Isnin, Jun 22, 2009

berani hidup 2

sana sini kompelin. kenapa begitu? kenapa begini? lepas itu merungut. dan terus merungut.

hakikatnya, kita takut.

takut memanjat ke tempat tinggi, kerana bimbang terjatuh. bimbang tergelincir di tengah pendakian. bila dah sampai atas, gayat pula. "ah, alangkah bagusnya kalau aku tak gatal-gatal memanjat ke tempat tinggi ini," hati berkata kesal.

tapi bila kekal berada di bawah, hati mencanak-canak mau tau apa yang ada di atas. "what's up??" kata mat saleh. dan kemudian bising-bising kenapa kita tak dapat lihat apa yang di atas. tapi takut memanjat. sudahlah bila duduk di bawah, dipijak-pijak oleh orang-orang yang memanjat ke atas. kenapa kita tak mau memanjat sekali, kalau tak mau terus-terusan menjadi tempat memijak?

pilihan-pilihan begini memang susah. di atas, atau di bawah? tapi tidak di tengah-tengah. dan kita semua tau, yang di atas itu lebih baik dari yang di bawah. syaratnya, jangan sampai terlupa untuk terus menyuburkan akar yang menyokong. akibatnya nanti akar akan rosak, reput dan rapuh. dan yang di atas nanti akan turut musnah, sedikit demi sedikit. lantas akhirnya ditebang, dan jadilah tunggul tidak berguna.

kerana itu, jangan diteka-teka sangat bagaimana keadaan di atas, baikkah, burukkah kalau kita masih takut untuk memanjat. pendakian itu yang patut dirisaukan. betul cara mendaki, dapatlah menikmati keindahan yang di atas. silap cara mendaki, bimbang tersasar laluan, atau tergelincir jatuh lalu berada di bawah semula. pendakian memang sukar. cuma yang berani, percaya dan yakin saja akan sampai ke atas.

amacam, berani memanjat?

4 ulasan:

  1. adakah ini ada kena mengena dgn memanjat tiang licin?

    BalasPadam
  2. itu kategori menyusahkan diri. tapi boleh juga...

    BalasPadam
  3. pakai helikopter buleh?



    laju sket.

    BalasPadam
  4. boleh. tapi mungkin lps tu mcm tak hargai sbb tak rasa penat lelahnya pendakian tu.

    BalasPadam