Isnin, Jun 01, 2009

nyawanya mustahil diselamatkan, lalu bunuh sajalah.

gambar dicilok dari sini

55 ekor ikan paus terdampar yang gagal dikembalikan ke laut lepas ditembak mati. 55 ekor. boleh tahan besar jumlah itu. iyalah, ikan paus sendiri pun besar-besar. keadaan ikan-ikan sangat letih lagi lesu akibat usaha membawa diri sendiri ke laut gagal. mungkin kerana kekurangan oksigen. sudah dibantu juga gagal. penamatnya, dibunuh 35 ekor. lagi 20 ekor mati sendiri.

kasihan, barangkali ikan-ikan paus itu sangat berharap untuk kembali ke laut. kembali bercanda bersama teman-teman, keluarga malah mungkin kekasih, atau juga anak-anak. tapi hairan, sudah dikembalikan ke laut lepas, ia naik semula ke pantai. apa maunya ikan-ikan ini? mau berhijrahkah? atau ada apa-apakah di dalam laut itu yang membuat ikan paus itu tidak ingin berada di dalamnya lagi? merajuk barangkali?

mungkin ia tidak mau meninggalkan saudara mara yang masih terdampar di pantai. tapi taukah kau wahai ikan, mereka sedang menunggu giliran? kalau kau bersabar sedikit, mungkin kau dapat bersama semula di laut lepas, mengulangi kenangan lama dan menciptakan yang baru.

atau mungkinkah sebenarnya ia hendak digantikan dengan spesis paus yang baru? yang lebih kuat, lebih bijak?

mungkin.

6 ulasan:

  1. Kenapa paus-paus ni degil sangat? Hantarkan saja ke Kamunting Kem duduk diam kat sana 2 tahun.

    BalasPadam
  2. waa..susahnya nk tgl pesan.. Karang gua guna burung merpati hntr msj kat kang..wakaka.. letak la chetbox kodi satu.. senang .. exchange link,.. TQ ..

    BalasPadam
  3. ..buat koleksi t shirt ikan paus..
    cari kat bundle je..

    BalasPadam
  4. ubaidah: ahaha!! muat ke nak masuk pagar kem tu? kesian, ikan tu tak bersalah..

    the 4: cbox ek...nnti aku cilok kt page sesape...hihihii!!

    abuyusof: baik beli dia punye soft toy..bleh pelok2 time tdo....

    BalasPadam
  5. mmmm..boleh jadi juga. kalau bikin paus bakar? woah!

    BalasPadam