pernah dengar krispy kreme? alah, donat mat saleh yang terkenal tu. sampai dalam facebook pun kita boleh bagi-bagi kat orang. tapi tengok sajalah, tak boleh makan. semalam bos belanja makan donat tu. itulah aku mau buat ulasan sikit.
"donat krispy kreme sedap tapi agak muak." - pemakan
gambar cilok dari sini
berbanding big apple dan j.co, donat krispy kreme ini memang kalau jenis gigit tu lembut-lembut rapuh. cair di mulut. memang seksi. penuh mulut. memang dia punya rasa tu, menjalar ke seluruh lidah. menggetar jiwa. tekstur donat bila digigit ada seperti kek digabung dengan roti. padat, tapi sangat lembut dan rapuh. ada rasa vanilla juga. yang original glazed saja sudah begitu nikmat, apatah lagi yang bertopping itu ini siap ada "sprinkles" seperti gambar di atas? memang asyik. aku sampai terberhenti sekejap dari bikin kerja semalam. gambar cilok dari sini
tapi.
j.co dan big apple, jenis yang kau boleh makan berbiji-biji tanpa rasa bersalah, atau tanpa mengenal erti muak. siap rasa nak lagi dan lagi. sedang krispy kreme ini pula, bila kau sedang menikmati kunyahan kedua ke atas, mula ada rasa macam minyak-minyak. macam digoreng guna minyak yang diguna untuk menggoreng pisang. kalau kau jenis yang tak peduli tentang kiraan gula dalam darah, atau jenis tekak kebal tak tau rasa muak, boleh lah makan 4 biji sekali harung. sebab donat ini jenis manis dan lemak. itu yang bikin muak. donat pertama masuk perut, tenang lagi. selang sejam, aku makan yang kedua, jenis yang sama, cuma topping coklat. gigit memang asyik. tapi terus rasa muak. jenis kena makan perlahan-lahan. kalau laju-laju, mandi muntah keyboard komputer aku nanti.
walaubagaimanapun, kepada penggemar-penggemar donat seperti aku, silalah mencuba sendiri donat krispy kreme ini. harga aku tak boleh bagi ulasan sebab bukan aku yang beli. tapi rasa campur tekstur boleh lah dapat 4 bintang. itupun sebab cepat muak. kalau tak, 5 bintang selamba saja aku bagi. tapi, lidah masing-masing, sendiri nilaikanlah. cuma kalau dari aspek mengunyah itu, kunyah krispy kreme lebih puas dari kunyah big apple atau j.co.
Nasib baik ko cite pasak donut.. aku x suka donut, ko cite la dgn penuh gaya bebas ke tetap tidak merangsang nafsu makan aku.. jangan cite pasang makanan bergoreng dan minyak wangi.. sb ia merangsang dan akhir sekali akan melumsumkan duit aku time gaji nanti.
BalasPadamminyak wangi coming soon...aku belum ade bahan nak review psl minyak wangi yg aku kecoh2 dlm blog ni..lalalalaa!!!
BalasPadamgua nak bagi cadangan kat lu ni beb.. Post la tentang design2 lu tu.. Post la design2 yang top 1 kat tempat lu tu.. bole gua ciplak.. huhuh
BalasPadamAbang Terer ada tulis pasal pondan mengganas kat jalan raja Chulan. Bole tak gua kirim salam penumbuk serta penerajang kat lu kepada pondan2 kat sana.. lu dekat sikit beb ngan tempat tu..
BalasPadamkan aku dah post dah....ahahah!!
BalasPadambeb, bile mase lak aku keje area jln raja chulan......
Penagih memang begitu... semua ditagih, jangan tagih estacy sudah.Donat aku tak makan jenis orang puteh punya stail. Aku muntah habis , benci aku pada kreme . Indah kabar dari rupa. Kreme kreme ni semua termasuk dalam jenis menipu.Aku lebih suka dan tersangat suka makan donat kampung je. Ada gula halus ditabur ummmmmmppppp..menjilat jari aku sapu.
BalasPadamdonat kg tu, cube tarok coklat cair....BEST GILEEE!!!! sanggup sehari suntuk makan donat je....
BalasPadam