Selasa, Jun 16, 2009

kau mahu apa, cantik manis?


kau tahu kenapa aku beli kau tempohari? sebab kau cantik. kau patut berbangga, sebab aku yang lebih gemarkan berkasut "sports" ini boleh tertarik pada kau. warna kau rebellious. aku suka. rekabentuk kau juga boleh tahan comel di mata aku. sebaik membawa kau pulang ke rumah, aku jadi tak sabar menunggu masa sesuai untuk menyarung kau.

pertama kali kau aku sarung ke kaki, kau sudah mula menunjuk belang. baru sejam dikaki, kau sudah mencederakan kaki aku. tak apalah, aku fikir mungkin kau belum menyesuaikan diri. belum mesra kata orang. lalu aku tahankan saja kerenah kau, walaupun akibatnya kedua belah kaki aku bengkak seminggu kau kerjakan.

dan kali kedua aku menyarung kau, sabtu lalu, aku sangka kita sudah serasi. aku ingat kau sudah mengenali kaki aku. sangkaan aku meleset. tak sampai setengah jam pun aku sarung, kau cederakan lagi kaki aku. tolonglah, ketika itu aku cuma ada selipar jepun. takkan kau mau lihat aku berselipar jepun tapi bersarungkan baju kurung baru yang cantik? dan kau terus-terusan menyeksa kaki aku di rumah pengantin walaupun aku tak banyak berjalan.

sekarang, sudah hari ketiga dari hari kejadian, ibu jari kaki aku membengkak, dan luka pula. aku tak tahu apa mau kau wahai kasut. sudah 3 hari aku menahan derita. dan sekarang bengkak itu naik ke pergelangan kaki pula.

sekarang bagitahu aku, apa perlu aku buat dengan kau?

buangkan saja dalam tong sampah? tidak, kau terlalu cantik. aku masih mau memiliki kau.

atau mungkin kau mahu dipadankan dengan stokin panty hose atau tights yang berwarna warni? yang rebellious seperti kau juga? baik, itu aku boleh usahakan. aku akan dapatkan beberapa pasang untuk kau. tapi janjilah, jangan mengamuk lagi.

13 ulasan:

  1. jual dlm blog buat sistem lelong..mOAHA

    BalasPadam
  2. itu macam aku kene bukak segmen PAGHMD (penagih ayam goreng's hands me down)...woohooo!!!

    BalasPadam
  3. biar betul kawan ko aqasha si pelakon? gilak ah

    BalasPadam
  4. Berselipar jepun dan berbaju kurung oraitla tu...canggih dan menyanggihkan dalam zaman global ini.

    BalasPadam
  5. isk, kalo selipar jepun jenis semenggah takpe lagi. ini jenis bawak ke jamban....

    BalasPadam
  6. nasib baik gua sempat download gambar lu yang baju kena nila tu..
    bole jual hape..

    bole tak lu cuba cerita pasal asal usul trompah.. adik beradik ngan terompet ker?

    BalasPadam
  7. lu jual hasil jgn lupe bg kt aku juga. jgn makan sorang.

    terompah? ah, malas la aku nak research!

    BalasPadam
  8. Kaki engkau ni besar sebelah ke?

    BalasPadam
  9. adoi, panjang lebar aku membebel kt dlm entri atas tu..ko leh tanye aku knape....adoiii laaaa......

    BalasPadam
  10. maaf basuh baju, terkasar bahasa.

    kaki bengkak melecet angkara kasut di atas. skang dah surut sket. sket je..

    BalasPadam