Rabu, Disember 30, 2009

i single, ok??

semalam pergi giant 13, sebab along nak bawa anak-anak dia gunting rambut sempena kembali ke sekolah minggu depan disamping nak beli barang-barang untuk sambutan hari lahir anak dia yang sulung hari khamis nanti (kononnya). memandang kami bergerak dari rumah agak lambat, iaitu dalam jam 9.oo malam, maka sampai saja di sana aku suruh semua gegas-gegas jalan sebab kalau kedai kwik-cut itu tutup, maka adalah sia-sia saja aku korbankan waktu mandi aku.

aku berjalan laju, tak padan dengaan tulang belakang yang cacat ini. pusing saja ke belakang, cis! aku seorang saja rupanya! entah mana pula along aku dan anak-anaknya terkandas. sedang aku memanjang-manjangkan leher mencari kelibat mereka, tiba-tiba seorang penjual apa entah, benda untuk kuruskan badan, datang kat aku, dan mempromosikan pemeriksaan kadar lemak, jisim badan dan sebagainya. aku pula nak kejarkan kedai gunting rambut itu.

aku keberatan untuk melakukan pemeriksaan itu, lalu aku menolak dengan baik sambil masih menjengah mencari kelibat along aku anak beranak.

si penjual itu masih memujuk aku untuk membuat pemeriksaan, walaupun menyedari aku memang nak cepat. melihatkan aku teragak-agak, dan terjengah-terjengah, dia pun berkata:

"tak apa, sekejap je. ajak la abangnya sekali," kata beliau dengan yakin.

"saya datang dengan kakak saya kak, bukan dengan abang!" kata aku, dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan