Isnin, Disember 28, 2009

AC di mana???

dalam jam 8 malam lebih tadi aku tukar-tukar saluran astro, nak tengok rancangan apa yang sedap-sedap mata memandang. tapi terberenti dekat rancangan AC pula. oh, tetamunya adalah siti tiga beradik. lepas tu ada tiga pelajar lelaki yang adalah ahli pasukan sorak lelaki.

jadi aku pun melekat kat rancangan tersebut, sebab AC kata mereka akan buat persembahan pasukan sorak. aku teringin juga nak tengok pasukan sorak lelaki beraksi, mesti macam "peh!" gila.

kecewa. rupanya semua jenis mat lembut belaka. persembahan mereka? aku rasa pasukan sorak perempuan buat lagi terbaik. ala-ala bersorak suara garau, tapi pergerakan, huahhh!!!!! tertekan aku menonton!

2 ulasan:

  1. hahaha..buang masa je tengok.

    BalasPadam
  2. hohoho!! aku cube bertahan...tp tak sampai seminit aku tuka channel lain..benci ah! dia punye gerak tu, sebijik cam cheerleader pompuan, cume huduh lagi...

    BalasPadam