hari ini aku ke dua kenduri kahwin jiran. satu di dewan universiti malaya, satu lagi dewan berhampiran rumah.
yang di dewan UM itu lauknya, memang tip top. lupa pula ada kenduri kahwin lagi satu sedang menunggu. jarang dapat makan nasi kenduri yang panas-panas sampai kena tunggu sejuk sikit baru berani gaul-gaulkan lauk.
pulang ke rumah sebentar dan tidur. sebab sakit kepala.
kemudian bangun jam 2.30 petang, itu pun mak dah bising-bising tanya tak nak ikut kah? isk, mestilah mau! ada cendol tu di kenduri itu. aku bangun dan tanpa mencuci muka atau membetulkan mekap, terus menyarung tudung dan menyarung stokin panty hose warna ungu yang aku beli semalam dipadankan dengan kasut hijau pucuk pisang yang mencederakan kaki aku minggu lepas. gila pop art!
sampai di dewan, aku menyapa pengantin lelaki (jiran aku), "yo bro!" dia membalas sapaan dengan gelak-gelak. aku terus berlari ke seksyen cendol. rakus benar. tak sedar perut dah penuh. lepas dah selesai dua mangkuk cendol, dua potong ayam percik, dah jinak juga, kami beransur pulang. sebelum itu duduk di khemah depan dewan. di situ terdapat pengantin-pengantin perempuan (majlis dua beradik lelaki). aku duduk membuat hal aku sendiri di situ. sesekali salah seseorang pengantin perempuan menjeling ke arah aku. aku buat bodoh. lagipun aku tak tau apa maksud dia memandang-mandang aku kejap-kejap begitu. kalau kerana kagum dengan cara pemakaian aku yang sangat pop art (bahagian kaki dan mata saja), hoh! terima kasih. saya terharu anda kagum dengan saya. sila contohi.
bila hendak pulang, kakak aku bertanya "err...kena salam pengantin perempuan ke?" aku membalas, "isk, manalah aku tau. kau pergilah mulakan, kau dah kahwin!" lalu kami tersipu-sipu pergi bersalam dengan pengantin perempuan. "jiran," salah seorang pengantin lelaki menjelaskan kepada pengantin perempuan. "sila jangan rasa terancam," aku berbisik nakal dalam hati.
di kereta, kakak aku berkata, "mesti kau rasa sedihkan. kalau tak, mesti kau yang menyarung baju pengantin putih tu hari ini." jenis suka membuat spekulasi sesedap rasa. aku memandang mukanya dengan mimik muka "what the...?".
tak tahulah bagaimana mau jelaskan lagi. sewaktu aku dapat tau si lelaki jadi juga berkahwin dengan perempuan yang konon-konon tak jadi kahwin, hanya Tuhan tau berapa tinggi aku melompat keriangan. sebab aku terselamat dari sistem kahwin ikut pilihan keluarga. kepada lelaki itu, terima kasih kerana kahwin juga dengan perempuan itu.
hahah!! mungkin sebab itu agaknya perempuan itu mengusha-usha aku tadi. kamon........aku bukan jenis perempuan yang memberi ancaman.
gua rasa, gua nk cuba sistem pilihan keluarga.. baru ade thrill kawin mcm tu.. baru kena dgn gaya gua, yg selalu oberhaul blog.. amcm..
BalasPadamkonfem ke kau xbg ancaman? ke kau terancam? haha
BalasPadamthe 4: sesuai sangat tu!
BalasPadambasuh baju: konfem..konfem...terancam pun tidak...
Bagus btul.. aku time kawin ada sorg brader dtg salam aku, sambil perkenalkan diri sebagai ex-bf wife aku...
BalasPadamAku senyum je membalas salaman, sambil tgn sebelah aku sedia nak cabut keris di pinggang tu...
p/s: Actually brader tu gurau aje.. hehe..
itu kalo jenis tak makan gurau tu dah arwah agaknye brader tu...hehhe..
BalasPadamkau pergi kemajlis tu pakai selipar kuning tu lagi ke? Tolong pos gambar kau berpakaian hari tu.
BalasPadamerkk...tak shoot gamba la....
BalasPadamtakpe, nanti up spesel entri..
Ye btul, gambar kau berpakaian.. jgn yg tidak berpakaian.. takut nanti semua pembaca jd gila meroyan.. x kuasa ko nak layan..
BalasPadamisk....aku tak gila....
BalasPadam