Khamis, September 10, 2009

tidur

sejak tulang belakang aku cedera, dan sejak masuk bulan puasa, tidur aku tiba-tiba nyenyak semacam. tilam aku tak pernah rasa seselesa itu sebelum kecederaan, apatah lagi bantal kabu yang keras macam apa entah yang aku beli di jusco dulu. selesa semacam. bila puasa lagilah.

sekarang bila pulang dari pejabat, dekat-dekat waktu berbuka itu mesti aku tertidur. jenis yang saja-saja tutup mata pun boleh lena tanpa perlu bergolek-golek.

dan dah beberapa kali juga aku terlewat buka puasa, tidur punya pasal. kena kejut, macam bangun sahur pula.

3 ulasan: