu dah tentulah sejuk gila air sungai tu. selepas bersarapan, aku dan seorang ahli trip merasmikan acara piknik tersebut. wohoho!! sejuk..sejuk... perlahan-lahan aku merendam badan dalam sungai. macam dicucuk-cucuk rasa sejuk itu pada badan. tapi, bila badan dah boleh serasi, aku bertukar menjadi makhluk sungai. segala rasa tekanan dan resah gelisah sepanjang dua tiga minggu ini hilang dilarutkan oleh kedinginan air. memang tip top! seronok bila berbaring dekat air terjun kat batu-batu tu. gila kuat air dia. lenguh lengan aku menahan dari dihanyut arus.
apa-apa pun, hari ahad (semalam) adalah hari ahad terbaik aku. best betul kalau ada sungai macam tu depan rumah.

Khamis, Julai 23, 2009
mesti!
aku tak boleh berdiam diri lagi. aku mesti lakukan!
aku akan terjun, dan fikirkan cara terbaik untuk mendarat dengan selamat.
tidak. tidak. sekarang masa untuk aku fikirkan tentang diri sendiri. "jay, kau dah fikirkan pasal orang lain cukup lama dah. pernah kau fikir pasal diri kau? ya, kau pernah, tapi fikiran kau terhadap orang lain mengatasi fikiran kau atas nasib sendiri. sampai bila kau nak macam ni? buatlah sesuatu." sesuatu dalam kepala masih tidak bosan mengingatkan aku tentang padah empati yang aku ada terhadap orang lain.
tapi......
"STOP THINKING ABOUT OTHERS, FOR GOD'S SAKE!!!!!!!!!!!!" benda dalam kepala itu menengking. meluat barangkali.
argh, adakah aku dibesarkan untuk menjadi sangat baik dan bertimbang rasa terhadap orang lain atau aku sebenarnya sangat bodoh sehingga melepaskan peluang-peluang mengembangkan kemampuan diri demi menggembirakan orang lain?
"for once jay, let go of your hands. walk out. please..." benda dalam kepala bersuara lemah.

Selasa, Julai 21, 2009
keep on moving
this coming october, it will be exactly 27 years i have been living on this very planet earth.
and i feel like, i have lost interest in almost everything. the flame of passion is flickering, burning really slowly, waiting for a gust of wind to blow it off, if not faded out itself. i stared into my own eyes through the mirror, i can't even find a light in them.
for 27 years i've lived, i tried hard to be the best that i can be (read: work), which all ended up with many terrible mistakes, that seems to repeat itself, eventhough i have been extra cautious, extra alert, extra everything that i pushed myself too hard to the level of distressness, and still, the mistakes are still there. since i was a child, i have been pushed to achieve the level of perfection in everything i do, be it house chores, studies or anything. upon reaching that level, i suffered severe nervousness, which i was so afraid that i failed, and of course, the failure would always led to punishment, harsh words, or any punishing acts that would cause humiliation, feeling so worthless, helpless and stupid, and it was so embarrassing as almost all these acts were witnessed by other siblings, and sometimes relatives. though i am almost a perfectionist (yes, though i still make mistakes, but i do try hard) myself, perfections really scares me. even in my job, i do have these strains, and sometimes cause hallucinations. my mental condition is not strong enough to endure all these distressness, perfections have been my life-long trauma.
"i suck at everything i am trying to do, and everyperson i am trying to be."
yes, i do have some really flaming experiences, i have to say, they were when i was studying graphic design in a local university. i did suck at my study but i did had a great time. i can say that i was very enthusiastic that time.
but now, the flame of enthusiast, passion is fading out, as i learned that, i keep making mistakes though i have been very, very careful in every job and task that was assigned to me. i know somehow, that i will shine brightly in some fields, but i don't have any idea yet of what field it is. i will have to explore.
reaching the age of 27, i almost don't even know who i am. who, or what myself actually is. i see myself as a person with too many personalities. i can't even figure out who i actually am, because i absorb any personalities of other individuals that are close to me, who give the feeling of comfort to me and those who inspired me that i think can fit in myself, in an attempt of creating my own. i can't even describe what my abilities and skills are.
but as i write this entry, i realize that, i have nothing - nothing to moan about. it is just a conflict, a war; a life-long war that i always have within me. a war that i have always fight, a war that i never lose. a war that always makes me believe that i have psychology disorders, that makes me believe that i am a pathetic loser when i know, i always know i am not. a war that makes me feel like running away from this life. a war that leaves me in confusion, not knowing what i want and when i want it. it is just not my time to shine yet. it is just that i am scared. too scared to jump over the other promising "land". too scared to climb on the highest mountain, having too much empathy on the ones that i would have to leave behind, feeling guilty to leave, and face the new, strange world outside my shell. but, i must, i have to do it.
i just need the guts.

Jumaat, Julai 17, 2009
peluk
mula dari arahan email (entri sebelum ini) tadi, aku tidak tenteram, sampai sekarang. jiwa aku masih celaru. halusinasi itu masih mengganggu. aku takut.
ada siapa-siapa yang sudi peluk aku?
pelukan erat, hangat lagi menenangkan. pelukan yang memberitahu aku "jangan bimbang, semuanya akan baik-baik saja. jangan takut."
. . . . . . . . .
ada tak?

sistem yang hampir padam
semalam kan aku sudah hantar FA kan?
jadi hari ini aku buat apa-apa yang patut di pejabat.
tiba-tiba aku nampak bos aku online ym.
"BUZZ!!" bos menyapa. "yup." aku membalas. kemudian keluar signal kata bos sedang taip mesej. tapi tak keluar-keluar. macam dia taip, lepas tu dia padam. akhirnya keluar arahan "emailkan speeches dan program dalam buku (buku yang dihasilkan dengan penuh tekanan semalam) tu kat email sekian-sekian sekarang."
ZROOOSSSHHHH!!!!
aku rasa darah aku laju turun ke kaki. tak sampai beberapa saat aku dah rasa nak pitam, menggigil dan jantung berdebar laju. tapi aku steady menjawab "ok". kenapa mesti buat aku membuka semula fail buku tu?
lalu dengan debaran yang makin laju, kepala yang makin rasa melayang, dan tangan yang menggigil aku buka fail itu, dan kopipes isi yang diperlukan ke word. dengan nerves-nerves aku save dan email pada penerima. kemudian aku mula berhalusinasi terdapat macam-macam kesalahan, bos dan klien mengamuk esok. aku jadi takut. sangat-sangat takut. serasa ingin menyorok di bawah meja sambil menghantuk-hantuk kepala demi menghilangkan halusinasi itu. aku mula rasa seperti hendak menangis, takut, rasa tak selamat, semua ada. rasa macam perlu dapatkan rawatan jiwa pun ada. tiba-tiba aku ingin berlari sejauh beberapa kilometer demi mententeramkan perasaan. sejauh mungkin supaya halusinasi itu tak dapat nak kejar aku yang lari pun bukannya laju sangat. kejap-kejap berhenti. atau sekurang-kurangnya menelan pil antidepressant, supaya aku tak perlu susah-susah berlari jauh-jauh yang tak jauh mana pun sangat.
aii..kalau lah ada laut di depan pejabat aku...............

Khamis, Julai 16, 2009
serabut
aku sudah serahkan cd FA pada printer sejam lebih yang lalu. setelah menerima tekanan dari pihak atasan (sebab silap buat amendment, arahan tak jelas), dan desakan dari pencetak supaya cepat. setelah 3 kali buat amendment (pasal ada teks yang klien tukar kepada teks baru), akhirnya cd itu diserahkan dengan selamat dan dengan rasa tak tenteram langsung.
aku tak selera nak makan selagi aku tak tengok buku itu siap, dan selagi event tak selesai. ayam goreng pun gagal menaikkan nafsu makan aku. dahlah aku yang kena uruskan hal-hal design semua.
aku ingat aku nak kerja kat kedai perfume la. ok tak?

Selasa, Julai 14, 2009
sudah kena tag
dari nurin.
1. the rules of the game get posted at the beginning.
2. each player answers the questions about themselves
3. at the end of the post, the player then tags 5 peoples and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged & to ask them to play & read your blog.
starting time : 06.19 pm
name : jay harun
shoe size : 9 (sneakers) 8 (kasut pompuan)
height : 161cm
where do you live : rumah famili (gila pathetic)
have you ever been on a plane : mestilah
swam in the ocean : mestilah
fallen asleep @ school : selalu juga
broken someone's heart : pernahlah. kadang-kadang orang tu yang drama lebih. benda tak ada apa pun.
fell off your chair : pernah. selalunya masa tengah galak ketawa.
sat by the phone all night waiting for someone to call : tak ada kerjanya.
saved emails : auto saved kan....
what is your room like : sederhana besar dan jarang kelihatan kemas.
what's right beside you : "sampah sarap" yang memeritkan hati.
what is the last thing you ate : aiskrim
ever had...chicken pox : menurut mak, pernah. tapi dia sendiri pun tak ingat.
sore throat : apa pula tak pernah.
stitches : satu.
broken nose : tak pernah
do you believe in love at first sight : ber"sight-sight" juga...
like picnincs : sangat-sangat
last made you smile : tak ada apa.
you last yelled at : kelmarin. tengking anak buah. ya, saya garang kadang-kadang.
today did you...talk to someone you like : ym saja, edak dan et.
kissed anyone : tidak. oh, anak buah.
get sick : ya, i got "sick" with my life.
talk to an ex : apa benda tu? heh!
miss someone : hari tu michael jackson. sekarang, takde kot.
who do you really hate : orang-orang sombong dan banyak kerenah.
do you like your handwriting : sangat-sangat
are you toe nails painted : tidak.
whose bed other than yours would you rather sleep in : katil kat hotel. best gila.
what color shirt are you wearing now : hitam dengan ring kelabu (tshirt kompeni)
are you a friendly person : ya, malah pemalu juga.
do you have any pets : tidak.
do you sleep with the tv on : secara tak sengaja.
what are you doing right now : jawab tag ni
can you handle the truth : boleh.
are you closer to your mother or father : mak, walaupun dulu selalu kena tengking dengan beliau.
do you eat healthy : jenis asalkan makan.
do you still have pictures of you & your ex : sekali terjumpa dalam cd lama-lama. demmit.
if you're having a bad day, who are you most likely to go to : diri sendiri. dah tak tahan sangat baru cari mangsa.
are you loud or quiet most of the time : aku juga seorang pendiam. (betul, percayalah.)
are you confident : bolehlah.
5 of my bad habit : sepah bilik, sepah rumah, buat tarian bodoh kat anak buah, buli anak buah sampai nangis, cepat givap.
5 people tag : siapa-siapa rasa nak buat, buat lah.

saspen
aku sudah bersiap-siap ke tempat kerja. sementara mau pakai stokin dan kasut, aku bermain-main dengan anak buah aku yang kecik itu. ah, galak sungguh. kemudian bersarapan serba sikit dan sambung bermain dengan si kecik. tiba-tiba aku tertoleh ke arah jam.
"HAH??? DAH PUKUL 10??!!"
tiba-tiba aku terbingkas bangun dari tidur. tanpa sempat menarik nafas dan berdiri stabil aku bangun mencapai henfon di meja tulis. dengan jantung yang berdebar laju dan nafas yang agak sesak, aku sedaya upaya memfokuskan mata aku yang ketika itu imej yang masuk dalam kanta semua nampak berbayang. sambil tangan sebelah menongkat pada meja untuk menahan dari terjatuh, aku tenung dengan susah payah pada muka henfon. "07:32". tertera masa dalam sistem 24 jam di situ.
cilakak punya mimpi. mimpi elok-elok sikit tak boleh? dahlah hari isnin. huh!

Khamis, Julai 09, 2009
esok-esok mati, duduk bawah tanah juga. tak perlulah sombong sangat.
petang semalam, pulang dari kerja, aku terus ke maybank di bukit raja. seperti biasa, di situ memang penuh tempat letak kereta, lalu aku parkir berganda. turun dari kereta saja, baru aku perasan ada satu lot kosong. ah, aku memang ada masalah untuk mengesan perkara-perkara disekeliling aku. lalu aku tinggalkan saja kereta di situ, dan terus menuju ke bank.
ah, panjang pula barisan orang yang mau masukkan wang dalam mesin "cash deposit". panjang tak panjang lah. ada dalam 6 orang. aku beratur menunggu giliran sambil mengintai-intai ke arah kereta, manalah tau ada orang yang mau keluar. ada dalam lima minit lebih aku beratur di situ.
selesai, aku keluar dari bank dan melihat sepasang suami isteri entah kekasih, sedang mencari pemilik kereta yang parkir di belakang kereta mpv mewah milik mereka. sedar akan hal itu, aku berlari menuju ke kereta sambil meminta maaf. "ini macam ka lu parking hah? hurrghhhh!" si lelaki mendengus panjang, marah sangat dengan keadaan begitu. marah kerana, aku menghalang kereta dia, atau mungkin kerana berlainan bangsa. (aku bukan racist, sila ambil perhatian).
cepat-cepat aku hidupkan enjin dan berlalu. seketika kemudian, hati aku bergetar. tangan aku menggigil. muka terasa panas. di lampu isyarat, air mata aku mengalir. tidak, bukan aku takut kerana dimarahi lelaki tadi.
ya, memang aku salah sebab parking begitu. tapi manalah aku tau ramai pula orang beratur dekat mesin "cash deposit" tu? tapi, bukankah aku sudah meminta maaf? sambil berlari lagi. aku hairan, tidak, aku bukan mau bermegah-megah yang aku ini baik atau apa, cuma, aku hairan, mengapa kalau orang lain, tak kira bangsa apa, buat perkara yang sama, atau apa-apa perkara yang berpunca dari kesilapan sendiri pada aku, dan kemudian meminta maaf, aku boleh tersenyum dan beritahu mereka, "tidak mengapa", tapi bila aku, dengan tak sengaja, berbuat begitu, malah meminta maaf, masih didengus-denguskan, konon aku sangat menyusahkan mereka. kadang aku rasa, tidak ada maknanya buat baik dengan orang lain. tidak, tidak. tak boleh fikir macam itu, nanti tak sejahtera dunia ni. tapi aku kecewa, sangat-sangat kecewa dengan manusia-manusia sombong begini.
kejadian itu berlaku ketika maghrib. beria-ia benar dia mau cepat. macamlah nak pergi jadi imam solat maghrib kat masjid!

Rabu, Julai 08, 2009
memorial mj malam tadi
baiklah, siang sebenarnya dekat LA. tapi aku tonton jam 12 tengah malam tadi, waktu tempatan, melalui saluran E!. saja-saja cuba nasib, mana tau kalau ia disiarkan lebih awal.
aku terlepas dalam beberapa minit. sebab CNN tak dilanggan, lalu aku kecewa. kemudian aku beralih ke E!, hah, baru mula saja. siaran menunjukkan kereta-kereta terlibat dengan "memorial service" michael jackson sedang bergerak menuju staples center, tempat memorial itu dijalankan. tapi kamera lebih fokus pada kereta yang membawa keranda berisi michael.
selepas beberapa temuramah ringkas dengan orang-orang terlibat, seperti doktor, editor majalah hiburan, acara pun bermula. smokey robinson memulakan acara dengan membacakan ucapan takziah dari diana ross dan nelson mandela.
kemudian, acara penting bermula. keranda emas 14 karat yang dihiasi gubahan bunga mawar berisi mayat (atau patut aku kata jenazah?) michael dibawa masuk, diiringi oleh adik beradik lelakinya, yang kesemuanya berpakaian sut hitam, tali leher kuning dan sarung tangan berlabuci disebelah tangan. dan diletakkan berhadapan pentas, yang kelilingnya dihiasi bunga-bunga segar.
testimoni dari brooke shields (walaupun bekerja keras mengawal tangis), berry gordy (pengasas motown records), magic johnson (pemain bola keranjang yang aku tak kenal langsung) dan smokey robinson mengundang tawa bila mereka mengenang perkara-perkara kelakar yang dilalui bersama michael jackson satu ketika dulu. secara keseluruhannya, semua yang memberi testimoni atau ucapan terakhir, membuktikan michael bukanlah "freako" seperti yang diwar-warkan media. ya lah, hanya johari mengenal maniam. dan aku juga tidak percaya michael jackson adalah imej yang digambarkan oleh media. tapi apalah gunanya, semua sudah terlambat.
artis-artis yang memberi penghormatan dengan menyanyikan lagu-lagu dari michael, atau dedikasi melalui lagu-lagu sendiri adalah mariah carey dan trey lorenz (i'll be there), jennifer hudson (will you be there), usher (gone too soon), shaheen (britain's got talent: who's loving you), lionel richie (lagu gereja kot), stevie wonder (never dreamed you'd leave in summer), sedap gila lagu ni, dan penutup, lagu-lagu keamanan michael jackson, we are the world dan heal the world, dengan gaya persembahan kegemaran michael, ramai-ramai orang dan kanak-kanak menyanyi atas pentas. anak-anak dia juga turut menyanyi bersama, walaupun prince michael I agak kucar kacir menyanyi. oh, dan juga john mayer (human nature kot) tapi dia cuma main gitar saja. dan john mayer malam tadi, fuh! kacak semacam!
acara disudahkan dengan ucapan menyentuh hati oleh marlon jackson, yang sempat membuat satu permintaan pada michael, kalau jumpa kembarnya, brandon (yang mati ketika lahir), supaya "memeluk brandon bagi pihaknya", serentak itu, dia terus menangis dan ditenangkan oleh adik beradik yang lain. kemudian, sesuatu yang tak diduga, paris michael katherine, anak kedua michael, memberi ucapan sangat ringkas, tapi memang......penuh emosi. "saya cuma hendak berkata..sejak saya lahir, "daddy" adalah bapa terbaik yang kamu boleh bayangkan selama ini. dan, saya sangat, sangat menyayanginya!" dan terus tenggelam dalam tangisan dan dalam dakapan janet. kemudian, kesemua beradik lelaki michael, membawa keluar keranda itu, ke tempat yang belum diketahui setakat ini.
keseluruhannya, aku sangat tersentuh dengan memorial itu. bukan sekadar kerana ia adalah michael jackson, tapi..........
apa-apa pun, dalam kisah sepanjang hidup michael ni, ada banyak pelajaran, bagi mereka yang berfikir.

Jumaat, Julai 03, 2009
cuci tangan
aku baru habis makan nasi di kedai makan. makan guna tangan (takkan guna kaki pula) secara tradisinya, tidak bersudu garfu. aku menuju ke sinki. ada seorang lelaki di situ sedang mencuci tangan. dia cuci bersih-bersih, siap kumur-kumur lagi. aku di belakang, dah mula rasa berlengas di tangan. sikit lagi jadi gatal-gatal pula.
haish, perlukah mencuci tangan lama-lama seperti hendak mengambil wuduk layaknya?
dan ini bukan pertama kali aku jumpa.

eksiden mulut
semalam saja, lebih tiga kali aku tergigit bibir. masa tengah bercakap dan tengah makan. sekarang bibir yang selalu eksiden itu telah bengkak di sebelah dalam.
adakah bibir aku terlalu tebal, atau aku semakin jongang?

Khamis, Julai 02, 2009
"painkiller"
sesiapa yang pernah mengambil "painkiller", tentu mengaku sikit banyak, ubat itu agak menagihkan. terutama jenis yang memberi kesan mengantuk.
kalau aku, memang ubat itu menagihkan.
alah, kesakitan yang aku alami bukan teruk sangat pun. aku pernah mengalami insomnia (hampir 3 tahun dan masih ada lagi sekarang, kadang-kadang), tapi aku tak pernah cuba memandai-mandai merawat sendiri masalah itu dengan ubat tidur walaupun pernah beberapa kali terniat mencuba, kerana tertekan dengan kesukaran untuk tidur dan terbangun setelah hampir 3 - 4 jam. (macam tak kena-mengena dengan tajuk di atas). tapi sangat bonus kalau kebetulan masa itu kena selsema, lalu doktor bagi ubat selsema yang kalau makan memang pasti-pastilah tertidur senyenyaknya. siap set masa, makan jam 12 malam, konfem esok pagi bangun dengan tidur yang cukup.
sehingga satu hari, aku mengalami ruam yang agak teruk dan gatal-gatal (bukan gatal-gatal gedik) tanpa sebab. lalu doktor preskripsi kan pirithon (makan pada waktu malam sahaja). memang berkesan. ubat itu meredakan gatal dan secara tak langsung, memudahkan aku tidur malam. kemudian ubat itu habis. hampir sebulan baru aku beli baru, itupun setelah simptom-simptom gatal muncul kembali. sebenarnya, bukan kerana gatal sangat, tapi sebab aku inginkan tidur malam yang nyenyak tanpa gangguan. tapi bagaimanapun, akal mengatasi keinginan. aku tidak terlalu bergantung pada ubat itu, sebab aku sedar kesannya kalau terketagih pula. dan memang ketika itu aku dah mula ketagih.
kemudian aku mengalami sakit gigi. sekali lagi aku cari "painkiller". ubat itu tidaklah membantu tidur pun. cuma menghilangkan sakit, walaupun ada juga kesan mengantuk lepas ambil ubat itu. itu pun satu hal juga. aku beli di sebuah farmasi di kulim. memang berkesan berbanding "painkiller" yang pernah aku beli di sebuah farmasi di subang jaya. lama juga terputus bekalan. dan bila pulang ke kampung di sana, aku membeli beberapa paket untuk stok. dan kerana sakit yang makin teruk, aku makin kerap mengambil ubat berkenaan yang apa entah namanya, aku tak ingat. dan bila terdesak, aku dapatkan bekalan di farmasi berdekatan, hingga aku minta ubat yang kuat kesannya dari petugas farmasi, tapi tak sama kesannya.
sudahnya aku cabut gigi.
dimana ketagihnya? ketagihnya bermula bila ubat itu mampu meredakan kesakitan, selama mana ia bertindakbalas dalam sistem badan, dan terus kepada keupayaannya untuk membuat kita tidur dengan nyenyak. pernah juga aku ketagih panadol (kes sakit gigi juga) sebab dah terdesak untuk hilangkan sakit. bila sakit tak berapa nak hilang, aku tingkatkan dos ikut suka hati. kemudian aku tersedar yang aku mengambil sekurang-kurangnya 8 biji sehari. kesan lalok sudah mula terasa. lalu aku cepat-cepat hentikan pengambilan. dah seperti makan tic tac saja gaya aku makan panadol itu. tidak hanya kerana untuk menghilangkan sakit, tapi tindakan mengambil ubat itu dah seperti satu perasaan yang syok. seperti merokok, mungkin. dari segi psikologinya, dengan mengambil pil penahan sakit dan yang sewaktu dengannya, sakit akan reda, pengambil akan merasa lebih bersemangat, cergas dan yang lebih mengada-ngada, sekurang-kurangnya dapat tidur dengan best sekali. pengambilan berterusan bila kita setkan dalam otak yang kita terasa sakit, hakikatnya tidak sangat, dan "kerajinan" mencuba kesan pelbagai jenis "painkiller" juga menjurus ke arah ketagihan itu. secara peribadi, tindakan mengambil ubat itu memang macam syok.
lalu aku simpulkan, ketagihan akan berterusan selagi kita tak berjaya hilangkan punca kesakitan itu. akal itu mesti diguna.

Langgan:
Catatan (Atom)