Jumaat, Jun 05, 2009

surrealism

gambar cilok dari kosmo!

ini gambar bumbung stadium sultan mizan yang runtuh hari tu. bumbung dia buat dari apa ya? tapi aku suka tengok sebab nampak macam kesan cair ala-ala icing (hish, makanan, makanan, makanan! tak ada benda lain ke?). ya, memang ada. kerana keadaan bumbung terhampar macam itu, serta merta aku teringatkan hasil karya seorang pelukis ulung.

gambar cilok dari sini

karya ini bertajuk the persistence of memory oleh salvador dali. seorang pelukis aliran surrealism, sejenis aliran lukisan berteraskan fantasi, bawah sedar. tengok sini lah kalau rajin sebab aku bukan nak cerita pasal aliran seni ini. aku nak cerita pasal apa yang otak aku visualkan bila aku tengok gambar bumbung ranap tu. aha! keadaan bumbung yang macam terhampar cair itu lebih kurang macam keadaan jam dalam lukisan dali ini. tak perlu bersetuju. sebab ini pandangan aku saja.

6 ulasan:

  1. ko ni memang ada simpton beutiful Mind...

    BalasPadam
  2. simptom beautiful mind? beautiful boxer aku tau la....

    BalasPadam
  3. beutiful mind.. Rossel Crow yang berlakon..

    BalasPadam
  4. ooo..patutla cam penah dengar...

    BalasPadam
  5. hmm.. bukan indah khabar dari rupaker? hehe... tumpang lalu...

    BalasPadam
  6. heheh..silakan..

    ntahla kosmo tu...rase dia perli kot....konon runtuhan tak serius, rupenye ranap smpi camtu skali....

    BalasPadam