Isnin, Mei 11, 2009

erk! maaf!

malam tadi aku tidur lewat. mandi dalam jam 1.30 pagi. buat "facial" bagai. 2.55 pagi aku terjaga. ah, "masker" dah kering. kopek tanggalkan. kemudian cuci muka, sapu pelembab bagai, minum air dan tidur, dalam jam 3.15 pagi.

pukul 7 pagi, abah kejutkan. cita-cita hari ini mau ke pejabat dengan komuter. ah, lupakan saja.

selesai bersiap dan bersarapan, aku memandu kereta tua abah ke pejabat, sebab kereta itu hari ini tak diguna ke mana-mana. wah, mengantuk sekali. aku memandu perlahan tak perlahan, laju tak laju, tapi cecah 110km/j juga. rasa macam tak laju saja.

sampai di lampu isyarat simpang masuk ke pejabat, lampu merah. aku mengambil kesempatan untuk memejamkan mata sebentar.

"PIINNNN!!!"

damn, pertama kali aku dihon di lampu isyarat. entah bila masa lampu itu bertukar hijau.

6 ulasan:

  1. hehehehe...
    tak hadap kan wajah mu dgn lurus...
    thats y kamu tak mengetahui...
    ^_^...

    BalasPadam
  2. tuh la..dahla tak hadapkan wajah dgn lurus, tutup mata lagi...

    BalasPadam
  3. tahukah anda cermin mata dipakai dibahagian mata...

    BalasPadam
  4. sape xxx ni....merepek2 ni.....dah tentula pakai kt mate....

    BalasPadam
  5. hahaha..aku anti ngn pemandu wanita. pemanduan mereka mempunyai risiko membunuh yang lebih kurang dengan lelaki untuk kenderaan persendirian.

    BalasPadam
  6. pemandu wanita lain..aku tak.....hehheee...

    BalasPadam