Sabtu, Mei 09, 2009

kasih ibu

semalam, hampir jam 7.30 malam, baru aku dapat bas ke komuter. ah, kena berdiri. sudah lah aku diserang migrain secara kecil-kecilan (dah pandai dah sekarang kepala otak aku ni kena migrain, mana dia belajar entah). aku berdiri di tepi tingkap, berdekatan pintu. di kerusi barisan depan, di belakang pemandu ada dua orang wanita, satu kelihatannya sudah berusia, manakala seorang lagi entah berbangsa apa, tapi bukan warganegara, sedang mencempung anak sambil menyusukan si anak tadi.

selesai menyusu, si ibu tadi mengeluarkan anaknya dari kain gendongan. eh, dialihkan pula kesebelah kiri. di barisan kiri, ada lelaki indonesia. si ibu tadi rupanya ingin menyambung sesi susuan yang aku sangka sudah selesai. nah, diselak pakaiannya, terdedahlah apa yang sepatutnya tak didedahkan dikhalayak ramai. lelaki indonesia tadi aku tengok dah tak tentu arah, serba tak kena. sampai di the summit, lelaki itu pun turun. ah, mujur dah sampai di tempat yang dia hendak tuju, kalau lama lagi, mungkin dia akan memberontak.

ya, memang kasih ibu itu tak ternilai, tak berkira tempat. tapi agak-agaklah. perlukah menayangkan payudara mengkal penuh berisi zat itu dikhalayak ramai?

dan malam tadi migrain aku menjadi semakin teruk, sebelum lega sedikit selepas aku bersukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan