Sabtu, Jun 27, 2009

michael jackson

encik michael jackson

tipikal kan? semua orang bercakap tentang michael jackson, sekurang-kurangnya untuk seminggu dua ini, atau mungkin lebih.

tak, michael jackson tak duduk belakang rumah aku. dia juga bukan pakcik aku.

tapi aku membesar dengan lagu-lagu dia. kita semua membesar dengan lagu-lagu dia. tak kiralah, peminat beginner, intermediate atau advanced (ni stok kipas susah mati sampai semua nak tiru dia). walaupun album best-seller dia keluar masa aku baru lahir (atau mungkin sedang dalam proses pembikinan), dia tetap sedikit sebanyak membuat kehidupan sepanjang membesar sesuatu yang sangat memorable.

dari melihat dia berwarna gelap, sehinggalah ke warna terang. perubahan gaya dan muka dia sentiasa diikuti. ya lah, dah keluar suratkhabar, tv, kalau tak tau tu aku tak tau lah nak cakap. michael jackson, kehidupan dia agak kucar-kacir. mungkin lebih baik kalau dia langsung tak buat pembedahan kosmetik itu. tapi lagu-lagu balad dia semua menusuk hati. suara dia, gaya nyanyian dia. paling aku suka dengar, "one day in your life" yang aku pos pada entri sebelum ini. lagu itu memang tak pernah gagal buat aku menangis, juga "you are not alone".

kalau video klip pula, mau gempak-gempak saja. sampai aku teruja melakonkan watak dalam video klip dia, "thriller". ya, memang sengal waktu itu. aku berkolaborasi dengan kakak aku untuk lakonan semula itu. ketika itu aku masih bersekolah rendah. tak ingat umur berapa. tapi video klip dia memang tip top. ah, mungkin perkataan tip top tu tak sesuai.

membesar dengan lagu-lagu dia buat aku rasa macam aku dekat dengan dia. ya, memang dia tak kenal aku pun. tapi dia tak berhenti buat aku kagum dengan gerak tari, muzik dia. lagu dia pun bukan semualah aku suka pun. kadang-kadang aku gelakkan para india yang beria-ia meniru imej dia. tapi itu semua hak masing-masing. sebab michael jackson ini pengaruh dia sangat besar. ala-ala guna nama dia untuk buat pinjaman kewangan pun selamba saja boleh dapat.

dan mendengar berita kematian michael jackson pagi tadi (itupun secara tak sengaja) benar-benar buat aku terpana. ayat pertama yang keluar dari mulut aku ialah "heh??", punyalah aku tak percaya dia dah tak ada. tak lama lepas itu aku seperti terdiam. dan mata tiba-tiba bergenang air. seperti kenangan masa kecil aku hilang bersama. tiba-tiba aku tak dapat ingat perkara-perkara seronok yang aku lalui sepanjang aku membesar diiringi lagu-lagu dendangan dia. dan kata-kata "kalaulah..." menyerbu otak.

melihatkan kehidupan dia yang penuh masalah, adakala membuat aku kasihan pada dia. dengan kes mencabul kanak-kanak. kadang-kadang aku fikir orang sekadar mengambil kesempatan atas kekayaan dia.

dan dia merancang membuat "comeback" tak lama lagi. aku sedikit teruja untuk melihat dia bangkit, kembali ke tempat dia pernah berada dulu. dan dalam hati aku berharap dia berjaya lakukan.

tapi dia kembali kepada yang menciptakan dia, ketika persiapan "comeback"nya sedang rancak dijalankan. dia pun tentu tak sangka yang dia dipanggil pulang sebelum sempat dia menebus kembali zaman kegemilangan dia. tak ada siapa yang sangka. lagipula, dia datang ke dunia dengan rupa dan warna yang lain, tapi dia pulang dengan rupa dan warna yang sangat jauh lari dari yang dikurniakan pada dia. (aku cuba buat lawak ni, tapi....)

ah, air mata ini tak mau berhenti mengalir. "kamon, michael jackson bukan siapa-siapa pada kau." ya, aku tau. cuma perasaan dekat itu yang buat aku terasa sedih dengan kematian dia.

"one day in your life, you'll remember the love you found here. you'll remember me somehow, though you don't need me now, i will stay in your heart..."

ayat ini, malah seluruh lirik lagu ini memang memberi kesan pada aku sejak mula-mula aku dengar lagi, ketika aku masih di sekolah rendah. aku tak pernah jemu dengan lagu ini. lagu yang tak pernah gagal menitiskan air mata aku.

"One day in your life, when you find that you're always longing for the love we used to share,
just call my name, and I'll be there....."

tidak, dia tidak akan. sampai bila-bila.


notakakiayam: bodoh, beria-beria aku menangis malam ni.




10 ulasan:

  1. hahaha!!! aku berjiwa sensitip....biase le..terkejut....

    BalasPadam
  2. aku rasa org paling sedih skali mamat yg slalu masok audition af , malaysian idol , one in the million yang gaye ala2 micheal jakson tu..

    http://www.youtube.com/watch?v=YNatqCzF_Ns

    BalasPadam
  3. takyah org tu la..aku yg tak kene mengene ni pun sedih gile....

    BalasPadam
  4. Hahaha... apa la lu ni.. yg pergi ttp dah pergi... nangislah utk kita yg masih "belum" pergi ni...

    BalasPadam
  5. "dari melihat dia berwarna gelap, sehinggalah ke warna terang." - mmm...empatbelassatu

    BalasPadam
  6. mujur le M.J ni tak kapel ngan ko...
    kalau tidak.....
    bukan nangis dah may be meraung takpun suicide case [sila pilih pil tidur, overdose drugs, tembak kepala atau gantung kat kipas teknik famous para selebriti]

    BalasPadam
  7. isk, kalo kapel ngan dia...aku dah empatbelassatukan dia...hahahhaha!!!

    BalasPadam
  8. hahahahaha...!!!
    yeah betul.....
    warna dia pun dah menunjukan itu...
    dari gelap ke cerah....
    heheheheh

    BalasPadam