Khamis, Januari 21, 2010

amuk

mak mengamuk lagi. setelah sekian lama perasaan marah yang bertimbun dalam dada tak dapat dikompreskan lagi. macam biasa, marah pasal anak-anak yang tak reti nak kurangkan beban kerja di rumah. aku bukan nak cakap besar atau nak tunjuk baik, tapi aku yang selalu tolong selesaikan kerja-kerja tu sebab aku tau amukan yang akan terjadi dan siapa sasarannya.

aku.

tadi mak mengamuk dengan dahsyat. habis segala barang dihumban ke dalam sinki. pisau, sudu, tupperware (benda-benda tak mudah pecah) sambil mulut menjerit-jerit luah rasa marah. aku dan mak selalu sengaja biarkan pinggan tak berbasuh, kain tak berlipat, sengaja nak tengok siapa yang ambil peduli untuk selesaikan. sudahnya kami juga.

tapi tadi aku lalai. aku menghadap internet, sebab seingat aku pinggan mangkuk semua aku dah setelkan sebelum aku tenggelam di alam maya. tiba-tiba saja terdengar amukan mak. aku tau siapa punya kerja makan tak reti nak kemas dan basuh pinggan. senang jadi lelaki kan? macam OKU. tak mampu buat apa-apa. semua orang buatkan. samalah macam perempuan mengandung yang terlampau mengikut rentak mood mengandung.

tapi macam biasa, aku tak terkesan pun dengan amukan mak. dah lali barangkali. bukan barangkali, memang dah lali sangat. kalau kena tampar sekalipun aku tak terasa hati. sebab setiap kali mak marah dengan anak-anak lain, yang jadi punca kepenatan dia, aku yang terima akibat. aku yang kena maki, aku yang kena tengking. dari kecil lagi. mau tak lali? memanglah amukan tu dituju pada aku juga, tapi, tak salah kalau mak terus saja sembur kat muka anak-anak lain. ini tak, dah sembur puas-puas kat aku, dengan anak lain jadi manis muka. sebab tu mereka tak tahu yang mak sebenarnya bengang dengan mereka. kalau mak mengamuk depan mereka pun, mereka cuma kata, "tu la kau. duduk saja di rumah ni. cuba tolong-tolong sikit." nah, aku lagi dapat nama. mak tak mau cakap lepas dengan mereka sebab takut nanti mereka kecil hati, tak mau jejak kaki lagi di rumah. patutlah tuhan takdirkan aku bekerja sebagai pereka grafik. aku ini tahan maki.

aku cuma kecil hati kenapa aku jadi sasaran walaupun bukan salah aku. bukan anak-anak aku yang buat mak penat. agaknya muka aku ini memang buat mak rasa sedap-sedap saja nak maki.

4 ulasan:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    BalasPadam
  2. isk..isk... sabar..sabar.....
    fikir ibu jalan ke syurga kena tabahkan hati...
    tp adik beradik x semestinya jln ke syurga...pe lagi..
    sound sekor2...
    tarik telinga dorang ke sinki klu dorang xmo basuh pinggan...
    banyak cantik..ingat amah ke..

    hik..hik..ter'emo' lak...

    BalasPadam
  3. Hapi: thanks for dropping by!
    tanpa nama: ntahnye..emo plak..hehehh..

    BalasPadam
  4. aku sokong kata2 kau ni..aku biase mengalami ape yg ko rase ni..aku dh dok jauh pon keadaan tetap tak berubah..malah tambah teruk mak aku kena buat sume..

    serius aku rimas dgn umah yg sepah2..pinggan mangkuk berlambak2 ..pas mkn x reti nak basuh..tu sume kakak aku & keluarga dia yg buat..mentang2 bkn rumah dorang..huh..kejam tak kalau aku cakap kt kakak aku.."cepatlah pindah?" ahaha...sure dia kecik ati dgn aku punye..

    BalasPadam