Jumaat, Jun 19, 2009

khosirin bahagian 1

khosirin bangun awal hari ini. hari ini dia akan ke rumah kekasihnya. kata kekasihnya, rumah tempat tinggal dia itu best. tenang. mau apa, sebut saja. pasti dipenuhi. "woh, mewah benar! betulkah?" khosirin bertanya. "mestilah! tak ada tempat lain semacam ini di dunia!" kekasihnya membalas. maklumlah, orang kaya. segalanya dapat disediakan dengan tak payah fikir masak-masak. cuma akan diberi pada orang-orang yang benar-benar memenuhi keinginannya. khosirin tersenyum lebar. sangkanya, pastilah dia orang yang boleh memenuhi keinginan kekasihnya itu.

khosirin
bersiap sambil mengingati janji-janjinya pada sang kekasih, dan juga janji-janji sang kekasih kepadanya. semakin lebar senyum khosirin. terasa seperti dia telah melengkapi kesemua keinginan kekasihnya itu.

khosirin seterusnya memandu ke rumah kekasihnya itu berpandukan buku panduan yang diberi oleh sang kekasihnya. "hebat tak hebat juga kekasih aku ni! boleh tahan bagi panduan ke rumah guna buku!" khosirin bersuara dalam hati. bangga pun ada juga. ya lah, dah tentu-tentulah sang kekasih itu bukan calang-calang. pemurah pula tu. tapi khosirin membaca sekadar selak-selak sahaja. mengambil poin-poin yang dirasa penting. "cukuplah ni, sampai juga akhirnya nanti," khosirin bersangka-sangka. lagipun banyak orang pernah beritahu dia, tak perlu ambil semua, ikut saja jalan yang mereka guna. lagi senang. dan atas keyakinan itu, khosirin pun tidak mempedulikan sangat buku panduan itu. lagipun dia bukan faham sangat.

dalam perjalanan menuju ke rumah sang kekasih,
khosirin melalui satu perkampungan. perkampungan itu sangat ajaib, penuh wanita cantik-cantik. khosirin terpesona. "woah! ini macam boleh pergi "syurga" ni!" khosirin mula teruja. dia berhenti di tepi jalan. seorang perempuan menyapa. lemak merdu suaranya. "abang mau ke mana ni, lawa-lawa begini?" khosirin mula kucar kacir. darah sudah naik ke kepala, kemudian bergemuruh di hati. lupa seketika pada tujuan asalnya. "abang mau ke rumah kekasih abang. villa dar el salami. jauh lagi ni," khosirin menerangkan sambil menahan gemuruh di dada. puh, punya lah cantik tahap bidadari perempuan itu, takkanlah mau pandang sekali lalu saja. tatap puas-puas selagi boleh. "oh, tak adalah jauh sangat bang. marilah singgah dulu. lagipun jarang ada orang luar lalu di kampung kami ni," si perempuan memujuk. "eh, tak apalah. abang pun dah lambat ni. janji jam 3 petang!" khosirin cuba menolak. "alah, abang ni. sekarang baru saja jam 12 tengahari. banyak masa lagi. marilah, abang mesti penat. nampak macam jauh saja perjalanan abang tadi," si perempuan terus-terusan memujuk. khosirin mula berbelah bagi. sang kekasih menunggu ketibaannya, tapi ini peluang datang sekali seumur hidup. "ah, tak mengapalah, ada lagi 3 jam, sempat ni," khosirin berbisik sendiri. "baiklah," khosirin bersetuju. si perempuan tersenyum girang. girang-girang gedik.

bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan