pertama kali PM hebohkan benda ini aku rasa kelucuan menggeletek hati. kenapa?
sebab aku rasa setiap PM yang naik (masa aku boleh faham keadaan politik negara) semuanya nak keluar dengan idea perpaduan terbaik yang mereka boleh keluarkan. islam hadhari lah, 1 malaysia lah itu lah ini lah. what the hell kata orang putih.
1 malaysia. aku rasa tak ramai rakyat malaysia faham. aku percaya berapa ramai agaknya yang gelak berguling atau garu-garu kepala depan tv atau ketika membaca akhbar tentang berita itu. aku sendiri pun pening-pening. tak taulah mungkin aku bodoh agaknya. "what the hell is this?" tanya aku dengan kabur-kabur lucu.
beginilah. 1 malaysia ini pada perkiraan aku memang bagus untuk membuka sempadan perkauman yang masih menebal lagi dijiwa segelintir rakyat malaysia. tapi 1 malaysia itu tidak boleh meruntuhkan tembok/sempadan/penghadang/pintu/whatsoever dalam masa sekejap saja sebab perasaan perkauman itu memang tebal. tak perlulah ada yang menyangkal kenyataan aku ini sebab aku sendiri pernah jadi mangsa perkauman (aku percaya anda juga ada yang pernah mengalami. sakit bukan?). dia punya ketebalan itu, jenis yang kena ditarah sikit-sikit, tak boleh main letup macam itu saja. masalahnya sekarang, kita cuba mentarahkan tembok kita, tapi ada pula yang lagi tebalkan tembok. ah, tiba-tiba aku rasa keliru dengan "keharmonian hidup bermasyarakat" yang dibanggakan oleh pemimpin-pemimpin kita.
tapi apa yang sebenarnya aku rasa kelakar ialah, kita gagal dalam menyatukan bahasa. tengok indonesia, semua rakyat dia mesti menguasai bahasa indonesia. tak kira bangsa apa pun. tapi kita? kita cakap bahasa melayu dengan bangsa lain pun mereka tak faham, mereka cakap bahasa melayu lagi lah kita tak faham. kadang-kadang aku kesian dengan bangsa bukan melayu. mereka sedaya upaya bercakap bahasa melayu tapi hakikatnya, kita tak boleh nak tangkap apa yang mereka cakapkan. kalau yang masing-masing boleh faham pun, bahasa inggeris, itupun tak semua boleh kuasai. masalahnya kalau bahasa komunikasi kita yang senang diguna ialah bahasa inggeris, jadi kita ini rakyat negara mana? oh, mungkin kita adalah rakyat britain, sebab segala undang-undang, sistem pendidikan pun menggunakan sistem yang digariskan oleh kerajaan britain. maksudnya, kita bukanlah merdeka pun sebenarnya. ibaratnya, syarikat kita yang dulunya dikuasai oleh pesaing, tapi akhirnya dikembalikan, dengan syarat, segala sistem pengurusan kena mengikut garis panduan pesaing. tak boleh ikut garis panduan sendiri. kalau tak, syarikat akan ditarik balik. jadi dimana "malaysia"nya kita?
antara rakyat juga tak boleh bertolak ansur. tak perlu jauh-jauh, di atas jalan saja sudah penuh contoh-contoh terbaik. sombong sesama sendiri. kalau yang berkereta besar itu bertingkat-tingkat sombongnya. kalau kita bersalah, lalu kita meminta maaf, lagi diherdiknya. 1 malaysia kah ini? kalau langsung tak boleh bertoleransi. kaum yang kuat menindas kaum yang lemah. kaum yang lemah cuma tau menyalahkan nasib dan mengharapkan orang membela. padahal diri sendiri yang bodoh tak mahu berubah. tau perlu berubah, tapi mahu orang ubahkan. cis, pergi terjun sungailah! ibarat dah tau ada burung akan berak di kepalanya, tapi sengaja tak mau berganjak, nak harap orang lain selamatkan kepala dia dari najis burung.
1 malaysia satu motto untuk bersatu. tapi dikalangan pemimpin sendiri pun susah mau duduk semeja berbincang baik-baik. aku sendiri tak faham, apa dua perdana menteri selepas tun mahathir ni nak bikin sebenarnya. aku tengok makin teruk saja keadaan negara. cuma beria-ia mengeluarkan slogan terbaik yang agak-agak boleh bikin rakyat kagum. membela nasib rakyat? semakin hari aku rasa semakin tersepit, terhimpit dan tercekik untuk hidup. tak ada sehari pun berlalu tanpa aku memikirkan sehingga berkerut-kerut dahi bagaimana nak menampung kos kehidupan yang semakin meningkat, dengan gaji yang tak setimpal dengan kos sara hidup sekarang. yang makin senang, orang-orang yang di atas. entah apa yang mereka lupa sebenarnya dalam asas membangun negara.
sudahlah, berhentilah berselisih pendapat. cuba duduk sama-sama fikirkan jalan terbaik untuk mengharmonikan negara. bukan sibuk kata "aku terbaik, kau sampah!" "aku tolong banyak, kau cakap saja lebih!" aku rasa pemimpin-pemimpin sepatutnya orang dewasa yang berfikiran terbuka, bukannya kanak-kanak. kanak-kanak pun lagi matang.
2 post dlm mase sehari..produktif..hehe..aku paling heran yg klinik 1 malaysia..bukan ke klinik sblom nie sume leh dtg?..ade ke klinik ade kasta2 leh masok?..aheh
BalasPadamahahahah!! entahlaaa.....
BalasPadamdua post sehari sbb luapan emosi...hehehe...