Selasa, Jun 30, 2009

sengal siri 3

malam tadi aku "on" notebook. cucuk-cucuk semua kabel yang ada. baik, notebook dah "on" sepenuhnya. lalu aku seperti biasa mencapai mouse dan menggagau mana-mana ikon yang perlu untuk aktiviti maya aku.

tapi, "mouse cursor" itu tak mau bergerak. aneh. adakah sebab ia barang percuma lalu perangainya macam sampah saja?

sudahnya, aku guna saja "touch pad" pada notebook itu. aku tak minat sangat meraba-raba "touch pad" itu. bersepah-sepah perginya. tapi, tak apa. buat masa ni, sementara aku beli "mouse" baru, guna sajalah "touch pad" itu.

tapi aku tak puas hati. aku tukar-tukar port usb. masih tak menyala. kemudian aku tarik kabel "mouse" itu, untuk dicucukkan pada port usb yang terdapat di sebelah kiri notebook.

"eh, kenapa teruk bergumpal kabel ni? eh? mana "mouse"?"

rupanya dari mula-mula aku "on" notebook tu, aku cucukkan kabel kamera dalam port usb. patutlah mouse aku tak berfungsi walaupun puas aku cuba cucuk kat semua port usb yang ada.

notakakiayam: lain kali kalau dah masa untuk tidur tu, tidur sajalah. tak payah gatal-gatal online. lagi satu, jangan biar banyak kabel bersepah atas meja.

14 ulasan:

  1. "kadang2 saya lupa saya ini perempuan."



    1st nite ngan suami ko nanti jgn buat camni tau.



    ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  2. hei hei heii!!!!

    mengada2 hang ni kan.....

    BalasPadam
  3. ye..jadilah wanita sejati..ahahaha

    BalasPadam
  4. itu macam...waa..bertambah la perbelanjaan aku camni....

    BalasPadam
  5. heheh.. ingt kan ko tercapai hp sb aku biase cam tu huhu..

    BalasPadam
  6. hehehhe...ini lagi sengal dari itu..

    BalasPadam
  7. Nasib mouse x gerak. Kalo la dia gerak, walhal ko cucuk kabel kamera........ eloklah ko cepat2 tido...

    BalasPadam
  8. hhhahahah!!! baik..baik....akan diperhatikan dengan tenang lain kali...

    BalasPadam
  9. aku rasa ko kena pakai cermin mata setebal pintu bilik kebal Bank Negara la..baru jelas...hehe..

    BalasPadam
  10. heiheii.. ini kah yang dinamakan tindakan di bawah sedar..

    BalasPadam
  11. cornflique: igt aku bute ke nak pakai lens tebal camtu..hahhah!!

    anetdoct: begitu la lebih kurang..

    BalasPadam
  12. ni takde lain la nie....
    penangan kehilangan M.J masih lagi terasa la nie....

    mujur ko bukan nurse!!!

    jika tidak.......

    BalasPadam