sumber dari sini
bertahun yang lalu, saya dan michael berbual hati ke hati tentang kehidupan, secara umumnya.
saya tak dapat ingat dengan tepat perkara yang dibualkan tetapi dia ada bertanyakan saya tentang situasi kematian bapa saya.
merenung saya dengan mendalam dan menyatakan jangkaan dengan agak tenang, "aku takut aku akan berakhir seperti dia, dengan cara yang sama."
saya berkali-kali cuba membuat dia lupa pada fikiran itu, dimana dia mengangkat bahu dan mengangguk, seolah-olah memberitahu saya, dia tau apa yang dia tau, dan begitulah lebih kurang.
14 tahun kemudian, saya duduk di sini, menonton berita, sebuah ambulans meninggalkan perkarangan rumahnya, pagar besar itu, orang ramai yang berkumpul di luar pagar, liputan, kumpulan manusia di luar hospital, punca kematian dan apa yang mungkin menyebabkannya dan ingatan terhadap perbualan tadi menghentam saya, seperti juga airmata yang tak dapat dihentikan ini.
pengakhiran yang diramalkan sendiri oleh dia, oleh orang-orang tersayang dan oleh saya, tapi apa yang tidak saya ramalkan ialah betapa ia akan menyakitkan bila ia akhirnya terjadi.
orang yang gagal saya bantu sekarang sedang dipindahkan ke pejabat Koroner Daerah LA untuk bedah siasat.
semua rasa benci dan meluat yang saya bina sepanjang beberapa tahun yang lepas, hilang dan sekarang, saya sangat kecewa.
saya akan katakan sekarang, apa yang tidak pernah saya nyatakan sebelum ini, kerana untuk sekali ini, saya maukan kebenaran.
hubungan kami dahulu bukan satu lakonan kepura-puraan seperti yang dilaporkan dalam akhbar. ya, ia adalah hubungan luar biasa, dimana dua orang yang luar biasa yang tidak menjalani atau mengenali "kehidupan normal" menemukan satu hubungan, mungkin dengan keadaan dia sedang disyaki. bagaimanapun, saya percaya, dia mencintai saya sedalamnya, seperti juga jika dia mencintai sesiapa yang lain, dan saya juga sangat-sangat mencintai dia.
saya ingin menyelamatkan dia. saya ingin menyelamatkan dia dari perkara yang diramalkannya, seperti yang baru berlaku tadi.
keluarganya dan orang-orang yang disayanginya juga mau menyelamatkan dia dari tragedi ini, tetapi tidak tau bagaimana, dan tekad ini adalah sejak 14 tahun yang lalu. kami semua risau perkara begini akan terjadi.
pada masa itu, dalam usaha menyelamatkan dia, saya hampir jadi gila.
dia adalah sejenis kuasa dan tenaga yang luar biasa dinamik, yang tidak patut dipandang remeh.
kelemahan bukanlah satu konsep yang akan wujud dalam sebarang tindakan atau keberadaan michael jackson.
saya menjadi begitu tenat dan letih dari segi emosi dan kejiwaan dalam usaha saya menyelamatkan dia dari sikap memusnahkan diri sendiri dan dari penghisap darah, dia seperti magnet yang selalu menarik mereka mendekati dia.
saya hilang pertimbangan ketika mencuba.
saya ada anak-anak yang perlu dijaga, saya terpaksa membuat keputusan.
keputusan yang paling sukar saya buat, iaitu meninggalkan dia dan membiarkan takdirnya menjaga dia, walaupun saya begitu mencintai dia, dan cuba berhenti atau mengundur kembali.
selepas perceraian itu, saya menghabiskan beberapa tahun menggilai dia dan apa yang sepatutnya saya lakukan, dalam kekesalan.
kemudian saya habiskan beberapa tahun, dengan perasaan marah terhadap seluruh situasi itu.
dan pada titik tertentu, saya menjadi tidak peduli, hinggalah sekarang.
ketika saya duduk disini, dengan kesedihan yang teramat, bayangan dan kekeliruan pada kegagalan terbesar saya hari ini, menonton berita itu, seakan memainkan semula senario yang serupa yang saya saksikan, yang terjadi pada 16 ogos 1977, berlaku lagi sekarang, dengan michael (satu pemandangan yang saya tidak ingin saksikan lagi) benar-benar seperti yang dia jangkakan. saya benar-benar kecewa.
sebarang pengalaman atau kata-kata buruk yang pernah saya rasakan terhadap dia, mati dalam diri saya, pergi bersama-sama dia.
dia ialah seorang yang sangat mengagumkan, dan saya bertuah kerana berkesempatan berada sedekat-dekatnya dengan dia, dan berkesempatan memiliki pengalaman-pengalaman dan tahun-tahun ketika masih bersama.
saya benar-benar berharap, dia dapat lepas dari kesakitan, tekanan dan kekeliruan yang dia alami.
dia berhak untuk bebas dari semua itu, dan saya berharap dia berada ditempat yang lebih baik sekarang, atau akan berada ditempat itu.
saya juga berharap bahawa sesiapa saja yang merasa mereka telah gagal untuk membantu dia, merasa lepas bebas dari perasaan kesal, kerana dia juga telah bebas, mudah-mudahan.
dunia sedang dalam kejutan, tapi bagaimanapun, dia tahu bagaimana takdirnya satu hari nanti, lebih dari orang lain, dan dia benar.
saya benar-benar perlu menyatakan semua ini sekarang, terima kasih kerana mendengar.
~lisa marie presley.
notakakiayam: hasil terjemahan yang jujur. maaf kalau ada terjemahan yang tidak tepat.
Baju baru nampak! Yg lama dah dibasuh baju tu? Baju baru kau ni menyakitkan mata org tua macam pakcik ni.
BalasPadamrilek la pakcik...hihihihi!!
BalasPadampergh..siap translatekan..heheeeeeee
BalasPadamko tau tak Vincent Van Gough sanggup potong telinga dia sendiri sebab nak lukis telinga dia. Van Gough ni tak boleh melukis dengan imagin je.. dia kene tgk apa yang dia nak tulis..
BalasPadamneo: hahahha!!! biase la..testing....maklumle...gile terkesan beb...sanggup aku...
BalasPadamxpuasati: ape ko maksudkan aku translet tak tgk ke ape? aku dah tak faham ni..kalo translet ni mmg aku tgk original dia....
Dah 3 post lu pasal MJ je..
BalasPadamheheheheee....biase le..kalo dah membesar dgn lagu dia...
BalasPadamsebenarnye.. aku tak tau komen apa dah.. saje je aku bubuh fakta dalam komen ko ni..
BalasPadamkat tempat keje aku banyak tul MJ.. ada 3 orang MJ(Minah Janda)
ni kalau M.j tahu nie....
BalasPadamko minat gila kat dia....
hurrmm...
maybe ko diinvite ke neverland....
itu pun jika dia tau.....
xpuasati: ceh!!!
BalasPadamnerv: kalo dia tau la...pastu lps tu mesti aku dipanggil jadi saksi kes dia tuh..hohohooo!!!!