hari ini aku cuti. menguruskan hal-hal berkaitan projek melanjutkan pelajaran aku. selepas berjumpa timbalan dekan, dan usaha mencari pensyarah berkaitan gagal (sekarang musim cuti semester, memanglah susah mau dapatkan mereka), aku melepak di sebuah pusat rekaan yang pernah aku curahkan khidmat aku dulu. berjumpa kawan-kawan lama. lama benar tak berjumpa. dan mereka mempelawa aku dan seorang lagi rakan untuk menyertai mereka makan tengahari.
mereka memilih untuk memakan makanan thailand di klang parade. di situ ada promosi barangan thailand. sebagai orang menumpang (dan boleh kira tetamu) aku turutkan sajalah. sampai di destinasi, aku memilih untuk memakan kueyteow tomyam. mujur orang-orang thailand itu pandai juga berbahasa melayu. kesemua kami memakan tomyam. tomyam itu "finishing"nya dicurah susu cair. aku terkedu. "isk, sedap ke letak ni?" aku bertanya pada penjual. "sidaaappp!" balas si penjual, yakin. peh, benar. memang sedap. meleleh-leleh air hidung aku tatkala menghabiskan tomyam itu. RM5 semangkuk. belasah, memang berbaloi. di bahagian som tam (kerabu mangga) ada seorang yang menjaga. pening aku lihat orang itu. muka lelaki, tapi bergincu, berpemerah pipi bagai. ah, spesis beautiful boxer lah tu.
jam berlalu ke pukul 2.00 petang. mereka melihat baju-baju pula. memilih-milih dan membeli. kemudian naik ke kedai barangan elektrik. terus ke kedai kasut, dan turun semula ke kedai makanan segera. aku dan rakan (dia juga bekerja di syarikat swasta) dah cuak-cuak. ya lah, kalau kami biasa waktu makan sejam saja. kalau terlebih sudah ada yang menelefon tanya ada di mana. (sebab itu aku agak trauma bila ada telefon berdering waktu tengah sedap-sedap makan tengahari). tapi rakan-rakan aku ini, tenang saja berjalan girang bergelak ketawa. isk, kami sudah tak sedap hati ni. setelah puas berjalan-jalan, hampir jam 3 petang barulah kami bergerak pulang ke pejabat.
gilalah!
mmg sedap thai punya air tangan. saya penah makan kt KL central. Die punya macam ais kepal pon layan. Mmg jnis masakan berteras susu cair dan santan kot.
BalasPadamp/s: "Penyederhanaan ulasan telah diupayakan"...ahahahah.
percubaan yg baik..
BalasPadam