Isnin, September 14, 2009

kuih raya

lagi seminggu saja mau raya. kuih raya buatan sendiri sebalang pun tak nampak. yang along sedekah, sekotak kristal itu dah selesai jadi dessert sahur dan berbuka. tinggal lagi dua bekas yang nampak gaya macam tak sedap saja.

tadi baru kecoh-kecoh beli bahan. cilakak, boleh tahan berdentum juga belanja. padahal mungkin untuk dua tiga jenis kuih saja. ciss. tengah-tengah membeli itu, tiba-tiba saja ada rasa malas mau bikin kuih. ah, kerja aku banyak mau setel. jumaat ini deadline. adakah aku perlu berjaga selama seminggu ini?

apa-apapun, mau shopping, mental dan fizikal perlu kuat. kalau shopping dengan badan letih (tak tidur malam pasal bikin kerja) dan mental tak fokus, aktiviti shopping boleh menjadi pencetus ketidakstabilan emosi, apatah lagi bila melihat jumlah perlu dibayar pada mesin kira itu.

notakakiayam: baju raya aku pun masih dalam bentuk kain ela lagi. belum berubah jadi baju. mana transformer ni hari tu kata nak tolong. penipu.

2 ulasan:

  1. nanti gua sms kat Optimun Prime p ukur n jahit baju lu... dia sibuk wat kuih tu..

    BalasPadam
  2. ha..tu pun satu..ari tu dia kate nak tolong buat almond london...cissss...

    BalasPadam