Sabtu, Jun 27, 2009

siapa?

malam tadi aku mendapat panggilan dari nombor tak dikenali.

"hello. siapa?" si lelaki yang memanggil bertanya dengan kasar. "siapa ni?" aku pula bertanya bingung. "siapa? siapa?" lelaki itu terus-terusan bertanya dengan nada eksen. aku pula masa tu tak faham bahasa apa dia cakap. lalu aku katakan dia salah nombor. "siapa? siapa ni?" dia bertanya lagi. aku bengang lalu meletakkan telefon.

tadi. dia telefon lagi.

"hello. ni siapa ni?" dia bertanya tak puas hati. "siapa? ni siapa?" aku pula bertanya. "ni kat mana ni?" dia bertanya pula. "selangor," aku menjawab sambil "rolling" mata. "isk, biar betul jauh sangat ni. ni kat negeri sembilan," dia bercakap tak percaya. "macammana nombor awak boleh ada dalam telefon saya?" dia bertanya lagi. "manalah saya tau. mungkin orang salah nombor kot," aku jelaskan. "tak, macammana nombor awak ada ni? saya pelik ni!" dia menekan. "saya lagi lah tak tau macammana. hari tu adalah orang telefon tanya negeri sembilan. tak taulah kalau dia salah nombor. sebab masa tu memang dia salah nombor," aku jelaskan dengan rasa mula nak marah. "dia tanya apa lagi?" lelaki itu terus mendesak. isk, dia ni macam ada kes saja. "tu sajalah dia tanya. mana ada apa lagi. dia sendiri pun salah nombor," aku dah mula panas. "tak apa, nanti saya telefon awak lagi," lelaki itu berkata. "nak telefon apa lagi? awak dah salah nombor. mungkin orang yang guna telefon awak tu pun salah nombor," aku mengelak. "tapi macammana nombor awak ada dalam ni yang saya pelik tu!" dia masih maukan penjelasan. lalu aku memotong, "itu hanya Tuhan saja yang tau macammana. saya sendiri pun tak boleh nak jawab." lelaki itu terdiam. "err..oklah! oklah!!!" dan terus meletakkan telefon.

bangang. dah cakap salah nombor tu salah nombor la! nak cakap apa lagi baru nak percaya? dah lah aku masih sedih-sedih michael jackson mati ni! saja mau bikin panas. ni kalau dia telefon lagi mau kena maki. hilang imej aku sebagai gadis pemalu.

10 ulasan:

  1. dh slh no tu , slh la .. bnyk soal lak.. bak no hset ko .. gua nk memesej lu ..

    BalasPadam
  2. itula..siap nak memarah aku plak....lempang skali baru tau...

    BalasPadam
  3. haha..lempang 3 kali start dari kanan..baru la berkat..

    BalasPadam
  4. Lu cakap la "ini rumah mayat Hospital Universiti. Nak cakap dengan siapa?"... sure dia x call balik dah..

    BalasPadam
  5. Garang juga anak pakcik sorang ni...boleh tahan....lawan jangan tak lawan.

    BalasPadam
  6. uish...mestila lawan...gile ape mamat tu...jenis tak faham bahasa...

    BalasPadam
  7. ko cakap je la "ley hai ping tow aaaa!!!!"

    BalasPadam
  8. hahahah!! ley mo kaw chow aaaa!!!!

    BalasPadam