Selasa, September 29, 2009

sah

pagi tadi aku ke klinik pakar sukan untuk sakit belakang dan segala sendi berkaitan di subang jaya. semua gara-gara tulang belakang aku dah makin sakit. bongkok sakit, duduk pun sakit. cuma berbaring sajalah yang boleh. ceh ceh cehhhh....oh, rupanya perlu buat appointment. alang-alang, buat la appointment sekali. jam 10 pagi. lagi setengah jam saja. sambil itu berdoa-doa semoga duit cukup untuk bayar segala caj nanti.

setengah jam berlalu, nama aku pun dipanggil. aku gementar hingga mula terasa emosi-emosi. doktor pun mulakan interview bla bla bla dan aku pun bercerita punca bla bla bla... kemudian dia test, suruh bongkok semua arah, angkat kaki. kemudian baring pula atas katil bangku tu. dia angkat kaki, tanya sakit tak. memang lah tak sakit, kalau aku sendiri angkat sakit lah. lepas tu doktor ambil tukul besi. aku dah cuak-cuak ngilu. dia ketuk lutut, dua-dua belah, ada tindakbalas, bagus. oh rupanya dekat area buku lali pun boleh tengok refleks juga. doktor ketuk-ketuk buku lali kanan. tiada tindak balas, kaki kiri ada. dia cuba lagi, tetap tiada. takkan aku hendak buat-buat ada refleks. nampak sangat. kemudian dia lurutkan batang tukul tu pada tapak kaki, oh, rupanya tapak kaki kiri aku lebih sensitif berbanding kaki kanan. kemudian meniarap, dia bengkokkan sedikit katil tu. itu jam aku punye pinggang dah sakit. dia tekan-tekan, wah! sakit benar. sudahnya kena x-ray. "flip! flip!" dengar bunyi duit mengepak sayap pergi meninggalkan dompet.

di bilik x-ray itu agak memalukan, tapi demi nak tahu masalah, aku rela. mak rela, nyah! bayangkanlah, pakai tudung dengan baju tapi tak pakai seluar. tapi pakai baju biru tu. selesai, doktor pun tunjukkan imej itu. okay, so far tulang belakang aku masih lurus, tidak berbengkok-bengkok. tapi, bila tunjuk side-view, baik, ada satu ruang antara tulang belakang dengan rawan tu dah jadi sempit. sah, slipped disc. aku mula merasakan masa depan yang agak gelap, ditambah dengan keadaan bilik yang gelap pasal nak tengok gambar x-ray tu.

sesi konsultansi. doktor jelaskan itu ini begitu begini. aku dah tak boleh berbadminton, bertennis, berbola. cuma boleh lari-lari anak saja. lari-lari stail cerita hindustan pun tak boleh, bahaya, sebab melibatkan guling-guling di tanah, nanti lagi teruk tulang belakang aku.

"kalau aku minum susu anlene banyak-banyak, boleh baik tak?" aku cuba menyedapkan hati walaupun doktor dengan jelas dan terang dah bagitahu, memang tak ada harapan lagi untuk pulih. sekali disc tu terkompres, tak adanya dia nak kembung balik. kalau buat fisio pun boleh la juga, tapi lambat. lambat gila. setahun baru dapat repair sikit saja. huh, lima tahun aku kena elak dari berkahwin. gila lah!

6 ulasan:

  1. nak kena bayangkan tak pakai seluar ke?malu le aku nak bayangkan.

    BalasPadam
  2. oh, tak perlu..tak perlu.....jgn bersusah2...

    BalasPadam
  3. salam lama tak jenguk. 5 tahun tak boleh kahwin. Jangan percaya sangat kat doktor tuuuu... kalau kahwin cepat lagi cepat penyakit tu sembuh.Esok pergi kursus nikah .....

    BalasPadam
  4. hahaha!! pakcik..itu sendri punye advise la....hahahha!! dokter tak ckp pape pon....kursus kawen? dah lama dah pegi..dh dpt sijil pon... :)

    BalasPadam
  5. sijil saja dah ada tapi tak kawin-kawin tak ada maknanya....

    BalasPadam