Isnin, Jun 22, 2009

kucar kacir

beberapa bulan lalu, elok-elok saja selera makan aku terkawal. oklah, melainkan kalau nampak ayam goreng, aiskrim atau puding kat rumah. tapi selebihnya dibawah kawalan. kira kalau sehari itu cuma makan biskut cicah nescafe, kemudian malam makan roti pun dah cukup kenyang gila bagi aku.

tapi sejak kes kena hempuk besi tempohari, tiba-tiba saja aku asyik rasa mau makan. jenis tak mainlah kunyah gegula getah. mau kunyah, mesti mau telan. sekarang siang malam aku makan. jenis menyumbat sampai kenyang, sampai menyesal makan banyak-banyak. macam dah tak peduli dah kalori, gula, lemak dan sebagainya. makan bagai tiada hari esok. seiring itu, aku cepat berasa meluat kalau orang banyak hal dengan aku. keretapi lambat pun aku dah mula rasa marah sampai nak menangis. orang usik sikit aku dah mula nak sentap. orang lembab atas lebuhraya pun aku dah memaki hamun sampai rasa mau nangis. dah gila ke apa aku ni. sehingga kadang-kadang aku benci dengan semua yang ada disekeliling.

mungkin aku mengada-ngada maukan perhatian. atau aku sudah sepatutnya bertukar angin. sebab kena hempuk besi konon. mengada-ngada.

8 ulasan:

  1. atau mungkin sudah tiba masa untuk hidup berdua dan berumahtangga...
    ^_^

    BalasPadam
  2. Sepertinya simpton2 ko perlukan "teman"...

    BalasPadam
  3. cis! langsung takde kene mengene....

    BalasPadam
  4. ni bukan kes terhempuk besi. Kalau benar terhempuk besi aku rasa satu wayar dah tercabut atau terputus. Maka sebab tulah kau jadi macam-macam....dan bila kau makan ayam nanti kau kuncah sekali dengan tulang-tulangnya.Barulah kau jadi orang besi.

    BalasPadam
  5. bila masa ko kena hempuk ngan besi..aku x tau pon crite nyer? atau aku tertinggal nk baca...

    hehee kta kan biasa merepek meraban.

    BalasPadam
  6. bace "perut lapar, lagi ditimpa malang"..

    BalasPadam
  7. aku rasa ada serpihan besi tersepit d antara sel2 otak ko lalu menyebabkan proses 'silaturrahim' antara sel2 tersebut terhalang dan akhirnya menyebabkan tindakan ko d luar batas kehidupan manusia normal..
    jadi jgn lupa beli Sustagen perasa vanilla ek..

    BalasPadam
  8. mungkin juga.

    adakah sustagen berperisa vanilla itu berkesan utk memulihkan sel otak aku?

    BalasPadam