Selasa, September 08, 2009

sengsara dan kejutan

jam 5 petang. aku bersiap-siap untuk pulang. erk! tiba-tiba isi perut memberontak mau keluar. jenis yang tiada tolak ansur punya. aku bergegas ke tandas tanpa sempat menukar selipar. arghh!! kena cirit birit pula! apa kes puasa-puasa pun kena cirit birit?

selesai, aku bergegas pulang. cuba berjalan dengan lenggok normal ke bus stand dengan kasut tumit tinggi. tak tinggi sangat, ada dalam 2.5 inci saja. pinggang rasa lenguh-lenguh, akibat pemulasan perut secara mengejut tadi. hampir sampai ke bus stand, ah! terlepas bas pula. lalu aku duduk berehat sambil menunggu bas seterusnya, mujur tak lama sangat perlu bersidai di situ.

jam 6.45 petang, baru aku sampai di stesen komuter. wah, lagi 3 minit tren sampai! aku bergegas beli tiket, perut dah mula sakit-sakit kembali. tak apa, sebentar lagi tren sampai. aku memujuk hati dan perut aku sekali. bagus, harapan palsu. jadual pada stesen menunjukkan tren akan sampai jam 7.07 minit. perut aku mula memberontak. bulu roma meremang kuat, boleh nampak dengan jelas pada lengan aku. aku sabarkan perut. padahal dah rasa mau pengsan. aku hampir masuk semula ke dalam stesen untuk ke tandas, bila aku terlihat kelibat tren menuju ke stesen.

dalam tren. aku memegang erat tiang berpaut. mungkin orang menyangka aku terseksa akibat kasut tumit tinggi itu. tidak, aku sedang berperang dengan kesakitan perut. aku cuba alihkan perhatian pada lagu-lagu dalam pemain mp3 aku. seksa. aku berdoa dalam hati supaya aku selamat sampai ke rumah tanpa sebarang aib.

akhirnya sampai ke stesen tujuan. aku menyuruh abah memandu selaju mungkin. aku membuka stokin siap-siap dalam kereta. sakit semakin memuncak. sampai rumah, aku terus keluar dari kereta dengan berkaki ayam, tanpa sempat berbuka puasa, aku terus ke tandas. syukur, semuanya selamat.

kemudian aku terus ke dapur. entahlah. mungkin adalah balasan atas ketabahan aku menahan sakit sepanjang perjalanan dari pejabat ke rumah.



mak bikin nasi ayam untuk berbuka. aku bedal 4 ketul ayam tanpa sedar. salad banyak-banyak. tembikai lagi. air sirap lagi. nikmat. kemudian abah buka peti sejuk. aku tertoleh ke isi peti secara tindakan refleks. lagi kejutan. ada satu loyang, ada benda warna kuning dan ada warna coklat di tengah-tengah. aku kenal sangat objek itu. puding karamel pula!! seakan lupa pada perut yang masih belum pulih, aku melenjan puding yang belum sempat sejuk sepenuhnya itu

FUUHHH!!!!!!

4 ulasan:

  1. Hari ni Mesti tercirit lagi...
    jangan lupa PIL CHI KIT TECK AUN len kali...

    BalasPadam
  2. ada sipi2 efek cirit birit meski tidak serius. lalu memakse aku untuk mc ari ni...

    BalasPadam
  3. saya bkn pemakai tegar. thanks by the way.

    BalasPadam