pagi tadi aku bersemangat (buat-buat) ke pejabat. dengan tidak bersarapan, takut terlewat (konon-konon). memandu dengan mata hampir lelap, tapi sengaja buat-buat segar. panas betul pagi tadi. seiring dengan mata yang pedih-pedih, kepala juga rasa melayang. simptom biasa tidur tak puas. rasa macam mau singgah kedai minyak beli bijirin sarapan, tapi fikir-fikir, baik simpan duit itu untuk makan tengahari.
sampai pejabat, aku melangkah laju dengan selitan huyung hayang akibat kepala tidak stabil. memang satu keindahan luar biasa kalau pagi isnin aku masih terbaring di katil melayan mimpi-mimpi tak berapa indah. punyalah panas pagi tadi, masuk saja ke pejabat, aku terus menghidupkan pendingin hawa. langsung tak rasa. hidupkan lagi satu. tenang sedikit liang-liang peluh aku. kalau tidak, peluh keluar bagai diperah-perah. bertakung-takung pada bingkai cermin mata. ish, kenapa ym aku tidak terlog masuk ni? buka pula mozilla, langsung tak dapat apa-apa. rupanya modem rosak. aku mengalah, lalu melelapkan mata sebentar. tak berapa sebentarlah, boleh tahan lama juga. masa tidur mana boleh tengok jam. 10 minit kot (bangun lelap, bangun lelap). ah, tak boleh jadi. mengantuk jenis ini boleh menyebabkan aku tergolek dari kerusi, dan mungkin akan mengakibatkan kecederaan. lalu aku membancuh nescafe segera.
dalam jam 12 tengahari, bos menelefon. dia datang dengan klien katanya.
setengah jam selepas itu, separuh hari aku di pejabat habis melayan kehendak klien. lupa sebentar pada kekosongan hidup pada hari isnin ini. hari isnin, diparahkan lagi dengan ketiadaan line internet. ah, entah apa nasib aku hari ini.
isnin + tak ada internet + klien datang = T_T
nasib baik bos belanja mi goreng mamak dengan air 100 plus. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan