Jumaat, Jun 19, 2009

tv junkie: keliwon malam tadi

bidan jembalang. begitu bunyi tajuk siri keliwon malam tadi.

cerita biasa, bidan bela jembalang. kena bagi jembalang makan, untuk mencantikkan diri. itu syarat dia. jadi kena cari orang yang beranak sulung. hisap darah, makan uri. kalau perlu, makan bayi tu sekali. baru mujarab.

tapi siri kali ini, entah apa-apa. aku tak teruja mau tengok sampai habis. baiklah, adegan bidan nom bagi "pet" dia makan itu memang "real". jenis darah pekat-pekat. loya juga tekak aku tadi. siap "pet" dia hulur lidah dekat liang-liang antara papan lantai itu. panjang juga lidah "pet" itu. begitu rupanya cara bagi hantu makan. patutlah orang bela hantu ramai duduk kampung yang berumah papan. kalau duduk di kondominium, banglo, celah mana pula nak disalirkan darah itu. tadah dalam bekas, kantoi pula. baiklah, berbalik pada siri tadi. adegan bidan nom berjalan dengan "pet" dia, macam langsuir pun ada, agak "cute" juga. berpimpin tangan. aku ingat "pet" dia terbang di langit, bidan nom berjalan di atas tanah. paling tidak pun, "pet" dia jadi kenderaan untuk ke sana sini. pakej lah kan. apa guna bagi makan darah banyak-banyak, kalau setakat bawa bidan nom terbang menikmati pemandangan kampung dari atas pun tak boleh?

kemudian, "pet" itu tadi macam apa entah solekan dia. langsung tak "real". tak terasa goyang pun hati ni. kalau macam siri minggu lepas, penanggal itu, boleh tahan juga. ini, dah macam jenis perempuan huru hara uruskan rumah tangga sampai tak sempat nak uruskan diri. memang tak seram langsung. kalau seram pun, mungkin sekadar ambil hati pengarah dan penerbit saja.

makin lama cerita seram dah semakin macam sampah. sebelum itu aku ada menonton cerita seram (sepatutnya) di astro prima. tapi jalan cerita "lame" gila. langsung tak ada perasaan, tapi akhirnya ada juga, perasaan meluat.

4 ulasan:

  1. tak tengok malam tadi.
    tertidur.

    BalasPadam
  2. Untuk pengetahuan lu.. gua dah lama tak perasaan takut.. hari selasa lepas gua kene tido hostel kat tempat keje sebab kene duty.

    masa gua datang member gua kuar makan, so gua tutup semua lampu dalam dorm tu, dengan lampu koridor sekali gua tutup.

    gua tengok cite jangan pandang belakang TV2 siries sorang2.. untuk mendapatkan feel dan ketakutan... tapi malang sekali sebab masih tak takut apa2.

    BalasPadam
  3. bagusla..buat apa nak takut dgn diorg pun...makhluk Tuhan juga....

    BalasPadam