Sementara dia sedang merungut tentang ketidakrelevannya berpagi-pagi dengan pintu rezeki, aku mengutarakan teori aku yang sebenarnya ia adalah tentang sarapan pagi. Biasanya di awal pagi itu bukankah sarapan masih banyak, masih penuh di meja. Tentulah kenyang perut hingga ke tengah hari. Kalau bangun di kala matahari sudah meninggi di atas kepala, nah, bukankah meja sudah dikemas, segala sarapan yang enak itu telah langsai dilahap oleh si berpagian. Lalu berlaparlah kau sampai ke tengah hari. Itu teori aku. Dan aku merasakan itu teori yang bijak yang aku keluarkan.
Pagi ini, aku bangun dan aku terfikir.
Aku ada urusan itu ini untuk menguruskan pinjaman pendidikan aku. Anda semua pun ada pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Jadi, aku mula memahami yang dikatakan rezeki itu tidaklah semestinya wang yang mencurah masuk.Ataupun sarapan enak penuh meja. Kalau pagi-pagi berurusan menyelesaikan itu ini adalah lebih mudah sebab pagi-pagi semua orang masih segar, tenaga masih tip top. Muka masih manis di tahap optimum. Jadi urusan pun mudah. Tiada yang marah-marah. Tiada yang tertekan. Tiada yang merungut terpaksa datang semula esok sebab orang yang kita sedang berurusan dengan itu sudah menggelabah hendak pulang. Itupun salah satu pintu rezeki juga. Dipermudahkan urusan.
Memang lembab kepala otak aku hendak memahami segala benda yang dilarang dan digalakkan orang tua. Masalahnya aku pula masih berlengah menguruskan urusan penting aku. Dadada.
Nota kaki ayam: Bagaimanapun aku ada sedikit anti dengan petua mereka.
Nota kaki ayam: Bagaimanapun aku ada sedikit anti dengan petua mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan