Jumaat, Mac 26, 2010

hilang seminggu

esok aku akan bertolak ke pulau pinang, cekingaut keadaan pakcik aku yang akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya. doktor tak berani jamin, but he'll give his best shot. so, aku akan berada di sana seminggu. nak bawa laptop ke tak payah aa?? macam menyemak kereta saja. bukan ada wi-fi pun.

jadi, mungkin aku akan mengumpul bahan kat sana juga untuk tatapan anda semua.

ah, baru 9.40 malam aku dah mengantuk. hasil tahan mengantuk kat pejabat tadi, meleret-leret pula sampai malam. nak kena packing baju pula. malas betullah!

Khamis, Mac 25, 2010

oh ya!

nampaknya ada pengikut baru (anda tahu siapa anda)!

terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengikut cerita repek-repek saya!

dah gila ke?

sejak kebelakangan ini, aku fobia pada semua program adobe. bila kena buka fail adobe, rasa tak selesa semacam, macam kena buka baju depan khalayak ramai. rasa gementar, peluh-peluh sikit dan rasa macam nak lari pecut bila tengok program tengah proses nak buka.

serentak itu, aku juga jadi gementar gila bila dengar bunyi telefon bimbit aku, tak kiralah SMS ke panggilan ke. rasa terhenti jantung dan macam "pissed off".

Rabu, Mac 24, 2010

salute brunei!!

Brunei lebih takut laknat Allah

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

syukur, ada yang tau berfikir. :)

tahniah

kerana aku berjaya membeli barang yang diperlukan saja di tesco tadi. yess!!!

Selasa, Mac 23, 2010

pengumuman lagi satu

nampaknya blog ni akan dikekalkan. sayang pula.

dan di sini ialah blog baru saya. tempat gedik-gedik, namanya this and that
jangan lupa singgah ye!

Isnin, Mac 22, 2010

niat tak betul

tadi teman mak pergi jusco, nak beli kasut katanya. aku pula berjanji dengan dompet tak nak keluar duit walau sesen pun (kalau boleh).

lepas tu teringat nak beli pencuci kereta, konon-konon nak cuci sendiri kereta, tak payah hantar kedai lagi. sebelum tu belek-belek pewangi untuk kipas dan kereta (gel yang sebenarnya untuk bilik). akhirnya letak balik pencuci kereta dan ambil pewangi-pewangi tu.

lepas tu terjumpa beg pensel berbentuk tiub ubat gigi, wasabi dan super glue. beli la pula. aku beli yang tiub ubat gigi. gedik betul. :)

pengumuman

kepada sekalian pengikut.

blog saya akan bertukar konsep sepenuhnya dalam sehari dua lagi (ikut mood la..kalo terajin, malam ni dah bertukar). ini bermakna tiada lagi cerita sia2 yang akan dipamerkan, yang lama-lama dulu tuh akan dibuang, ada yang dikekalkan. blog baru ini akan lebih kepada art & design (dalam semua bentuk) dan akan ada sikit-sikit saja perkara-perkara merepek.

mungkin juga blog ini akan lenyap langsung. itu masih dalam pertimbangan.

notakakiayam: saya sedang menyiapkan material-material baru untuk blog baru saya.

Jumaat, Mac 12, 2010

My Yiddishe Mama

lagu klasik, atau lebih kurang lagu rakyat Israel. ya, aku tau ini adalah lagu orang yahudi (macamlah tak ada artis-artis terkenal dunia yang kita puja-puja berbangsa yahudi, jadi jangan cakap banyak). lagu asal aku tak pasti siapa yang mula-mula nyanyi tapi rasanya yosef rosenblatt. tapi yang itu bahasa hebrew, aku pun tak faham sepatah haram. jadi lebih baik dengar bahasa yang kita faham. versi ni dinyanyikan oleh leo fuld. lagu ini berkisarkan tentang ibu. memang menyentuh gila dengar lirik dia. yahudi tak yahudi, yang penting lagu ni memang untuk menghargai seorang ibu.



notakakiayam: nama-nama yang aku sebut tadi tu pandai-pandailah korang google kan. malas aku nak tarok link.

Jumaat, Mac 05, 2010

the drowning human and the rescuer

a human is drowning. he cries frantically for help. somebody comes to rescue him. but he is reluctant to be saved. he's in the middle. his precious possessions are floating on the water. but his chance of living is on the land. the rescuer still tries to reach his hand, he wants the drowning human to survive. "take my hand!!" cries the rescuer. but the drowning human is so afraid that his precious possessions will be carried away by the waves, forgetting the fact that he can make new more precious possessions on the land. "take my hand!!!" the rescuer cries again, louder. the drowning human turns his head towards his floating possessions, reluctant to leave them there. he turns to the rescuer, the rescuer shakes his hand, asking the drowning human to grab it. " i want to live...." the drowning human says, helplessly. "that's why i'm here!! take my hand!! i won't let go!!" the rescuer replies. "but my possessions....my precious possessions.." the drowning human moans. "forget about them!! don't let them get in your way!! come on! take my hand!!" the rescuer keeps trying to save the drowning human. "your chance of living is only on the land!! think about it!!" the rescuer persuades the drowning human. deep in his heart, he knows that only the drowning human can help himself, all depends on his decision. all the rescuer can do now is to put all his effort to save the drowning man, and pray.

Rabu, Mac 03, 2010

dia mungkin sedang lapar....

tatkala berjalan dari meja ke meja untuk meminta sedikit wang ehsan dari pelanggan-pelanggan sombong yang asyik melayan tekak haloba masing-masing.

aku ketika itu sedang duduk termenung menantikan menu pesanan aku tiba. tiba-tiba seorang lelaki cina yang tua, berpakaian ala apek zaman perang dulu, datang ke meja dan menghulurkan cawan plastik berisi tiga keping wang syiling, aku kira dalam 25 sen, dan sekeping duit kertas seringgit dalam genggaman. wajahnya tua, tapi masih menguntum senyum tatkala memohon belas ehsan agar dihulurkan sekeping dua rezeki untuknya hari itu. tidak memaksa-maksa seperti segolongan peminta sedekah lain. aku menolak sambil senyum, tapi dalam masa sama seperti ingin memberi, tapi kerana tiada wang kecil, aku terpaksa batalkan niat. dan dia berlalu dengan senyuman, seperti mengucap terima kasih, walaupun tiada hasil yang diperoleh dari aku.

dia ke meja yang diduduki tiga perempuan yang sedang asyik melahap makanan tengahari masing-masing. mereka terkejut, dan seakan takut melihat kehadiran lelaki cina tua itu. kenapa takut? dia bukan orang gila yang datang mengancam keselamatan kalian, dia cuma mengharapkan rezeki agar dapat mengalas perutnya hari itu. kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari kumpulan perempuan itu, lelaki cina tua itu terus bergegas keluar dari kedai. dan ketika itu aku teringat aku mempunyai wang sepuluh ringgit, itupun dikira duit kecil. ah, kenapa aku sangat mementingkan diri sendiri? sekurang-kurangnya, aku masih punya makanan di rumah, kalau aku tak mampu membeli makanan tengahari di waktu pejabat.

menu pesanan sampai, dan aku makan dengan penuh rasa berdosa. kesal dihati teramat sangat, kerana mengabaikan seseorang yang sangat memerlukan.

keluar dari restoran itu, aku cuba melihat-lihat kiranya ada kelibat si lelaki cina tua itu di mana-mana. tiada kelibatnya. mungkin sudah jauh berjalan, mencari rezeki di tempat lain. harap-harap ada rezeki dia hari ini.

Isnin, Mac 01, 2010

aha!!

dah bulan mac!!

bermula bulan ini, bermulalah juga harapan-harapan tinggi untuk memulakan hidup baru. segala usaha yang mendorong ke arah hidup baru itu diharap dapat ditunaikan.

setakat ini, cuma penampilan saja yang dah dilaksanakan. karier baru? aku cuma mampu bertawakal. harap-harap ditunaikan.

amin.