Rabu, Jun 24, 2009

sayang anak, tangan-tangankan. sayang harta?

suami. kerana sayangkan isteri, dan sebagai menghargai pengorbanan isteri melahirkan anak-anak yang comel-comel dan pandai-pandai, lantas menghadiahi si isteri dengan sepasang kasut sukan mahal buat si isteri. kemasan suede di bahagian depan. memang cantik. isteri mana tidak teruja dengan pemberian begitu. harap-harap aku juga mendapat suami yang suka menghadiahi isteri dengan hadiah-hadiah yang mendatangkan teruja.

isteri. menerima hadiah si suami dengan perasaan gembira dan terharu. kalau mau dibeli sendiri, lebih baik wang digunakan untuk perbelanjaan rumahtangga dan anak-anak. dan kerana cantik sangatnya kasut sukan itu, si isteri memutuskan untuk melenjan kasut sukan tak berapa mahal si adik, kerana sayang memakai kasut pemberian si suami untuk latihan kecergasan yang disusuli dengan aktiviti jungle trekking. nanti rosak pula.

"long, apa kata kau bagi saja kasut adidas pemberian suami tu pada aku? kau ambillah kasut new balance ndurance 720 aku tu buat ganti." kata aku dalam nada bengang dalam hati, kerana sering menjadi mangsa kakak-kakak yang sayang mengorbankan pemberian suami.

T_T

7 ulasan:

  1. kalau kau bersuami pun nanti jadi macam kakak-kakak kau juga.Percayalah.....

    BalasPadam
  2. tidak. sbb saya dh melihat perbuatan org terdahulu. dah tentulah saya akan ambil pelajaran. takkan la nak ulang silap org2 terdahulu. nnti dibinasakan pula.

    BalasPadam
  3. PenagihAyamGoreng...

    baik sungguh hati mu..

    bila la nak dpt kasut dr suami ku..nanti nak tgk syg ke tak..

    BalasPadam
  4. sayang yang paling dalam ni.hehe.

    BalasPadam
  5. sayang harta buat pusaka.. amcm..

    BalasPadam
  6. eicah: baik, baik juga. tapi kalau dah ini macam, sape tak melenting. aku kalo dpt la adiah cmtu dari hasben (tataula bile kan) of kos aku pakai dan eksen2 didpn kawan2.

    nizamsani: memang dalam. tak terduga dalamnya.

    BalasPadam
  7. the 4: buat pusaka tu buat juga. tapi perlu ke membelasah harta orang lain?

    hish, sabar..sabar. ikhlaskan hati. nanti pinjam kasut dia pula untuk melaram.

    "baik~~!"

    BalasPadam