Sabtu, Jun 20, 2009

khosirin bahagian 3

khosirin sedang membuka pintu kereta apabila mendengar namanya dipanggil, lagi sekali. khosirin berbulu telinga. tidak, bukan disebabkan bulu dada yang lupa diwaxing itu. khosirin menoleh dan bersiap sedia untuk menengking, bila dilihatnya yang dipanggil itu adalah wakil rakyat tadi. terus tak jadi, malah wajah bertukar menjadi semanis-manis wajah di dunia. perempuan gedik itu pun kalah. khosirin cepat-cepat bersalam cium tangan dengan wakil rakyat itu. wakil rakyat itu tersengih-sengih.

"ada apa tan sri?" tanya khosirin mesra yang dibuat-buat. tan sri tersenyum-senyum. "ini....saya nak ucap terima kasih lah bantu saya tadi. kalau awak tak ada tadi, sampai sudahlah mereka tak percaya pada saya," tan sri menjelaskan maksud. "eh, tak ada hal lah tan sri. lagipun tan sri dah beri habuan tadi pada saya. itu pun dah best sangat dah!" khosirin cuba merendah diri. sedang hatinya mula dikuasai perasaan syok. ini macam ada harapan mau dapat gelaran pula ni. "begini khosirin. sebenarnya ada satu kawasan di hujung bandar ni, tiada pemimpin. kawasan itu bagus. kalau dimajukan, memang lumayanlah!" tan sri beria-ia. khosirin merenung mata tan sri. matanya bercahaya. mata khosirin, bukan mata tan sri. nampaknya angan-angannya macam ada peluang jadi kenyataan. terbayang lagi dimatanya, kedudukan, harta, dan si perempuan cantik tadi. eh, sang kekasih. dalam berangan pun boleh tersasul. tapi apa ada hal? apa barang ada harta banyak-banyak tapi tak boleh menyara seorang perempuan lagi? alah, kira sedekah amal jariah lah tu. sekurang-kurangnya membantu kehidupan perempuan lain. "nabi juga begitu," dia berkira-kira lagi dalam hati. ah! tentulah sang kekasih bertambah sayang padanya. ya lah, kekasih mana tidak gembira mendapat pasangan yang stabil serba serbi. ish, lebih dari stabil! "jadi saya ingat mau lantik awak jadi pemimpin di situ. awak ada potensi!" tawaran tan sri mematikan lamunan khosirin.

khosirin terpana. wah wah wah!! bukan calang-calang tawaran ni! isk, dalam masa hampir 3 jam menuju ke rumah sang kekasih, macam-macam pula ganjaran dia dapat! serasa sang kekasih telah memberi tuah padanya. atau mungkin juga si perempuan itu punca tuahnya. "biar betul ni tan sri? saya..saya..." khosirin tak dapat meneruskan kata-kata. syok sangat. "betul khosirin. mari, kita ke pejabat saya. tandatangan itu dan ini," tan sri meyakinkan. khosirin bagai dipukau terus membuntuti tan sri. tangan si perempuan tidak dilepaskan. tak, sebenarnya perempuan itu yang sibuk memegang tangan khosirin. sebab itulah khosirin tidak dapat melepaskan tangan perempuan itu. lupa langsung dia pada masa yang berjalan laju. dan juga kepada tujuan asal menuju ke villa sang kekasih.

selesai menandatangani itu dan ini, angkat sumpah bagai (mudah gila proses, maklumlah, dalam cerita), khosirin dibawa ke tempat yang bakal dijaganya. hatinya berbunga-bunga berpokok-pokok siap ada sinar mentari yang menceriakan. senyum tidak lekang dibibir. tak terasa langsung kelenguhan pada pipi. tak tersedar masa cuma tinggal lagi 30 minit sebelum waktu temujanji dengan sang kekasih. dan tak terperasan pengintip-pengintip kekasih telah melaporkan pergerakannya pada sang kekasih. dan ruslan muncul lagi. "la, kat sini lagi. apa kejadah tak pergi-pergi lagi ni?" ruslan membebel. "heh! aku dapat pangkat ni beb! entah apa kes! biasalah, orang kacak, berharta lagi. kau tak perlu kata apa-apa. semua ini untuk kekasih aku juga!" khosirin berkata, bangga. ruslan menggeleng kepala. "kan ke elok kalau kau gunakan harta yang kau dapat ini buat belanja ke rumah kekasih kau? kau taukan jalan ke sana itu susah? nak kena upah tukang bawa kenderaan. kenderaan kau ini bukan boleh lalu jalan itu. kau sendiri pun kena bersusah nanti. ini kau nak bawa harta banyak-banyak ni, perempuan ini lagi kau seret merata-rata. bukankah kekasih kau juga berpesan membawa bekal yang baik-baik ke rumahnya nanti, sebagai bukti cinta kau pada dia?" panjang gila ruslan membebel kali ini.
khosirin menggeleng kepala. "ruslan, aku tau apa aku buat ni. aku kejarkan benda-benda ini semua pun untuk kekasih aku juga. err..kecuali perempuan ini," disitu, khosirin bersuara perlahan. "yang kau pula berlebih-lebih ni kenapa? kau ada hati dengan kekasih aku ke?" khosirin menyerkap jarang. "tidaklah!" ruslan membela diri. "aku sekadar mengingatkan kau. orang-orang di sana pernah menyampaikan pada aku, kekasih kau itu cuma mahu kau mengingati dia saja. bukan harta dan pangkat yang dia inginkan dari kau. bukankah dia cukup kaya untuk menampung kehidupan kau nanti?" sambung ruslan, panjang lebar juga. "dan kalau ya pun kau mau membelanjakan harta, belanjalah untuk menyampaikan pesannya kepada orang-orang yang dinaunginya, dia akan gantikan balik wang kau. dan dia juga berpesan, dia akan menguji ketahanan bakal pasangannya, sebab dia takkan biarkan seseorang itu mengatakan cinta kalau dia tak diuji dulu, sedalam mana cinta terhadap kekasih kau itu," sambung ruslan lagi. masih mode panjang lebar. khosirin mula letih. "mana-mana saja kau tau semua ni. eh, itu kekasih akulah. aku lebih kenal dia!" khosirin menyanggah.

bersambung lagi. kesian kau orang kena baca panjang-panjang.

1 ulasan:

  1. hurrrmmm....
    sungguh²...sgt menarik...keenakannya seperti buah durian yang perlu dikupas....^_^

    BalasPadam